HTML

Friday, December 28, 2018

INILAH TUJUAN UJIAN STRES DIJALANKAN

Stress test
Ujian Stres dijalankan dengan pemerhatian doktor.

Sering Sakit Dada 


Semuanya bermula apabila aku sering sakit dada sebulan lalu. Apabila sakit dada, aku akan sukar bernafas. Jadi, untuk mengenalpasti punca sakit dada tu, aku pun buat temu janji dengan cardiologist. Setelah diberi penerangan & jalani beberapa pemeriksaan, aku disarankan untuk jalani ujian stres. 

Pada mulanya, aku berasa hairan, kenapa perlu lakukan ujian stres? Doktor nak mengukur tahap stres aku ker? Namun, setelah doktor memberi sedikit penerangan tentang ujian stres, barulah aku faham tujuan ujian stres dijalankan. Aku pun bersetuju & doktor menentukan tarikh untuk ujian tersebut dijalankan. 

Ujian Stres

Hari ini merupakan hari untuk aku jalani ujian stres. Aku perlu memakai kasut sukan untuk lakukan ujian stres ini. Sebab, aku difahamkan yang aku perlu berlari di atas threadmill. Sebelum perlu berlari, nurse memasangkan beberapa wayar dibadan bertujuan untuk monitor jantung aku. Syukur, sebab tak sakit pun. 

Setelah selesai ujian stres tu, doktor pun terangkan tentang keputusannya. Alhamdulillah, jantung aku tak ada apa-apa. Cuma aku kurang stamina & doktor nasihatkan aku untuk rajin bersenam supaya dapat tingkatkan stamina diri. 

Apa itu Ujian Stres? 



Ujian Stres digunakan untuk membantu doktor mengetahui sejauh mana jantung anda boleh mengendalikan  beban kerja. Ini kerana, senaman akan membuatkan jantung anda mengepam lebih keras dan lebih cepat, dan mendedahkan masalah dengan aliran darah di dalam jantung anda.

Ujian ini juga boleh menunjukkan jika ada kekurangan bekalan darah melalui arteri yang pergi ke jantung. Mengambil ujian stres juga membantu doktor anda mengetahui jenis dan tahap aktiviti fizikal yang sesuai untuk anda.

Kenapa seseorang itu memerlukan ujian Stres?


Stress test
Aktiviti jantung diperhatikan semasa ujian dijalankan


Ujian stres akan membantu doktor :

  • Mendiagnosis penyakit arteri koronari. 
Arteri koronari adalah saluran darah utama yang membekalkan jantung dengan darah, oksigen dan nutrien. Penyakit arteri koronari akan terjadi apabila arteri ini menjadi rosak. Ia biasanya disebabkan oleh penumpukan deposit yang mengandungi kolesterol dan bahan lain (plak).

  • Mengesan masalah irama jantung (aritmia). 
Aritmia jantung berlaku apabila impuls elektrik yang menyelaraskan irama jantung anda tidak berfungsi dengan baik, menyebabkan jantung anda kadang-kadang terlalu cepat memukul, terlalu perlahan atau tidak teratur.

  • Panduan rawatan gangguan jantung.
Sekiranya anda telah didiagnosis dengan masalah jantung, ujian stres ini boleh membantu doktor mengetahui bagaimana rawatan berfungsi. Ia juga boleh digunakan untuk membantu menubuhkan pelan rawatan untuk anda dengan menunjukkan berapa banyak senaman yang dapat dikendalikan oleh jantung anda.


  • Menentukan masa/jenis pembedahan.

Doktor anda boleh menggunakan ujian stres untuk membantu menentukan masa pembedahan jantung, seperti penggantian injap. Dalam sesetengah orang yang mengalami kegagalan jantung, keputusan ujian ini boleh membantu doktor menentukan sama ada anda memerlukan pemindahan jantung atau terapi lanjutan yang lain.


Apa yang berlaku semasa ujian? 


• Anda akan dipasangkan beberapa wayar untuk memantau keadaan jantung anda.

• Anda akan mula berjalan perlahan di tempat di atas threadmill.

• Kelajuan akan berubah untuk membuatkan anda berjalan lebih cepat.

• Anda mungkin diminta untuk bernafas ke dalam tiub selama beberapa minit.

• Anda juga boleh menghentikan ujian pada bila-bila masa jika perlu.

• Selepas beberapa minit, anda akan duduk atau berbaring. Seterusnya tekanan darah anda akan diperiksa.


Apa yang dipantau semasa ujian?

• Kadar denyutan jantung 

• Pernafasan

• Tekanan darah

• Elektrokardiogram (ECG atau EKG)

• Kepenatan  yang anda rasai


Persediaan Sebelum Ujian 

1. Sebaiknya jangan makan 2 jam sebelum ujian bermula

2. Anda boleh gunakan kasut sukan & pakaian sukan yang selesa/bersesuaian

3. Tidak dibenarkan mengambil sebarang kafein yang boleh tingkatkan kadar degupan jantung & tekanan darah

4. Anda juga boleh bawa persalinan.


Serangan jantung
Jagalah kesihatan jantung anda 


Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-




No comments: