Apa punca gout terjadi? |
APABILA GOUT "MENYERANG"
Pada suatu malam, selesai solat Isyak, Naim terasa sakit dibahagian sekitar ibu jari kakinya. Pada mulanya Naim hanya mengendahkan sakitnya itu kerana anggap sakit biasa.
Pada keesokan harinya, kaki Naim membengkak, terasa panas & makin sakit. Terasa seperti kakinya dicengkam dengan kuat. Disebabkan tidak tahan lagi, Naim pun ke hospital untuk dapatkan pemeriksaan doktor.
Setelah mendapat pemeriksaan doktor, Naim disahkan GOUT. Naim hairan kerana dia tidak mempunyai sejarah gout sebelum ini. Doktor pun menerangkan beberapa punca GOUT kepada Naim. Mendengar penjelasan doktor, Naim sedar bahawa beberapa minggu ini dia banyak memakan kerang & makanan laut.
Ini kerana, dia sibuk memenuhi kehendak beberapa orang saudara & temannya yang datang ke Sabah dan teringin untuk makan maknan laut. Naim juga sedar dia kurang minum air sejak kebelakangan ini. Setelah mendengar penjelasan doktor, Naim tidak menyangka bahawa tabiatnya itu boleh menjadi punca kepada masalah Gout.
Apa itu Gout?
Gout sebenarnya adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan.
Penyakit gout ini sering kali dikaitkan dengan kesakitan pada bahagian sendi, samada pada sendi ibu jari, buku lali, lutut, siku, jari serta pergelangan tangan.
Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Pada kebiasaanya, badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Namun, bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang malahan akan berkumpul di dalam sendi.
Apabila ini terjadi, pesakit gout akan mengalami bengkak pada bahagian kaki, panas, dan amat sakit hingga ada sesetengahnya tidak boleh berjalan.
Tanda-tanda Gout
- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
- Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
- Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
- Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. |
Siapa yang berisiko terkena Gout?
Golongan lelaki sebenarnya lebih cenderung mendapat serangan gout berbanding perempuan. Perempuan biasanya kurang asid urik di dalam badan. Namun, bila seorang perempuan telah menopause, tahap asid urik adalah sama dengan lelaki. Ini menjadikan golongan wanita juga berisiko terkena gout.
1. Gaya hidup yang tidak sihat:
Mereka yang banyak mengambil minuman keras terutamanya bir dikatakan lebih berisiko mendapat sakit gout.
2. Obesiti / kegemukan:
Terutama bagi mereka yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
3. Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat:
Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) boleh juga menyebabkan sakit gout.
4. Sejarah kesihatan/perubatan:
Mereka yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan dalam paras asid urik dalam badan. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
5. Genetik:
Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
Oleh itu, gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
6. Pengambilan makanan tidak seimbang:
Sakit gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Sebaiknya amalkan gaya pemakanan yang sihat.
TIPS ELAK GOUT!
1. Penghidap gout perlu minum air secukupnya. Kekurangan air dalam badan juga boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah, sekaligus menyebabkan keadaan pesakit gout lebih buruk.
2. Untuk pengetahuan, penghidap gout perlu jauhi makanan yang mengandungi Purin.
Purin ialah sejenis protein yang boleh membentuk asid urik hasil proses metabolisme dan berpotensi menyebabkan serangan gout.
7 Jenis Makanan Perlu Dielak Pesakit Gout.
1. Kerang-kerangan
2. Daging merah
3. Alkohol
4. Ikan bilis, kembung, sardin
5. Asparagus, Bayam, Cendawan dan Bunga Kubis
6. Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
7. Minuman tinggi gula
Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-
1. 5 Penggumpalan Darah Yang Bahaya di dalam Tubuh Kita
2. Kanser Servis - Apa yang Wanita Wajib Tahu
3. Pemindahan Buah Pinggang Adalah Satu Solusi
2. Kanser Servis - Apa yang Wanita Wajib Tahu
3. Pemindahan Buah Pinggang Adalah Satu Solusi
No comments:
Post a Comment