HTML

Wednesday, November 15, 2017

KENAPA STRESS TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN?


Keburukan Stres
Terdapat banyak perkara yang boleh membuatkan seseorang menjadi stres.

Situasi 1 

"Rahmat, kenapa prestasi kerja awak semakin menurun? Semalam client call dan mengadu kat saya, kata awak tak hantar lagi quotation yang mereka minta. Kalau kerja senang macam ni awak tak boleh buat, baik awak tulis surat resign, serahkan kat saya! Saya tak nak disebabkan awak seorang, reputasi syarikat jatuh!!"

Situasi 2 

"Fit, kau dah siap tak assgment Prof Roslee yang dia bagi minggu lalu? Semalam Syahrul call aku, dia cakap Prof dah awalkan due date untuk assignment tu. Prof nak kita submit kerja tu esok pagi, jam 9 kat bilik dia. 

Aku rasa nak nangis weehh, aku tak siap lagi ni, bahan rujukan pun aku tak jumpa!! Apasal la Prof tiba-tiba ubah tarikh submit ni, kan dah elok-elok dia kata submit next week hari tu!! Aku bengang weeii"


Situasi 3 

"Adan!! kenapa rumah bersepah ni? Mak kan dah pesan, jangan sepahkan permainan kamu!! Bila dah tak nak main, permainan tu semua kemas!! Mak, dah la penat, baru balik kerja, nak kena masak lagi, kamu pula sepahkan rumah. Mak nak kamu kemas kan barang permainan kamu sekarang juga!!"



********



Situasi-situasi seperti di atas mesti akan menguji kesabaran kita kan?  Ada ker yang tak stress bila dalam situasi ini? Mesti ramai yang stress, marah & mengeluh kan?? 

Rasanya tidak salah kalau dikatakan stress adalah keadaan jiwa yang paling popular abad ini. Betul tak? Dengar macam lawak, tapi cuba anda ingat semula berapa ramai orang yang anda jumpa dan katakan  mereka sedang stress? Atau mungkin anda sendiri sedang mengalaminya?

Walaupun stress tu bukan suatu penyakit, tapi ia banyak kesan negatif sekiranya tidak dikawal dengan bijak. Dan jika itu berlaku, sedarlah bahawa anda telah membuka "pintu" dengan pelbagai jenis masalah kesihatan.



16 FAKTA TENTANG STRESS!



1. Ketika stress, pupil mata seseorang akan membesar. Ini kerana tubuh mendapatkan signal tentang apa yang terjadi dan memberikan reaksi seperti itu.




Bahaya Stress
Rambut gugut disebabkan stress



2. Stress juga boleh menyebabkan rambut gugur. Rambut yang gugur kerana stress boleh dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu :

  • Alopecia areata: Rambut  gugur disebabkan oleh sel-sel darah putih menyerang folikel rambut, ia selalunya disebabkan oleh stress berat. 
  • Trikotilomania: Dorongan yang sangat kuat untuk mencabuti rambut dari kulit kepala. Gangguan ini turut disebut 'kelainan mencabut rambut'.

    Penyebabnya, penderita menghadapi emosional tinggi untuk mencabut rambut mereka, sehingga keadaan ini boleh menyakitkan penderita. 
  • Telogen Effluvium: Merupakan jenis rambut gugur yang mengakibatkan botak sementara yang terjadi secara mendadak, penyebab paling umum adalah stress dan usai pemulihan dari sakit.

    Jumlah rambut gugur ini boleh boleh dikatakan segenggam ketika menyisir menggunakan tangan dengan tarikan perlahan. Jenis keguguran rambut ini menyebabkan penipisan secara menyeluruh dan kelihatan seolah-olah botak.

3. Stres juga akan mempengaruhi kesihatan kulit dan mampu membuat anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Satu penelitian pernah dilakukan dan ia menunjukkan bahawa stres dapat menurunkan kesihatan kulit.

4. Ketawa mampu mengurangkan tingkat hormon stres iaitu Adrenaline dan Cortisol. Jadi semasa ketawa, sebenarnya anda juga sedang menurunkan tingkat stres dalam tubuh. Ketawa juga boleh membantu meningkatkan kesihatan anda dengan meningkatkan hormon lain dalam tubuh.

5. Stres sebenarnya dapat mempengaruhi jerawat anda. Jerawat memang muncul akibat kotoran yang terperangkap dalam pori-pori kulit. Namun stres juga mampu mempengaruhi jerawat. Hal ini kerana, stres akan menyebabkan peradangan yang meningkatkan produksi sebum dan mempengaruhi jerawat di wajah anda.



Hindari Stres
Awas!! Stres "Silent Killer"


6. Stres juga dikenali dengan gelaran 'silent killer' atau pembunuh senyap. Banyak orang yang terkena stres namun mereka tidak menyedari bahawa stres  akan mengundang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, dan diabetes.

7. Dipercayai juga bahawa stres boleh membuatkan darah menjadi kental. Ini adalah berita buruk untuk tubuh kita kerana ia boleh menyebabkan pembekuan darah dan penyumbatan pembuluh darah.

8. Stres juga akan mempengaruhi tingkat gula dalam darah kerana ia akan menyebabkan gula darah naik dan menyebabkan mood yang tidak menentu dan rasa lemah pada tubuh. 

9. Stres mempengaruhi aliran darah dalam tubuh. Ketika seseorang merasa stres, mereka akan mengalami sakit kepala. Salah satunya adalah sakit kepala yang seperti dicucuk-cucuk akibat daripada stres yang teruk. Ia terjadi kerana aliran darah ke otak terganggu dan menyebabkan kepala sakit. 

10. Stres yang teruk akan menyebabkan masalah seperti Insomnia dan Apnea tidur (gangguan pernafasan semasa tidur). Jika anda mengalaminya, sebaiknya anda mula mengawal stres dalam diri anda.

11. Stres juga mempengaruhi ghairah seksual pada seseorang. Saat mengalami stres, seseorang tidak akan memiliki ghairah seks dan libido.

12. Wang punca utama stres. Pada 2009, satu soal selidik telah dilakukan oleh CNN dan berjaya menunjukkan bahwa alasan utama stres di sebagian besar negara adalah kewangan. Malaysia, Tiongkok, Singapura, dan Amerika Syarikat merupakan negara yang paling stres tentang kewangan. 

13. Lelaki lebih terdedah dengan stres. Wanita umumnya lebih baik dalam menangani situasi emosional dan stres. Sementara, lelaki lebih terdedah untuk mengalami gangguan kesihatan akibat terlalu banyak stres. Gangguan yang berhubungan dengan stres adalah hipertensi, perilaku agresif, pengambilan ubat-ubatan dan alkohol.

14. Menurut sebuah kajian yang dilakukan laman web pencarian kerja CareerCast, pekerjaan paling stres pada 2014 adalah anggota tentera, bomba, juruterbang, dan penyelaras majlis. Kemudian, pekerjaan paling stres 2015 adalah audiologi, penata rambut, perhiasan, profesor universiti, dan tukang jahit.




Bahaya Stress
Stress boleh menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.


15. Stres meningkatkan kemungkinan kelahiran bayi pra-matang. Beberapa data hasil penyelidikan menunjukkan bahawa pencetus stres kronik pada ibu hamil yang tidak diiringi dengan kemampuan mengawal stres yang baik boleh menyebabkan kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah atau lahir secara pra matang. 

Hal ini disebabkan menurunnya aliran darah ke rahim yang dapat secara signifikan mempengaruhi pertumbuhan janin. Stres juga dapat mempengaruhi plasenta ibu hamil. Ketika ibu hamil mengalami stres, terutama pada trimester pertama, plasenta meningkatkan penghasilan hormon pelepas kortikotropin (CRH). 

Hormon ini sebenarnya berperanan untuk mengatur waktu kehamilan. Ketika stres, kadar hormon tersebut menjadi lebih tinggi daripada yang sepatutnya dan secara tidak langsung ia akan mempercepat durasi kehamilan, sehingga bayi terdedah dengan risiko lahir secara pra matang.

16. Stres mencetuskan perubahan susunan neurokimia tubuh. Sebanyak 30% dari masalah ketidaksuburan adalah disebabkan stres. Bagi seseorang wanita, stres akan mempengaruhi pematangan dan pelepasan sel telur. 

Hal ini dapat menyebabkan kejang pada saluran tube dan rahim sehingga mempengaruhi implantasi. Manakala bagi seorang lelaki, stres berlebihan akan mempengaruhi jumlah sperma mereka.




AYUH!! BEBASKAN DIRI DARI STRES!!



1. Hirup Udara Segar, dan Lihat Pemandangan

Cara Atasi Stress
Matahari pagi mampu meningkatkan Vitamin D di dalam badan. 



Ketika stres, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah meninggalkan ruangan anda dan melepaskan kepenatan sejenak untuk mencari udara segar seketika. Cara ini mampu menenangkan diri kita dari tekanan yang mampu menganggu kestabilan mental dan jiwa. 

Carilah tempat yang mempunyai udara segar dan memiliki pemandangan indah. Jika beban permasalahan masih mendera maka sebaiknya kita berjalan-jalan pada waktu pagi di tempat yang sejuk dan memiliki pemandangan indah terutamanya tempat yang mempunyai sinar matahari pagi.

Menurut penelitian ternyata bahawa ketika tubuh terkena matahari pagi ia akan meningkatkan vitamin D di dalam badan, yang akan membantu untuk meningkatkan penghasilan hormon Serotonin. Hormon ini turut dikenal sebagai hormon “bahagia“, dengan demikian kita akan merasa lebih gembira.

2. Manjakan diri Dengan Mandi atau Berendam


Sudah sekian lama di yakini bahawa air mempunyai kesan yang sangat baik untuk menenangkan diri dan fikiran. Ketika seseorang berada dalam air, fikiran akan merasa tenang dan tubuh juga akan berasa sangat nyaman. 

Hal ini tentunya tak terlepas dari stimulus suasana mengingatkan tubuh dan fikiran pada keadaan kita semasa berada di dalam rahim dimana kita merasa sangat tenang dan disayangi. Selain itu kesan air itu mampu memberikan ketenangan pada tubuh. 

Ia boleh dilakukan dengan cara mandi atau berendam di tab mandi ataupun mandi dengan air suam dan siram tubuh secara perlahan-lahan sambil  menikmati setiap basuhan air di tubuh anda. Rasa nyaman tersebut boleh membuatkan anda terlupa dari  kepenatan dan masalah anda.

3. Bersenam


“Di dalam tubuh yang sihat terdapat jiwa yang kuat”, mungkin peribahasa ini sangat sesuai sebagai kiasan. Senaman bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh tetapi sangat baik untuk kesihatan jiwa.
Ketika anda dilanda stres maka bersenaman merupakan salah satu kegiatan yang sangat digalakkan untuk anda lakukan.

Ketika bersenam tubuh kita akan meningkatkan produksi hormon Endorphin, iaitu hormon yang mampu memberi ketenangan pada fikiran kita. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya anda memperuntukkan masa untuk melakukan aktiviti sukan yang anda gemari.

4. Tenangkan Diri dan Bayangkan Tempat yang Indah dan Nyaman


Jika sedang stres tetapi tidak dapat meninggalkan ruangan kerja untuk seketika bagi menghirup udara segar, cuba untuk menenangkan diri dengan  cara membayangkan pemandangan yang nyaman seperti pemandangan pantai, langit biru, gunung, bukit,  atau suasana yang kita suka. 

Cara mengatasi stres menggunakan cara ini memang cukup sederhana namun memiliki kesan yang cukup baik agar fikiran tidak terlalu tegang.

5. Meditasi atau Yoga



Cara Mengatasi Stres
Yoga dapat mengatasi stres


Meditasi atau yoga sudah lama dikenali sebagai aktiviti yang sangat baik dalam mengawal emosi dan fikiran. Banyak pakar yang mengakui bahawa kesan dari meditasi dan yoga sangat baik bagi 
menenangkan jiwa seseorang.

Bahkan menurut hasil penelitian, melakukan meditasi selama 15 minit sudah bersamaan dengan kesegaran tubuh badan ketika melakukan senaman selama sejam.

Apabila stres yang menerpa anda dirasa semakin berat maka adalah lebih baik untuk melakukan meditasi secara rutin. Sama seperti yoga, mengatasi stres dengan yoga cukup dilakukan selama 5 minit saja  dengan teknik membuka diri dan melepaskan beban di bahu, dada, dan fikiran.

6. Meluah Dengan Teman, Sahabat, atau Keluarga


Stres biasanya disebabkan oleh fikiran yang terbeban dengan masalah yang dihadapi. Semakin besar beban masalah yang ditanggung oleh seseorang maka kecenderungan untuk stres akan meningkat. 
Maka dengan bercerita atau meluahkan dengan sesorang adalah cara yang paling berkesan dalam mengatasi stres. 

Bahkan menurut penelitian orang yang tertutup memiliki kecenderungan lebih besar untuk mudah mengalami stres dari orang yang membuka diri dan sering berbicara dan berkongsi masalah dengan orang lain. Selain itu, berkongsi masalah mungkin akan memberikan idea  kepada anda untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. 


7. Berhubungan Intim dengan Pasangan


Tips terakhir untuk mengatasi stres ini hanya disyorkan bagi mereka yang sudah berumah tangga. Cara ini merupakan cara unik namun terbukti mampu mengurangkan kadar stres seseorang iaitu dengan berhubungan dengan pasangan iaitu suami atau isteri masing-masing.

Mendatangi pasangan saat stres boleh dilakukan dengan berkongsi cerita dan ditutup dengan hubungan mesra. Sudah bukan rahsia lagi bahawa perasaan yang menyenangkan merupakan lawan kepada stres. Bukan itu saja, hubungan intim juga mampu meredakan kemarahan seseorang.





Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini :-

1.  Rokok vs Jantung !!

2. Apa Salah Mencuba Daripada Menderita...

3. "Kewangan" punca Wanita Sakit Jantung !


No comments: