HTML

Friday, December 15, 2017

ANDA SERING SAKIT DADA? SILA AMBIL PERHATIAN!

Punca sakit dada
Segera dapatkan bantuan sekiranya sakit dada yang melampau. 

Semalam mengadu kat mak, dada rasa sakit. Memandangkan duduk kat hostel, terpaksa la telefon mak, nak minta tolong hantar ke hospital. Sebenarnya, sakit ni dah mula terasa 2 hari yang lalu. Tapi, aku tak kisah sangat sebab masih dapat tahan lagi.

Masa solat subuh pagi tadi, rasa sakit di bahagian dada tu semakin kuat. terutamanya masa  nak sujud. Rasa nak nangis jer. Sebabkan dah tak tahan sangat, habis jer solat, call mak pepagi buta. Masa mak sampai tadi, mak cakap muka aku nampak pucat. Aku pun bagitahu kat mak, sakit dada ni dah 3 hari dah, tapi sebelum ni masih dapat tahan lagi. 

Sampai kat hospital & nombor giliran dipanggil, aku masuk bilik doktor dan ceritakan simptom yang aku alami. 

Doktor : Awak ada asma tak? 

Aku : Takder doktor. 

Doktor : Ada penyakit lain? 

Aku : Takder doktor, saya ada gastrik je la.  

Doktor : Ok, kalau macam tu, jadual pemakanan awak teratur tak? 

Aku : Beberapa hari ni, saya banyak kali ter skip makan doktor, sebab kejar due date assignment. Tapi selalu kalau gastrik sakit kat perut atau ulu hati.

Doktor : Ok takper, kalau macam tu, apa kata kita buat pemeriksaan jantung yer. 

Doktor pun jalankan pemeriksaan jantung (ECG) kat aku. Tak lama lepas tu, doktor bagitahu "Alhamdulillah, jantung awak masih sihat, takder apa-apa masalah lagi. Ni sebab asid dah banyak dalam perut, gastrik dah naik ke dada. Awak kena pastikan makan secara teratur."

Selepas tu, doktor berikan beberapa jenis ubat untuk aku habiskan. Doktor sempat nasihatkan aku untuk makan secara teratur & makan makanan berkhasiat. 


PUNCA SAKIT DADA



Punca sakit dada
Sakit dada sebelah kiri? 


Pernah tak anda rasa sakit pada bahagian dada? Terasa seperti ada tekanan yang sangat kuat menyebabkan anda tidak selesa di bahagian abdomen anda? Atau rasa seperti dicucuk-cucuk? Selalunya, bila keadaan ini terjadi ia selalu dikaitkan dengan masalah serangan jantung.

Namun, tahukah anda, sebenarnya selain daripada masalah serangan jantung, sakit dada juga dapat menunjukkan masalah lain seperti :-



1. Heartburn


punca sakit dada
Heartburn


Merupakan keadaan yang menyebabkan timbulnya rasa sakit serta rasa seperti terbakar di bahagian dada. Rasa sakit ini akan menajdi lebih teruk ketika  berbaring atau membongkok. Heartburn boleh mengganggu rutin harian seseorang, malah sesetengah kes ia dapat menjadi lebih serius & memerlukan rawatan lanjut.

Gejalanya adalah seperti:
  • Timbulnya rasa sakit seperti terbakar pada dada yang dapat terjadi setelah makan maupun pada malam hari.
  • Timbulnya rasa sakit ketika berbaring atau membongkok.

2. Masalah Hempedu atau pankreas

Hempedu atau keradangan pundi hempedu dan pankreas boleh menyebabkan sakit di bahagian perut yang kemudiannya boleh merebak ke dada.

Gejala umumnya antara lain :
  • Timbulnya rasa tidak selesa pada perut (sakit perut)
  • Mual
  • Muntah
  • Demam

3.  Costochondritis



punca sait dada
 Costochondritis


Merupakan keradangan yang menghubungkan tulang rusuk ke dada (sternum). Kesakitan yang timbul adalah serupa dengan serangan jantung atau keadaan jantung yang lain. Costochondritis kadang-kadang dikenali sebagai sakit dinding dada, sindrom costosternal atau chondrodynia costosternal.


Gejalanya antara lain:


  • Sakit dada sebelah kiri
  • Rasa sakit yang menyerang terasa sangat tajam seperti sebuah tekanan
  • Rasa sakit yang timbul dapat mempengaruhi dari satu tulang rusuk
  • Rasa sakit akan bertambah ketika bernafas atau batuk

Antara punca lain sakit dada adalah:-

  • Masalah reflux asid perut yang menyebabkan radang dan bengkak kepada esofagus serta rasa pedih hulu hati.
  • Tekanan pada saraf. Masalah ini berpunca daripada tekanan pada saraf tunjang akibat dihimpit tulang belakang ‘cervical’ yang semakin rapat. Kesakitan yang mulanya dirasakan pada leher boleh beralih ke dada dan boleh berlaku kepada golongan muda ataupun yang berusia.
     
  • Keradangan pada selaput paru-paru (pleurisi) dan radang paru-paru (pneumonia). Kedua-duanya boleh menjadi bertambah teruk ketika batuk.
     
  • Hiperventilasi atau pernafasan pada kadar yang terlalu cepat boleh menyebabkan sakit dada dan juga kebas pada anggota badan, sesak nafas dan kejang otot
  • Darah gemuruh atau serangan panik (panic attack) adalah salah satu punca sakit dada yang berlaku bersama sesak nafas, berdebar dan kebas anggota badan. 


1. Apakah gejala sakit dada yang disebabkan oleh serangan jantung (heart attack)?

Antara gejala sakit dada disebabkan oleh serangan jantung adalah:

  • Rasa sakit dada bahagian kiri atau tengah dada yang menular ke bahu, lengan kiri, leher, dagu dan belakang badan 
  • Kadangkala terasa kebas bahu, lengan kiri, leher, dagu dan belakang badan 
  • Sakit dada bermula semasa/selepas menjalankan aktiviti seperti berjalan atau naik tangga atau semasa terlalu beremosi 
  • Sesak nafas 
  • Keletihan 
  • Badan berpeluh 
  • Kadangkala terasa loya 
  • Jantung berdebar 
  • Pitam/pening




2. Betulkah tekanan (stress) boleh menjadi punca sakit dada? 

punca sakit dada
Elakkan diri daripada stress



Betul, salah satu punca sakit dada adalah tekanan yang melampau (stress). Seseorang yang mengalami stress melampau mungkin mengalami gejala-gejala berikut:

  • Sakit dada 
  • Jantung berdebar 
  • Sakit-sakit badan 
  • Sakit kepala 
  • Loya 
  • Sukar menelan (hilang selera makan)
  • Sesak nafas
Elakkan diri anda daripada terlalu stress dengan cara banyakkan rehat kerana, stress yang melampau boleh membawa kepada kemurungan (depression)

Baca jugaKENAPA STRESS TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN?


3. Selalu rasa sakit dada sebelah kiri. Puncanya?

Antara punca utama sakit dada sebelah kiri yang memang ditakuti ramai orang adalah serangan jantung.

Antara gejala sakit dada disebabkan oleh serangan sakit jantung adalah:


  • Rasa sakit dada bahagian kiri atau tengah dada yang menular ke bahu, lengan kiri, leher, dagu dan belakang badan
  • Sesak nafas
  • Keletihan
  • Badan berpeluh
  • Kadangkala terasa loya
  • Jantung berdebar
  • Pitam/pening
  • Kadangkala sakit di ulu hati sebagai gejala utama
  • Sakit dada bermula selepas menjalankan aktiviti seperti naik tangga atau emosi yang kuat 
Anda sangat digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan & nasihat doktor tentang masalah yang anda alami. Tindakan yang pantas pasti dapat membantu anda.

JIKA SESEORANG SAKIT DADA, APA YANG SAYA PERLU LAKUKAN??



sakit dada
Segera berikan bantuan kecemasan

1. Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah hubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan perkhidmatan hospital atau segera menghantar pesakit ke hospital berhampiran. Tindakan pantas anda akan menyelamatkan nyawa atau mencegah kemusnahan otot jantung pesakit.


2. Semasa menghubungi talian kecemasan, pastikan anda memberitahu lokasi anda dengan tepat.


3. Masa adalah amat penting dalam rawatan penyakit jantung koronari. Kemusnahan otot jantung makin bertambah setiap minit sehingga aliran darah koronari kembali mengalir dengan efektif.

6. Tenangkan perasaan dan dudukkan pesakit dalam posisi rehat. Ini mungkin akan mengurangkan kesakitan pesakit

7. Tunggu bersama pesakit sehingga bantuan tiba. Kemungkinan pesakit akan tidak sedarkan diri dan tidak bernafas dan anda harus melakukan CPR



Sila ambil peduli jika anda, ahli keluarga atau rakan anda mengalami sakit dada. Bertindaklah sewajarnya kerana anda mampu menyelamatkan nyawa anda sendiri dan mereka yang tersayang.




Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-

1. APA ITU SERANGAN JANTUNG?

2. Apa itu Darah Tinggi/ Hipertensi?

3. ATASI SAKIT BAHU ANDA TANPA PERLU KE HOSPITAL!

No comments: