Contoh: Seorang pesakit sedang menjalani proses Dialysis |
Teringat peristiwa semalam, ketika tengah menunggu giliran di panggil oleh nurse, aku duduk di ruangan menunggu di hadapan kaunter. Kelihatan ramai lagi pesakit menunggu giliran. "Nampaknya lambat lagi giliran aku ni", Munirah bermonolog sendiri.
Tak lama kemudian, datang seorang kakak yang berumur lebih kurang 30-an duduk di kerusi kosong sebelah ku. Aku hanya melemparkan senyuman kepadanya, dan tumpukan perhatian semua pada drama korea di telefon pintar ku.
Tiba-tiba kakak sebelah aku tu memecahkan kesunyian antara kami. Dia bertanya, aku sakit apa. Aku cuma jawab ringkas, demam panas dan kakak tu mengangguk. Aku pun cuba berlagak mesra, dengan bertanya, dia pun sakit ker? Dia balas, katanya temankan ibunya dan tengah menunggu ibunya selesai jalani rawatan.
Rupanya, ibu kakak tu ada masalah buah pinggang. Dah hampir setahun, dah semua disebabkan ubat tahan sakit.
Ubat tahan sakit |
"Ibu akak memang senggugut dari zaman remaja lagi. Bila senggugut tu, memang tak dapat tahan sampaikan berpeluh & guling-guling kat lantai. Kadang memang tak larat nak berdiri."
"Jadi, untuk kurangkan rasa sakit tu, ibu selalunya akan mengambil ubat PONSTAN 500 mg tu. Setiap kali senggugut, memang itulah yang akan dicari oleh ibu."
Akak tu sambung cerita lagi,
"Tapi, suatu hari tu, ibu tiba-tiba mengadu, masa buang air kecil, air kencing ada darah. Ibu dah risau & terus ajak akak pergi hospital kerajaan. Bila dah sampai hospital, doktor kata nak buat pemeriksaan terhadap buah pinggang. Tak lama lepas tu, doktor sahkan, memang ibu ada masalah buah pinggang tahap 5. Doktor sarankan ibu jalani dialisis. Kami sekeluarga setuju. Jadi, ibu jalanilah dialisis sampai sekarang."
Aku yang mendengar cerita akak tu tetiba rasa takut. Sebab aku pun bila tengah-tengah nak datang bulan, akan senggugut juga. Cuma aku jarang ambil ubat tahan sakit, pernah pun cuma 3 kali jer. Lepas ni, memang kena lebih berhat-hati.
JAGA BUAH PINGGANG ANDA SEBAIKNYA!
Perbezaan Buah pinggang sihat & rosak |
Fungsi asas buah pinggang adalah sebagai penapis untuk membersihkan darah, memelihara keseimbangan garam dan mineral dalam tubuh dan mengawal tekanan darah. Apabila buah pinggang mulai rosak, lebihan cecair dan sisa buangan tubuh tidak akan dapat dikeluarkan dengan sempurna melalui air kencing.
Antara punca popular kerosakan buat pinggang adalah disebabkan oleh masalah diabetes atau kencing manis dan obesiti. Pengambilan makanan dan minuman manis/ berkarbonat juga antara penyumbang utama masalah ini.
Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pelbagai gangguan kepada fungsi tubuh dan akhirnya, pelbagai komplikasi mulai muncul secara berperingkat mengikut kadar kerosakan buah pinggang.
Tanda-tanda kerosakan buah pinggang
Apakah tanda-tanda awal penyakit buah pinggang? Ok, jom kita bincangkan di dalam artikel ini. Terdapat 9 tanda-tanda yang boleh diperhatikan untuk mengenalpasti buah pinggang yang bermasalah. Antaranya adalah:-
1. KEKERAPAN MEMBUANG AIR KECIL
Secara normalnya, kita akan membuang air kecil 4 hingga 6 kali sehari dan kebanyakkannya berlaku ketika siang. Kebiasaanya ia akan terjadi ketika kita meminum banyak air.
Cuba perhatikan kekerapan masa anda membuang air kecil. Adakah ia seperti biasa atau lebih kerap dari kebiasaan?
Jika anda kerap membuang air kecil ketika waktu malam, anda harus berhati-hati kerana ia sering dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang. Hal ini kerana, air kecil tidak dapat dibuang ketika waktu siang (aktif) dan membuangnya pada waktu malam (waktu rehat.)
2. SERING LETIH & FIKIRAN TERGANGGU
Buah pinggang yang sihat akan menghasilkan hormon yang dikenali sebagai erythropoietin atau EPO. Hormon ini berfungsi untuk memberi signal kepada tubuh bagi menghasilkan lebih sel darah merah untuk mengangkut oksigen.
Akibatnya, otot dan otak akan mengalami masalah kekurangan sumber oksigen untuk berfungsi dengan baik. Hal inilah yang akan menyebabkan kita cepat penat dan secara tidak langsung, fungsi otak juga terganggu menyebabkan seseorang mudah lupa, pening dan cepat mengantuk.
3. KULIT KERING & GATAL PADA BAHAGIAN BADAN
Salah satu fungsi utama buah pinggang adalah untuk mengawal keseimbangan mineral dalam tubuh. Ia akan melibatkan proses keseimbangan paras kalsium dan fosforus di dalam darah.
Kekurangan kalsium dalam darah menyebabkan kelenjar paratiroid yang terletak di leher untuk merembeskan hormon paratiroid. Hormon ini bertindakbalas melakukan mekanisma menyerap kembali kalsium daripada komposisi tulang untuk disalurkan ke dalam darah.
Oleh itu, penghasilan hormon paratiroid yang tinggi inilah yang akan menyebabkan masalah kulit kering dan kegatalan. Selain itu, kandungan fosforus yang tinggi dalam darah juga boleh menyebabkan kesan yang sama.
Penyebab lainnya, bahan buangan atau toksin yang terkumpul dalam salur darah di bawah kulit juga juga adalah penyumbang utama masalah kulit kering dan gatal.
4. TERASA SEPERTI ADA LOGAM PADA MULUT/ MUNTAH
Pernah tak anda terasa seperti ada logam di dalam mulut dan tidak dapat menelan makanan? Penting untuk anda tahu bahawa, ini merupakan tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
5. SEJUK SEPANJANG MASA
Keadaan sejuk ini adalah disebabkan daripada anemia yang dialami oleh pesakit.
Keadaan sejuk ini mungkan akan dialami sepanjang masa walaupun sebenarnya cuaca pada ketika itu panas.
6. KESUKARAN UNTUK BERNAFAS
secara lazimnya, mereka yang mengalami masalah buah pinggang juga akan berhadapan dengan masalah kesukaran bernafas.
Keadaan ini akan terjadi disebabkan badan kekurangan oksigen. Buah pinggang tidak dapat membantu dalam pengeluaran sel-sel darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen. Maka, kita akan kekurangan oksigen dan sukar untuk bernafas.
Selain itu, keadaan ini juga boleh terjadi jika terdapat cecair terkumpul di dalam paru-paru dan anda akan berasa sesak nafas.
7. SAKIT PADA BAHAGIAN BELAKANG
Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi sakit belakang anda adalah berpunca daripada ketumbuhan yang terdapat di bahagian belakang dan menyebabkan rasa sakit pada buah pinggang anda.
8. AIR KENCING BERBUIH/ BERDARAH/ KOTOR
Buih menunjukkan terdapat protein pada air kencing. |
Sentiasa perhatikan sebarang perubahan pada air kencing anda. Sekiranya terdapat buih pada air kencing anda itu menunjukkan terdapat protein pada air kencing anda. Ini disebabkan buah pinggang anda tidak dapat menapis protein yang muncul.
Selain buih, perhatikan juga sekiranya air kencing anda bertukar kepada warna keruh atau terdapat darah. Sekiranya, anda pernah merasa sakit apabila membuang air kecil adalah lebih baik sekiranya anda segera bertemu doktor.
berikut merupakan tanda-tanda terdapat masalah pada bahagian saluran kencing anda. Jika ia tidak dirawat, masalah-masalah ini boleh memudaratkan kesihatan anda suatu hari nanti.
9.BENGKAK PADA MATA / KAKI
Tahap-tahap kerosakan buah pinggang |
Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-
1. Tips Penjagaan Buah Pinggang Anda!
2. Tangan Kerap Rasa Kebas?? Nak Tahu Apa Puncanya?
.
3. Jantung Tiba-tiba Berdebar Laju atau Terlalu Perlahan? JANGAN Pernah Abaikannya!
No comments:
Post a Comment