HTML

Wednesday, December 18, 2019

Apa itu ATEROSKLEROSIS ?

ATEROSKLEROSIS



 Image result for aterosklerosis dalam bahasa melayu

ATEROSKLEROSIS adalah penyempitan dan pengerasan pembuluh darah akibat pembentukan plak/kolestrol pada dinding pembuluh darah. Tersumbatnya arteri akan menghalang aliran darah kaya oksigen ke organ-organ tubuh. Kondisi ini merupakan penyebab umum Penyakit Jantung Koroner, Tekanan Darah Tinggi dan Stroke.



Komplikasi Aterosklerosis :-

Image result for plak pada dinding arteri
1) Plak akan berkumpul di dinding arteri, dimana ia akan menyempitkan dan akhirnya menyekat pengaliran darah.




Image result for trombus
2) Plak akan tertanggal daripada dinding arteri pada bila-bila masa dan arteri menjadi sempit serta- merta. Plak yang tertanggal dikenali sebagai thrombus.



Image result for aneurisme

3) Plak akan melemahkan dinding arteri, menyebabkan arteri membengkak dan menonjol keluar, ia dikenali sebagai "aneurisme". Pendarahan dalaman yang parah akan berlaku sekiranya aneurisme pecah.




Cara Mengatasi Arterosklerosis, Antaranya :-




Image result for gaya hidup sihat

1) Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

2) Pengambilan Makanan Yang Rendah lemak

3) Hentikan Tabiat Merokok/Minum Minuman Keras

4) Memastikan Berat Badan Yang Seimbang

5) Mencuba herba alternatif yang Halal dan lulus KKM.







Baca Artikel di bawah untuk info lanjut ::

1) Tanda-Tanda Diabetes

2) Kesan Gangguan Dalam Sistem Peredaran Darah

3) Cara- Cara Menurunkan Kolestrol

4) Sakit Kepala Biasa VS Migrain












Tuesday, December 10, 2019

Awas! Jantung boleh berhenti bila-bila masa, ketahui punca dan rawatan


Jantung terhenti


KEJADIAN pemain bola sepak profesional liga Inggeris Fabrice Muamba, 23, yang tiba-tiba rebah di tengah padang semasa perlawanan yang disiarkan secara langsung di televisyen pada Mac 2012, benar-benar mengejutkan.Jantung pemain muda yang sihat itu terhenti berdegup selama 78 minit sebelum ia berfungsi semula.

Mujurlah tindakan pantas pasukan perubatan dan pakar kardiologi yang berada di lokasi dapat "menghidupkan" Muamba kembali.

Selepas insiden itu, meskipun kesihatannya telah pulih dan dia dapat menjalani hidup secara normal, Muamba terpaksa bersara sebagai pemain bola sepak profesional.

Teruskan membaca artikel disini


https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2019/12/10/jantung-terhenti

Monday, November 11, 2019

Ketahui Kesan Gangguan Dalam Sistem Peredaran Darah.

SISTEM PEREDARAN DARAH


Sistem Peredaran Darah dalam tubuh diatur oleh sebuah sistem iaitu "kardiovaskular"


Komponen Utama dalam Sistem Peredaran Darah

Sistem peredaran darah memiliki 3 komponen penting yang masing-masing saling berkaitan. 3 Komponen tersebut berfungsi mengatur pengangkutan dan penerimaan kembali darah ke seluruh tubuh badan.



Tiga Komponen tersebut ialah :-

1) Jantung


2) Pembuluh Darah


Terdapat tiga pembuluh darah utama dijantung iaitu :-


i.   Arteri      - membawa darah yang kaya oksigen dari jantung ke bahagian tubuh lain.
ii.  Vena       - membawa darah yang kurang oksigen dari seluruh untuk tubuh kembali ke jantung.
iii. Kapiler   - menghubungkan arteri terkecil dengan vena terkecil


3) Darah




Kesan Gangguan Pada Sistem Peredaran Darah :-


1) Hipertensi


Hipertensi atau dikenali sebagai darah tinggi menyebabkan jantug bekerja lebih keras untuk memompa darah. Jika dibiarkan tanpa rawatan, hipertensi dapat menyebabkan komplikasi seperti serangan jantung, stroke bahkan kegagalan fungsi buah pinggang.


2) Serangan Jantung


Serangan jantung boleh terjadi ketika aliran darah terhenti atau terputus dari jantung, biasanya ini disebabkan oleh gumpalan yang mengganggu aliran darah. 


3) Stroke

Stroke adalah gangguan fungsi sistem saraf yang terjadi mendadak dan disebabkan oleh gangguan peredaran darah otak iaitu tersumbatnya pembuluh darah atau pecahnya pembuluh darah. Hal ini menyebabkan kekurangan oksigen ke otak.


4) Varises


Varises ialah pembuluh darah vena yang membengkak dan tampak menonjol di permukaan kulit. Keadaan ini disebabkan oleh darah yang seharusnya dialirkan ke jantung tetapi kembali ke kaki. Hal ini kerana katup vena yang berfungsi memgangkut darah ke jantung tidak menutup dengan benar akibatnya tekanan tinggi menjadikan pembuluh darah vena membesar.


5) Aterosklerosis

Aterosklerosis ialah penyempitan atau pengerasan pembuluh darah kerana terdapat penumpukan lemak, kolestrol dan zat sisa lain di dinding pembuluh darah arteri. Jika keadaan ini dibiarkan dalam tempoh masa yang panjang, ia akan meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.




Berikut ialah kesan-kesan yang berisiko tinggi untuk dihadapi sekiranya mengalami gangguan sistem peredaran darah. Jom mencuba herba alternatif yang lulus KKM dan Halal.


"Merawat Lebih Baik Daripada Menderita"




Anda mungkin berminat dengan artikel dibawah, baca untuk dapatkan info :













Monday, November 4, 2019

Kenali Diabetes dan Tanda-Tandanya !

DIABETES


Diabetes atau dikenali sebagai penyakit kencing manis adalah satu keadaan dimana tahap gula dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar (strok).

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makana yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam salur darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.

Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.


Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai :-



Diabetes jenis pertama (I) 

Dikenali sebagai diabetis bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetis awal remaja. Diabetis jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetis jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Diabetes jenis kedua (II)

Disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetis jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).


Diabetes Gestasi 

Dialami oleh wanita ketika kehamilan. Diabetes gestasi adalah mirip diabetes jenis kedua disebabkan ketika kehamilan, insulin yang diperlukan oleh wanita hamil adalah lebih untuk keperluan bayinya. Jika badan tidak mampu untuk menghasilkan insulin tambahan untuk keperluan anak dalam kandungan maka ibu akan mengalami paras gula dalam darah yang tinggi.



Faktor-Faktor Risiko Kencing Manis atau Diabetes :-


1) Berlebihan berat badan atau kegemukan.
2) Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.
3) Pemakanan - pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.
4) Keturunan - diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.


Tanda-Tanda Kencing Manis :-


1) Kerap dahaga dan buang air kecil pada waktu malam.


2) Berat badan menyusut dengan drastik.


3) Jarak penglihatan menurun


4) Sering kebas pada tangan dan kaki



5) Luka yang lambat sembuh.






Bagaimana cara untuk merawat diabetes dengan selamat?. Antaranya adalah dengan mengawal pengambilan gula dalam makanan dan minuman atau mencuba herba alternatif yang lulus KKM dan Halal.






Sebarang pertanyaan  ::





Monday, October 28, 2019

Tahap Kolestrol Anda Tinggi? Bagaimanakah Untuk Menurunkannya?

KOLESTROL


Kolestrol adalah sejenis lemak yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan anda boleh menghasilkan kolestrol dan juga mendapatkannya dari sumber makanan seperti daging, produk tenusu dan telur.


Tahukah anda kolestrol terbahagi kepada dua iaitu :-

i)  High Density Lipoprotein (HDL) ==> Kolestrol Baik

ii) Low Density Lipoprotein (LDL) ==> Kolestrol Buruk


Kadar Kolestrol


Kadar kolestrol boleh berubah-ubah mengikut gaya hidup dan pemakanan. Bagi memastikan kadar kolestrol berada di tahap normal lakukan pemeriksaan secara rutin.


CARA-CARA MENURUNKAN TAHAP KOLESTROL :-

1. Perbanyakkan Makan Sayur dan Buah

Kandungan serat dalam sayur dan buah mampu membantu menurunkan kadar "kolestrol jahat (LowDensityLipoprotien/LDL). Anda disarankan mengambil 500gram buah dan sayur setiap hari.


2. Pilih Makanan Rendah Lemak

Pilihlah makanan dengan kadar lemak yang rendah seperti ikan, ayam, daging, susu rendah lemak, putih telur, kekacang dan tauhu. Hindari mengambil makanan berlemak, seperti goreng-gorengan (berminyak).


3. Mengawal Berat Badan

Berat badan berlebih (obesiti) akan meningkatkan kadar kolesterol dalam tubuh. Oleh itu, anda disarankan menjalani diet sihat untuk menurunkan berat badan, demi menurunkan kolestrol.


4. Bersenam/Bersukan Secara Teratur

Selain menjaga pola makan, Anda juga disarankan untuk bersukan/bersenam. Tidak hanya membuat tubuh menjadi cergas, ia juga dapat menurunkan kadar kolesterol jahat dan meningkatkan kadar kolesterol baik.


5. Berhenti Merokok

Rokok juga dapat mengganggu keseimbangan kadar kolesterol dalam tubuh, maka dari itu, berhentilah merokok. Merokok dapat menurunkan kadar kolesterol baik (high density lipoprotein/HDL) dalam tubuh, selain itu, pembuluh darah juga menjadi lebih kaku. Jika ini terjadi, risiko untuk terkena penyakit jantung dan stroke akan meningkat.


6. Mengurangkan Pengambilan Lemak Tepu


7. Meningkatkan Pengambilan Makanan yang Mengandungi Serat Larut

Gambar di atas adalah contoh makanan serat larut. Akan lebih baik lagi jika makanan mengandungi vitamin B1 dan B2, yang membantu pembakaran kolesterol dalam tubuh untuk menjadi tenaga.




Berikut ialah cara-cara untuk menurunkan kadar kolestrol dengan selamat. Selain menjaga rutin harian dan pola makan, anda ingin mencuba herba alternatif yang lulus KKM dan Halal.


Anda mungkin berminat dengan artikel dibawah, baca untuk dapatkan info :


1. Cara membezakan Sakit Kepala Biasa dan Migrain

2. Apa itu Serangan Jantung ?








Wednesday, October 23, 2019

Cara Membezakan Sakit Kepala Biasa dan Migrain

SAKIT KEPALA VS MIGRAIN


Kenali Jenis Sakit Yang Anda Hadapi


Tahukah Anda, sakit kepala sebenarnya memiliki beberapa jenis dan tidak dapat disamakan satu sama lain.

Salah satu jenis sakit kepala yang sering kita alami adalah migrain. Ketika migrain datang, salah satu  sisi kepala anda akan berdenyut sangat lama bahkan sampai berhari-hari. 

Contoh lain adalah sakit kepala tegang atau tension headache.  Sakit kepala ini membuat Anda merasa nyeri, tegang, dan tekanan di sekitar dahi, bagian belakang kepala, dan leher. 


Antara Jenis-Jenis Sakit Kepala :-


1. Sakit Kepala Sinus



2. Sakit Kepala Tekanan (Tension)



3. Migrain


MIGRAIN bukanlah penyakit yang mengancam nyawa tetapi cukup untuk membuatkan aktiviti seharian terganggu.



"Merawat Lebih Baik Daripada Menderita"



Bagaimana cara untuk merawat sakit kepala atau pun migrain dengan selamat ?. Antaranya adalah dengan mengawal aktiviti harian, rehat secukupnya, atau mencuba herba alternatif yang lulus KKM dan Halal.



Anda mungkin berminat dengan artikel di bawah, baca untuk dapatkan info :-

1. Anda sering sakit dada ? Sila ambil perhatian !

2. Apa itu serangan jantung.


Monday, October 14, 2019

Apakah Perkara yang Menyebabkan Anda Diserang Gastrik ?

GASTRIK


Gastrik adalah sejenis keadaan kesihatan di mana berlaku keradangan pada dinding perut. Istilah yang lebih tepat bagi keadaan ini adalah gastritis. Gastrik itu sendiri secara bahasanya membawa maksud perut. Namun, ia digunakan secara meluas dalam masyarakat Malaysia untuk merujuk kepada gastritis.

Antara Tanda/Simptom Gastrik :


Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut.
Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah. Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.
Simptom tersebut menandakan penyakit gastrik itu sudah menjadi tahap yang sangat serius dan pesakit tersebut harus dibawa ke klinik atau hospital secepat mungkin.


Antara Punca-Punca Gastrik :-


Bagaimana cara untuk merawat gastrik dengan selamat?. Antaranya adalah dengan menjaga waktu makan atau mencuba herba alternatif yang lulus KKM dan Halal.


Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini :-

1. Siapa yang Berisiko Terkena Batu Karang?

2. Tak Sangka 4 Amaran Ini Adalah Petanda Serangan Jantung

Friday, March 29, 2019

6 CARA MUDAH TURUNKAN TEKANAN DARAH ANDA!

Tips tekanan darah normal
Anda sudah check tekanan darah anda minggu ini? 

Anda tahu tak bahawa tekanan darah kita akan meningkat pada waktu pagi iaitu ketika kebanyakan orang baru bangun dari tidur? Mungkin ramai yang tak tahu perkara ini tetapi ia adalah keadaan yang kita alami setiap hari.

Walaupun lonjakan tekanan darah pada waktu pagi adalah fenomena biasa untuk badan, namun tekanan darah yang terlalu tinggi boleh meningkatkan risiko serangan strok yang serius. 

Oleh itu, jom kita sama-sama ketahui 6 cara MUDAH untuk dapatkan tekanan darah yang normal. 



1. SENAMAN 

Bersenam secara konsisten. Senaman boleh membantu anda mengekalkan berat badan dan merendahkan tekanan darah. Lakukan senaman berintensiti sederhana atau aerobik sekurang-kurangnya dua setengah jam (150 minit seminggu). 

Antara senaman aerobik adalah berjalan cepat, joging, menari, bermain badminton atau apa saja aktiviti yang membuatkan jantung anda berdegup pantas dan memaksa anda menggunakan oksigen daripada biasa.


Oh ya, sekiranya anda mengalami tahap tekanan darah sistolik, aerobik adalah cara yang sangat berkesan untuk melawan gejala hipertensi.

Kekalkan berat badan ideal. Kegemukan dan obesiti akan mening­katkan risiko untuk mendapat tekanan darah tinggi.


2. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM! 


Pakar-pakar kesihatan secara meluas mencadangkan pesakit yang menderita hipertensi untuk mengurangkan penggunaan garam mereka atau kurang daripada 1500 miligram setiap hari. Jadi, lepas ni bila memasak, anda boleh kurangkan garam dalam masakan & kalau nak beli makanan di luar pula, pastikan anda baca info pemakanan yang telah dilekatkan pada bungkusan makanan.


Tekanan darah tinggi
Pastikan anda membaca label pemakanan di dalam setiap bungkusan makanan


3. BERHENTI MEROKOK


Walaupun merokok tidaklah menjadi punca langsung yang menyumbang kepada hipertensi kronik, namun penggunaan tembakau dan nikotin yang terdapat dalam rokok boleh menyebabkan pancang tekanan darah jangka pendek. Dan apabila merokok diiringi dengan kekurangan bersenam dan penggunaan alkohol yang berlebihan, ia tidak langsung akan menimbulkan gejala hipertensi.


4. KURANGKAN BERAT BADAN ANDA! 



Tekanan darah
Dapatkan berat badan yang ideal 


Untuk pengetahuan anda, berat badan berlebihan boleh menyebabkan jantung anda bekerja lebih keras untuk mengepam darah dan ini  menyumbang kepada gejala hipertensi. Jadi, penurunan berat badan boleh mengurangkan beban kerja pada sistem kardiovaskular, dan mengurangkan tahap tekanan darah.

Sekiranya anda mengalami masalah berat badan yang berlebihan, peluangnya adalah, mengurangkan berat badan adalah jalan terbaik yang anda perlukan untuk menormalkan tahap tekanan darah anda.


5.  KURANGKAN PENGAMBILAN ALKOHOL 


Penyelidikan mendedahkan bahawa penggunaan lebih daripada keperluan minuman setiap hari akan meningkatkan faktor risiko yang menyumbang kepada perkembangan tekanan darah tinggi, dalam kalangan kedua-dua wanita dan lelaki. 

Pakar pemakanan dan pakar kesihatan secara meluas mencadangkan minum secara sederhana, yang menyatakan tidak lebih daripada dua minuman untuk lelaki dan satu minuman untuk wanita setiap hari.

Banyakkan minum air kosong mengikut keperluan tubuh dan amalkan pemakanan sihat dan seimbang. Paling utama, kurangkan pengambilan garam dan tingkatkan jumlah potassium dalam diet. Lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh.



6. RELAKSS, TAK NAK STRESS-STRESS

Tips tekanan darah normal
Elakkan daripada stres melampau

Langkah penjagaan pencegahan yang paling penting untuk mengurangkan tekanan darah anda adalah belajar untuk menguruskan stres yang timbulkan dalam kehidupan anda. Sememangnya, tiada pelan yang khas untuk hilangkan stres langkah demi langkah.

Namun, anda boleh cuba elakkan tekanan melampau, cuba rehatkan diri apabila berasa tertekan. Cari cara yang bersesuaian untuk menenangkan fikiran anda. Ambil masa untuk memikirkan punca tekanan anda adakah ia disebabkan masalah keluarga, kerja, kewangan atau berkaitan dengan kesihatan. Apabila diketahui puncanya, ia akan memudahkan anda untuk mencari jalan penyelesaian


Oleh itu, anda boleh mencuba & amalkan 6 langkah mudah ini untuk dapatkan tekanan darah yang normal. Selamat mencuba! 




Monday, March 11, 2019

Ketahui Rawatan Kecemasan Strok Haba Di sini!

Strok haba
Suhu sekeliling yang mencecah 40 darjah celcius boleh menyebabkan strok haba. 


Apa itu STROK HABA?


Strok haba atau heat stroke adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan haba. Ia adalah kategori yang paling serius. Penyakit ini dianggap satu kecemasan kerana boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation).

Tanda-tanda Strok Haba

  1. Kerap sakit kepala 
  2. Mudah hilang fokus 
  3. Lidah menjadi bengkak 
  4. Suhu badan melebihi 39 darjah celcius 
  5. Kulit kering & kemerah-merahan 
  6. Badan lesu & kerap pengsan 
  7. Tekanan darah rendah 
  8. Nadi berdenyut laju 
  9. Badan tidak berpeluh

Strok haba
Antara kes strok haba yang dilaporkan


Cara rawat mangsa strok haba


  1. Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba.
  2. Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa.
  3. Bawa mangsa ke tempat teduh, atau.
  4. Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
  5. Mangsa ditempatkan di bawah kipas.
  6. Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  7. Rendam mangsa di dalam kolam air.
  8. Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui intravenous drip.’
  9. Bawa ke klinik atau hospital berdekatan.


Cara pencegahan strok haba.
  1. Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas.
  2. Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari.
  3. Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum.
  4. Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala.
  5. Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen.



Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:- 



Saturday, February 9, 2019

15 SEBAB BATUK BERDARAH TERJADI!

batuk berdarah
Batuk merupakan cara tubuh melindungi sistem pernafasan.


Kenapa kita batuk?


"Sebenarnya batuk ialah sejenis mekanisme pertahanan fisiologi yang penting. Ini merupakan cara semula jadi tubuh untuk melindungi sistem pernafasan dengan mengeluarkan bahan rengsa atau rembesan daripada saluran udara,"

-Dr. Patrick Chan, perunding Pediatrik dan Dada.-


Dalam kalangan orang muda yang sihat, batuk darah biasanya bukan tanda penyakit serius. Tetapi dalam kalangan orang berusia, terutamanya perokok, ini adalah perkara yang membimbangkan. Batuk berdarah adalah darah yang keluar bersama kahak ketika batuk, berpunca dari paru-paru. Terdapat banyak sebab ia boleh berlaku dan jika anda pernah alami batuk berdarah, dinasihatkan agar anda segera mendapatkan nasihat doktor.



Gejala Batuk Berdarah


Untuk pengetahuan anda, batuk berdarah juga adalah tanda untuk kebanyakan penyakit. Antaranya adalah seperti, jangkitan kuman dan juga kanser. Selain dari batuk berdarah, pesakit juga boleh mengalami tanda-tanda berikut:
  1. Sakit dada terutama ketika tarik nafas
  2. Penat
  3. Sesak nafas 
  4. Demam 
  5. Berpeluh waktu malam
  6. Kurang selera makan

15 Sebab Batuk Berdarah


Terdapat banyak penyebab batuk berdarah boleh terjadi, antaranya:
  1. Radang paru-paru (Pneumonia)
  2. Tibi
  3. Kanser paru-paru
  4. Bronkitis kronik
  5. Jangkitan kulat terutama “mycetoma
  6. Darah beku di paru-paru (pulmonary embolism)
  7. Paru-paru berair ( pulmonary edema)
  8. Jantung lemah (congestive cardiac failure)
  9. Hipertensi pulmonari
  10. Kongenital atau acquired systemic coagulopathy contoh: leukaemia, thrombotic thrombocytopenic purpura
  11. Penggunaan ubat pencair darah contoh: warfarin, heparin
  12. Tersedut benda asing ke dalam paru-paru (inhaled foreign body)
  13. Kecederaan kepada paru-paru
  14. Malformasi saluran darah kongenital pulmonari (pulmonary artero-venous malformation).
  15. Salur darah pecah selepas batuk yang kuat

Bagaimana untuk mencegah batuk berdarah? 

Sebenarnya tiada langkah pencegahan spesifik untuk mencegah batuk berdarah. Namun, adalah amat penting untuk anda jalani gaya hidup yang sihat. Amalkan pemakanan yang sihat, jauhi rokok, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit, amalkan penggunaan topeng muka jika berada di kawasan yang tecemar, & paling penting sekiranya anda alami batuk berdarah, segera berjumpa doktor. 


batuk berdarah
Jauhi rokok!

Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-