HTML

Saturday, July 2, 2016

Siapa Bilang Strok Itu Mendadak?....Kenali Isyaratnya!!!

Strok boleh dicegah
STROK BOLEH DIKESAN SEBELUM TERJADI


Penyakit ini sering disebut-sebut sebagai salah satu penyakit yang menyebabkan kematian. Hal ini memang benar, kerana strok memegang kedudukan nombor tiga didunia setelah penyakit kanser dan jantung. Setiap minit, 4 orang meninggal dunia disebabkan strok!!!

Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. YA, 1 dari 6 orang rakyat Malaysia berisiko mendapat Strok!. Peningkatan kejadian penyakit ini sudah sewajarnya membuat kita berwaspada dan berusaha untuk mencegah terjadinya penyakit ini.


Strok meragut nyawa prof Izzi
Strok meragut nyawa Prof Izzi


Bulan Ramadhan ini kita telah dikejutkan dengan pemergian pakar motivasi yang popular dengan tagline 'renung-renungkan dan selamat beramal', Profesor Madya Md Izuddin Ali. 

Proff Izzi terjatuh ketika selesai Solat di Masjid Al A'la pada 13 Jun lepas. Beliau dibawa ke hospital Sultanah Bahiyah dan disahkan mengalami Strok. Seminggu selepas serangan, Prof Izzi meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada usia 42 tahun.



Bagaimana STROK berlaku ?

Lihat VIDEO di bawah




Strok adalah serangan otak dan ia terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu.Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Jika tidak akan menyebabkan sel otak mati.



Apabila bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami STROK
1 dari 6 Rakyat Malaysia berisiko mendapat Strok


Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan. Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting.

Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Apabila bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami STROK. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak turut menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan berubah.


Serangan strok ini dapat dibahagi kepada dua :-



Jenis strok dan pucanya
2 JENIS STROK

Ischemic strok dan Hemorrhagic stroke
Perbezaan Ischemic strok dan Hemorrhagic stroke


1) Ischemic Strok (cara sebut: iss-KEE-mik)


Ischemic Stroke
Punca Ischemic Stroke


Disebabkan oleh penyumbatan di pembuluh darah sehingga darah tidak dapat mengalir lancar ke otak. Penyumbatan ini terjadi akibat dipenuhi dengan kolesterol dan benda-benda berlemak yang lain yang melekat pada dinding salur darah sehingga pembuluh menyempit. Hampir sebahagian besar kes atau 83% mengalami strok jenis ini.


Ischemic pula terbahagi kepada dua iaitu:-



Strok boleh dirawat
Thrombotic & Embolic Stroke


  • Embolic Stroke

Berlaku apabila salur darah tersumbat pada mana-mana bahagian badan, biasanya yang berada kat jantung, bergerak menuju ke otak.

  • Thrombotic Stroke

Biasanya berlaku pada mereka yang ada kolesterol tinggi iaitu di mana salur darah tersumbat pada arteri yang membawa oksigen ke otak.



2) Hemorrhagic Strok (cara sebut: heh-muh-RAH-jik)



Terjadi bagi pengidap hipertensi
Salur darah pecah


Punca disebabkan pembuluh darah pecah sehingga darah mengumpul di daerah sekitar otak tersebut. Hampir 70% kes haemorrhagic stroke terjadi pada pengidap hipertensi.


Kesan Strok


Strok menyebabkanb kerosakan kekal
Strok menyebabkan Lumpuh

Hilang kawalan akibat stroke
Muka Senget


Bergantung pada tahap penyumbatan dan bilangan jaringan otak yang tersumbat. Kerosakan yang parah boleh menyebabkan kematian, sedangkan kerosakan yang kekal akan menimbulkan banyak gangguan seperti :-


  • Lumpuh di sisi kiri tubuh
  • Lumpuh di sisi kanan tubuh
  • Masalah penglihatan
  • Kesulitan bertutur
  • Hilang memori
  • Hilang kawalan
  • Penurunan kemampuan kognitif



Siapa Bilang Strok Itu Mendadak? Kenali Isyaratnya!


Hasil kajian menunjukkan bahawa 1 dari setiap 3 orang yang mengalami strok, sepertiganya telah mengalami amaran awal dalam jangka 7 hari sebelum serangan sebenar terjadi. Namun sayangnya, ramai yang tidak menyedari itu adalah MINI STROK!

Tidak ramai yang tahu tentang mini stroke, sedangkan sebelum stroke terjadi, tubuh telah memberikan isyarat berupa mini stroke. Satu tanda penting mini stroke adalah Serangan Iskemia Sementara disebut juga Transient Ischemic Attacks (TIA).



Ramai yang tidak menyedari itu adalah MINI STROK!
Ramai yang tidak menyedari MINI STROK


(TIA) adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. Tetapi tidak seperti strok yang serius, gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya.

(TIA) memberikan tanda-tanda amat serupa dengan strok sebenar. Hanya saja penyumbatan (blood clot) tidak lama dan hilang begitu saja. Gejalanya juga muncul kurang dari 24 jam dan kemudian tubuh kembali normal. TIA terjadi biasanya sekitar lebih kurang 5 minit dan ia tidak menyebabkan kerosakan otak secara drastik.

TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada seorang profesional perubatan secepat mungkin. Jika Anda merasakan salah satu atau lebih gejala di bawah ini, segeralah ke doktor untuk mendapat perawatan :-


Mini strok boleh dikesan
Awasi MINI STROKE (mati rasa sebelah badan)



1. Mati rasa atau merasa lemas di bahagian muka, lengan atau kaki secara mendadak, terutama di satu sisi tubuh sahaja
2. Kesukaran untuk bertutur, memahami atau bingung secara tiba tiba.
3. Kesukaran untuk melihat dengan satu atau dua mata secara mendadak
4. Kesukaran berjalan, pusing atau hilangnya keseimbangan/koordinasi tubuh secara mendadak
5. Pusing yang timbul secara mendadak tanpa penyebab yang jelas

Merawat Strok


Strok termasuk penyakit kardiovascular yang mempengaruhi peredaran darah ke otak. Apabila terjadi strok, maka bahagian tertentu dari otak tidak mendapat aliran darah atau oksigen yang mencukupi.

Strok boleh dirawat
Pencegahan Awal 

Menurut penjelasan media, penderita stroke masih dapat sembuh secara sempurna asalkan ditangani dalam jangka waktu 6 jam atau kurang dari itu. Namun, bila lewat dari waktu tersebut tindakan yang perlu dilakukan adalah pemulihan. Tindakan pemulihan ini penting untuk mengurangi komplikasi akibat strok dan berupaya mengembalikan keadaan penderita kembali normal seperti sebelum serangan strok.



Tanda-tanda awal serangan stroke
SIGNAL STROK


Dr Ng Yee Sien, konsultan dari Departemen Pemulihan di Rumah Sakit Umum Singapura menyebutkan bahawa usaha untuk memulihkan kondisi kesihatan penderita stroke sebaiknya dilakukan secepat mungkin, idealnya dimulai 4-5 hari setelah kondisi pesakit stabil. Tiap kes Strok memerlukan proses rawatan yang berbeza-beza bergantung pada individu. Proses ini memerlukan tempoh waktu 6-12 bulan.

Strok seringkali menyebabkan penderitanya mengalami stres dan depresi. Untuk itu sokongan dari keluarga, sahabat dan rakan-rakan sangat diperlukan dalam proses pemulihan ini.


HERBA ALTERNATIF 
RAWAT STROKE!!!


Tasly rawat stroke
Pembersih Salur Darah No.1 Dunia



Setiap minit, 4 orang meninggal dunia disebabkan strok

HERBA RAWAT STROK




TESTIMONI  #1 

Strok seringkali menyebabkan penderitanya mengalami stres dan depresi
TASLY DANSHEN PLUS bantu pertuturan Dr.Yusly 

BACA KISAH DR.YUSLY DISINI





Anda mungkin meminati :-




No comments: