Kenapa sakit kepala itu terjadi? |
TEKANAN & SAKIT KEPALA
Petang itu Munirah sibuk menyiapkan assignmet yang diberikan oleh pensyarahnya, tiba-tiba rasa sakit kepalanya datang menyerang lagi. Entah kenapa, sejak beberapa hari yang lalu, Munirah sering mengalami sakit kepala.
Sebelum ini, dia fikir sakit kepalanya disebabkan kurang tidur namun, apabila semakin teruk, Munirah membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor di Pusat Kesihatan yang disediakan oleh pihak Universiti.
Ketika berjumpa doktor, Munirah menceritakan simptom-simptom yang dihadapinya sejak beberapa hari yang lalu kepada doktor wanita dihadapannya itu. Doktor yang mendengar penerangan itu memberitahu bahawa Munirah mungkin berhadapan dengan masalah migrain. Doktor menyarankan agar Munirah berehat & berikan surat MC agar Munirah dapat berehat secukupnya.
INILAH PUNCA SAKIT KEPALA BERLAKU.
1. Migrain
Migrain atau sakit kepala sebelah, biasanya muncul dengan gejala sakit kepala berdenyut-denyut hanya pada bahagian satu sisi kepala saja. Beberapa ilmuwan mengatakan, sakit kepala jenis ini adalah disebabkan masalah pembuluh darah dan masalah sistem saraf pusat (otak).
Migrain juga merupakan sakit kepala yang tenat dan berkemungkinan boleh berpanjangan dari 6 hingga 24 jam. Setiap orang mungkin berhadapan dengan gejala migrain yang berbeza. Misalnya, sakit kepala hingga hilang selera makan, mual, muntah dan sakit kepala seperti dicucuk & pancaran petir.
Migrain biasanya didapati dalam kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.
Jenis-jenis sakit kepala. |
Selain daripada migrain, masih ada penyebab lain mengapa sakit kepala sebelah kiri boleh terjadi dan salah satunya adalah SInusitis. Penyakit Sinusitis ini sering dianggap sebagai penyakit migrain, mungkin kerana gejala yang sama.
Penyakit Sinusitis boleh berlaku kala lapisan sinus pada kawasan kepala itu diserang jangkitan seperti mengalami alahan atau keradangan. Penyebab lain adalah kerana tegang/ tertekan yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti kurang tidur, stress, lambat makan, postur badan kurang baik, khususnya, mereka yang sering bekerja terlalu lama.
3. Sakit kepala tegang
Sakit kepala disebabkan tension (tegang) merupakan jenis sakit kepala paling banyak dihadapi oleh masyarakat kita. Munculnya sakit kepala jenis ini dapat dilihat dengan gejala rasa sakit kepala sehingga turut dirasa pada bahagian kepala, leher, dan belakang mata.
Terdapat juga individu yang menggambarkan sakit kepala jenis tension ini seperti ada seutas tali yang mengikat sekeliling kepala dengan sangat ketat.
Sakit kepala yang disebabkan tension ini terjadi akibat tekanan pada bahagian otot leher dan kepala. Bagi mereka yang asyik tertumpu dengan komputer, memandu terlalu lama dan membaca terlalu lama sangat berisiko untuk mendapat sakit kepala yang disebabkan oleh stress.
4. Kanser
Sakit kepala juga boleh dikaitkan dengan serangan penyakit kanser otak. Seperti yang diketahui bahawa struktur tengkorak kepala itu padat, ruang untuk perkembangan adalah sempit.
Maka, apabila kanser membesar, bahagian kepala akan menjadi lebih sempit dan akan terus memenuhi ruangan. Hal inilah yang akan menyebabkan terjadinya sakit kepala khususnya pada sebelah kiri kerana tekanan pembesaran kanser tersebut.
Oleh itu, sakit kepala hanya satu sisi sahaja tidak boleh dipandang remeh. Anda dinasihati agar mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan sakit kepala tersebut bukan disebabkan kanser. Ini adalah jalan yang terbaik kerana, semakin awal kanser otak di diagnosis, maka harapan untuk pulih juga semakin besar.
5. Stroke
Sakit kepala sebelah kiri juga boleh dikaitkan dengan stroke. Apabila seseorang mengalami stroke, maka aliran darah ke bahagian otak akan tertutup oleh gumpalan darah. Ini yang menyebabkan sakit kepala di sebelah kiri terjadi, di mana otak akan kekurangan oksigen.
Selain sakit kepala, tubuh juga akan mengalami beberapa perubahan. Ia bermula dengan tubuh lemah, mati rasa, kehilangan koordinasi badan, dan menjadi sukar bercakap. Berikut merupakan tanda-tanda penyakit stroke akan menyerang.
6. Menstruasi
Kitaran bulanan haid juga punca sakit kepala |
Untuk wanita pula, kitaran bulanan haid juga merupakan salah satu faktor penyebab sakit kepala khususnya di sebelah kiri. Hal ini terjadi kerana, kitaran semulajadi tubuh, maka seringkali faktor ini terjadi & tidak dapat dielakkan.
Jadi, kalau anda mengalami sakit kepala ketika dalam masa haid, ia bukanlah suatu perkara yang perlu anda risaukan. Ia adalah keadaan yang normal. Sakit kepala ini boleh terjadi sama ada sebelum haid ataupun semasa haid. Pencetus utama ia terjadi kerana kadar estrogen yang menurun sewaktu proses haid.
7. Kurang tidur
Pola tidur yang tidak teratur juga akan menyebabkan sakit kepala yang berdenyut-denyut.
Selain memperbaiki waktu tidur, anda juga tidak digalakkan untuk tidur terlalu lama. Sebab dengan tidur terlalu lama, otak akan mengalami gangguan. Oleh itu, waktu tidur ideal yang disyorkan adalah 8 jam sehari.
CARA KURANGKAN SAKIT KEPALA TANPA PANADOL!
Cara ini boleh digunakan untuk memberi rasa kebas pada bahagian yang terasa sakit. Selain daripada pek ais, boleh juga gunakan tuala basah dan letakkan ia di dahi.
Cara ini mampu mengecutkan salur darah dan mengurangkan pengaliran darah agar tidak terlalu tertekan. Anda boleh lakukannya sambil berbaring dan bertenang.
2. Urut dengan minyak panas.
Antara cara yang boleh kurangkan sakit kepala adalah dengan menyapu minyak panas seperti minyak cap kapap atau minyak gamat pada bahagian kepala, dahi, tengkuk atau belakang telinga.
Setelah letakkan minyak panas tersebut, urut dengan cara yang buatkan anda selesa. Selepas beberapa minit, sakit kepala akan beransur kurang.
3. Rendam kaki dengan air panas
Cara ini dikatakan mampu menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan sekaligus dapat mengurangkan tekanan pada bahagian kepala anda.
4. Banyakkan minum air
Adakalanya sakit kepala juga boleh berpunca dari dehidrasi akibat kurang minum air. Jadi pastikan anda minum air secukupnya terutama sekali ketika musim panas ataupun ketika anda melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh dengan banyak berbanding biasa.
5. Berehat & tidur yang cukup
Antara cara paling mudah untuk menghilangkan sakit kepala adalah dengan cara berehat dan tidur. Cara ini paling sesuai diamalkan jika seseorang itu sakit kepala disebabkan oleh kurang tidur, kurang rehat & stress.
Untuk tips tambahan, anda boleh tidur dalam bilik yang gelap dengan aroma terapi yang dapat memberi unsur ketenangan yang boleh buatkan anda lebih relaks.
ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN ARTIKEL INI:-
1. Inilah Cara Legakan Sakit Belakang Anda!
2. Layak Ke Saya Menderma Darah??
3. Darah Pekat, Bagaimana cara atasinya?
No comments:
Post a Comment