Pembedahan jantung dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar. |
Dengar sahaja pembedaha jantung pasti sudah cukup merisaukan hati buat mereka yang mendengarnya. Hal ini kerana memikirkan sebarang kemungkinan yang boleh terjadi semasa pembedahan dilakukan. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita menjaga kesihatan tubuh & terutamanya jantung kita!
Dalam bidang perubatan, pembedahan yang melibatkan jantung adalah satu prosedur perubatan yang akan dilakukan untuk menggantikan fungsi pembuluh darah yang sempit dan menyebabkan aliran darah tidak ke seluruh anggota badan tidak lancar
Jenis pembedahan yang sering kita dengar adalah pembedahan jantung by-pass. Namun, ada juga beberapa jenis pembedahan jantung yang lain.
JENIS-JENIS PEMBEDAHAN JANTUNG
1. Pembedahan Jantung By-Pass
Pembedahan Jantung By-pass |
Pembedahan jenis ini akan digunakan untuk merawat individu yang mempunyai masalah penyakit jantung koronari. Pembedahan ini dilakukan bertujuan untuk membuat saluran baru bagi menggantikan saluran pada pembuluh darah arteri yang telah tersumbat .
Saluran darah baru yang dibina adalah untuk menggantikan saluran darah yang telah rosak. Pada kebiasaannya saluran darah baru akan diambil dari bahagian tangan, kaki, dada atau bahagian lain anggota badan pesakit.
Saluran darah bahagian kaki diambil |
Pembedahan ini dilakukan bagi membolehkan proses pengaliran darah dapat berjalan seperti biasa agar darah, oksigen & nutrisi lain dapat disalurkan ke seluruh anggota badan. Pembedahan ini juga dikenali sebagai Coronary Artery Bypass Graft (CABG).
Ketahui lebih lanjut tentang pembedahan By-Pass DI SINI.
2. Pembedahan penggantian Injap Jantung.
Secara umumnya, injap jantung berfungsi untuk menentukan aliran darah dalam satu arah. Jika dilihat pada proses pengaliran darah, ketika injap jantung terbuka, aliran darah akan mengalir dari bilik jantung terus menuju ke arteri. Sebaliknya, ketika injap tertutup, maka alirah darah juga akan terhenti.
Oleh itu, tujuan utama pembedahan jenis ini dijalankan bertujuan untuk menggantikan injap jantung yang tertutup. Injap jantung yang tertutup ini akan mengganggu proses aliran darah sekiranya ia dibiarkan.
Dalam kebanyakan kes, penggantian injap jantung akan dilakukan dalam bentuk operasi jantung terbuka. Ini bermakna, pakar bedah akan membuka dada dan jantung pesakit untuk mengeluarkan injap jantung yang rosak. Injap buatan (prostetik) baru akan menggantikan injap yang rosak dan kemudian dijahit.

Namun, terdapat juga dalam beberapa kes, injap jantung pesakit boleh diganti tanpa membuka dada. Pembedahan tersebut dipanggil pembedahan invasif yang minimum. Injap yang rosak digantikan melalui kepak kecil berhampiran "tulang dada" atau di bawah otot dada kanan anda.
Dalam kebanyakkan prosedur pembedahan, jantung pesakit akan berhenti buat sementara waktu. Semasa pembedahan tersebut, pesakit akan disambungkan dengan "mesin jantung" yang akan mengambil alih pernafasan & pengaliran darah. Walau apapun, pakar bedah akan menentukan prosedur pembedahan yang sesuai untuk keadaan seseorang pesakit.

3. Pembedahan Laser Jantung (Transmyocardial Laser Revascularization)
Transmyocardial Laser Revascularization turut dikenali sebagai TMLR dan ia merupakan salah satu kaedah pembedahan jantung yang digunakan untuk merawat masalah angina. TMLR biasanya hanya dilakukan sekiranya kaedah-kaedah lain tidak dapat digunakan.
Sebagai contohnya, setelah pesakit menjalani satu pembedahan CABG dan tidak boleh melakukan satu lagi pembedahan CABG maka, TMLR akan digunakan. Ataupun, dalam kes-kes tertentu TMLR akan digabungkan dengan CABG.
TMLR adalah sejenis pembedahan yang akan menggunakan laser untuk membuat saluran kecil melalui otot jantung dan ke ruang bawah kiri jantung (ventrikel kiri) iaitu ruang pam utama jantung kita.
Transmyocardial Laser Revascularization |
Selepas TMLR dilakukan, darah yang mengangkut oksigen akan masuk ke ventrikel kiri, sebahagian daripada darah itu boleh mengalir melalui saluran kecil. Seterusnya, ia akan membawa oksigen ke bahagian otot-otot jantung yang memerlukan.
TMLR juga adalah sejenis pembedahan, namun, pembedahan jenis ini boleh dilakukan semasa jantung masih berdegup dan penuh dengan darah. Oleh itu, mesin jantung-paru-paru tidak diperlukan dan pakar bedah juga tidak perlu memotong bilik jantung, jadi TMLR ini bukanlah pembedahan jantung terbuka
4. Pembedahan Pemindahan Jantung.
Pembedahan pemindahan jantung yang pertama dilakukan di Selatan Afrika |
Pembedahan pemindahan jantung lazimnya dilakukan kepada pesakit yang mengalami gagal jantung sama ada masalah lemah jantung atau jantung telah rosak. Ia dilakukan kerana, jantung tidak lagi mampu mengepam darah seperti yang diperlukan ke seluruh anggota badan.
Pembedahan pemindahan jantung ini dilakukan dengan cara memindahkan jantung pesakit kepada penderma (biasanya yang telah meninggal dunia) yang memiliki jantung yang sihat.
Kebanyakkan pesakit yang menjalani pembedahan jenis ini adalah mereka yang mengalami kegagalan jantung peringkat akhir. Kegagalan jantung peringkat akhir bermaksud keadaan yang parah dan kaedah lain selain pemindahan jantung telah gagal.
Berikut merupakan 4 jenis pembedahan yang melibatkan jantung yang anda perlu tahu. Menakutkan bukan? Jadi, tepuk dada tanya diri, adakah anda telah menjaga kesihatan anda sebaiknya? Jom, kita mencegah kerana ia lebih baik dari merawat.
Anda mungkin berminat dengan artikel ini:-
1. NAK TAHU TANDA-TANDA BUAH PINGGANG ROSAK?
2. Jantung Tiba-tiba Berdebar Laju atau Terlalu Perlahan? JANGAN Pernah Abaikannya!
3. TANDA-TANDA SAKIT JANTUNG! TUA ATAU MUDA WAJIB TAHU.
Salah satu kes pemindahan jantung |
JAGALAH JANTUNG ANDA SEBAIKNYA!
Berikut merupakan 4 jenis pembedahan yang melibatkan jantung yang anda perlu tahu. Menakutkan bukan? Jadi, tepuk dada tanya diri, adakah anda telah menjaga kesihatan anda sebaiknya? Jom, kita mencegah kerana ia lebih baik dari merawat.
Anda mungkin berminat dengan artikel ini:-
1. NAK TAHU TANDA-TANDA BUAH PINGGANG ROSAK?
2. Jantung Tiba-tiba Berdebar Laju atau Terlalu Perlahan? JANGAN Pernah Abaikannya!
3. TANDA-TANDA SAKIT JANTUNG! TUA ATAU MUDA WAJIB TAHU.
No comments:
Post a Comment