Aspirin merupakan ubat dalam kumpulan Non-Steroidal Anti Inflammatory Drug (NSAID) |
Aspirin atau nama bahan aktif Acetyl Salicylic Acid merupakan ubat yang tergolong dalam kumpulan Non-Steroidal Anti Inflammatory Drug (NSAID). Ubat dari kumpulan NSAID merupakan ubat tahan sakit untuk kesakitan tahap ringan ke sederhana.
Aspirin adalah ubat yang sesuai diambil untuk menghilangkan demam, radang dan sakit badan. Adakalanya, Aspirin juga digunakan untuk mencegah serangan jantung & strok.
Cara Pengambilan Aspirin
Tablet aspirin boleh diambil begitu sahaja dengan segelas air atau dilarutkan dalam segelas air sebelum diminum. Anda perlu merujuk label ubat atau doktor dan ahli farmasi bagi mengenalpasti cara pengambilan ubat yang betul. Bagi mengelak keadaan perut yang tidak selesa, aspirin perlu diambil bersama-sama makanan atau selepas makan. Dos pengambilan adalah bergantung kepada jenis rawatan.
Pengambilan Aspirin berdasarkan nasihat doktor |
Fungsi ubat Aspirin
- Sebagai Ubat Tahan Sakit
Untuk melegakan kesakitan yang dialami akibat pening, sakit gigi, sakit otot, senggugut (period pain) dan sebagainya.
- Sebagai Ubat Cair Darah
Penggunaan aspirin sebagai ubat cair darah perlu melalui nasihat doktor.
Aspirin kebanyakkannya digunakan oleh pesakit yang pernah mendapat serangan jantung atau strok, menerima pembedahan jantung (stent atau bypass) serta berisiko tinggi mendapat serangan jantung. Ini kerana, ia akan membantu menghalang pembentukan platelet yang boleh menyebabkan darah beku.
Jika diambil berlebihan?
Tanda-tanda pengambilan dos Aspirin berlebihan adalah hiperventilasi, berpeluh, bunyi bising di telinga (tinnitus), pekak, badan menggeletar, sawan dan pengsan untuk seketika. Pesakit ini perlu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya.
KESAN SAMPINGAN
Kesan sampingan yang biasa akan meningkatkan kemungkinan pendarahan spontan dan rasa tidak enak dalam perut.
Kesan-kesan sampingan lain yang mungkin berlaku seperti:-
- Sesak nafas,
- Serangan asma,
- Pendarahan haid yang lebih kerap
- Loya,
- Muntah,
- Pedih ulu hati
Tanda-tanda alahan pada Aspirin
Sekiranya anda alah terhadap Aspirin, anda akan mengalami beberapa kesan sampingan antaranya:-
- Ruam,
- Sesak nafas atau
- Bengkak pada mata, muka, bibir, lidah atau tekakNOTA: Anda perlu berhenti mengambil Aspirin jika mengalami tanda-tanda di atas dan segera berhubung dengan doktor.
Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-
No comments:
Post a Comment