HTML

Saturday, February 9, 2019

15 SEBAB BATUK BERDARAH TERJADI!

batuk berdarah
Batuk merupakan cara tubuh melindungi sistem pernafasan.


Kenapa kita batuk?


"Sebenarnya batuk ialah sejenis mekanisme pertahanan fisiologi yang penting. Ini merupakan cara semula jadi tubuh untuk melindungi sistem pernafasan dengan mengeluarkan bahan rengsa atau rembesan daripada saluran udara,"

-Dr. Patrick Chan, perunding Pediatrik dan Dada.-


Dalam kalangan orang muda yang sihat, batuk darah biasanya bukan tanda penyakit serius. Tetapi dalam kalangan orang berusia, terutamanya perokok, ini adalah perkara yang membimbangkan. Batuk berdarah adalah darah yang keluar bersama kahak ketika batuk, berpunca dari paru-paru. Terdapat banyak sebab ia boleh berlaku dan jika anda pernah alami batuk berdarah, dinasihatkan agar anda segera mendapatkan nasihat doktor.



Gejala Batuk Berdarah


Untuk pengetahuan anda, batuk berdarah juga adalah tanda untuk kebanyakan penyakit. Antaranya adalah seperti, jangkitan kuman dan juga kanser. Selain dari batuk berdarah, pesakit juga boleh mengalami tanda-tanda berikut:
  1. Sakit dada terutama ketika tarik nafas
  2. Penat
  3. Sesak nafas 
  4. Demam 
  5. Berpeluh waktu malam
  6. Kurang selera makan

15 Sebab Batuk Berdarah


Terdapat banyak penyebab batuk berdarah boleh terjadi, antaranya:
  1. Radang paru-paru (Pneumonia)
  2. Tibi
  3. Kanser paru-paru
  4. Bronkitis kronik
  5. Jangkitan kulat terutama “mycetoma
  6. Darah beku di paru-paru (pulmonary embolism)
  7. Paru-paru berair ( pulmonary edema)
  8. Jantung lemah (congestive cardiac failure)
  9. Hipertensi pulmonari
  10. Kongenital atau acquired systemic coagulopathy contoh: leukaemia, thrombotic thrombocytopenic purpura
  11. Penggunaan ubat pencair darah contoh: warfarin, heparin
  12. Tersedut benda asing ke dalam paru-paru (inhaled foreign body)
  13. Kecederaan kepada paru-paru
  14. Malformasi saluran darah kongenital pulmonari (pulmonary artero-venous malformation).
  15. Salur darah pecah selepas batuk yang kuat

Bagaimana untuk mencegah batuk berdarah? 

Sebenarnya tiada langkah pencegahan spesifik untuk mencegah batuk berdarah. Namun, adalah amat penting untuk anda jalani gaya hidup yang sihat. Amalkan pemakanan yang sihat, jauhi rokok, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit, amalkan penggunaan topeng muka jika berada di kawasan yang tecemar, & paling penting sekiranya anda alami batuk berdarah, segera berjumpa doktor. 


batuk berdarah
Jauhi rokok!

Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-