HTML

Sunday, January 10, 2016

Serangan Yang Meragut Nyawa !


Tanda awal sakit jantung


Hamdan seorang pengurus besar yang berjaya di sebuah syarikat antarabangsa. Tekanan kerja berlebihan menyebabkan beliau sering bekerja lewat malam dan tidak menghiraukan kesihatan. Menjamu pelanggan syarikat di hotel mewah perkara biasa baginya, ia berlarutan setiap minggu kadangkala hampir setiap hari. Senaman memang jauh sekali, alasan Hamdan “tiada masa”. 

Walau sering dinasihati Suria, isterinya namun Hamdan ambil mudah kesan disebaliknya kerana bagi Hamdan kepuasan adalah lebih penting daripada kesan. Lama kelamaan Hamdan mula menyedari akan perubahan diri dimana beliau merasakan badannya semakin lemah.

Sejak daripada perubahan tersebut Hamdan mula merasakan diri semakin cepat lelah dan sering sesak nafas. Naluri nya mengatakan bahawa berkemungkinan besar diserang asma ataupun kerana terlalu penat. Hamdan ketepikan semua andaian yang bermain difikiran dan terus berkerja.

Kesihatan mula terabai

Minggu berlalu, keadaan kesihatan Hamdan semakin meresahkan dirinya. Semakin hari beliau mula merasakan badan semakin lemah dan degupan jantung semakin laju daripada biasa. Nafas terasa sesak sewaktu baring dan kadangkala langsung tidak dapat melelapkan mata. 

Hamdan sering berasa badannya panas dan terpaksa menggunakan dua buah kipas semasa tidur walaupun ketika hari hujan. Pernah juga terlintas difikiran Hamdan untuk membuat pemeriksaan di hospital tetapi beliau amat takut dengan keputusan yang bakal diperolehi selepas pemeriksaan tersebut. Oleh kerana tidak sanggup menerima keputusan yang bakal diberikan oleh doktor lalu Hamdan mengambil keputusan untuk tidak pergi ke hospital.

Hari itu, Hamdan meminta izin pulang lebih cepat dari pejabatnya. Sejak pagi, Hamdan merasa pusing dan mual. “Abang masuk angin ni,” keluhnya pada Suria, isterinya melalui telefon.

Sebelum tiba di rumah, Hamdan singgah di warung berdekatan lalu memesan bubur ayam serta teh panas untuk mengurangi rasa tak sedap badan yang dideritainya. Sekembali ke rumah, ia menyapu minyak kayu putih ke seluruh badannya, sambil berbaring sehingga terlelap.

Wajah Hamdan kebiruan


Lepas senja, Hamdan belum bangun juga. Suria yang baru saja pulang dari kerja kehairanan kerana rumah masih bergelap. Beliau terus menjenguk ke kamar, ditempat tidur Hamdan sedang tidur meniarap tapi…. suaminya sudah tidak bernafas lagi!. Wajahnya kebiruan, seolah-olah Hamdan menahan rasa sakit sesaat sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. 


Penyakit “TERSEMBUNYI” apakah yang meragut nyawa Hamdan?


Sakit Jantung dan Rawatan


“Bukan setahun dua, sebaliknya sejak 10 tahun lalu kebanyakan mangsa tidak mendapat rawatan pantas dan tepat, selain tidak tahu punca utama serangan penyakit itu,” kata Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar.

Penyakit yang dimaksudkan itu adalah ‘SERANGAN JANTUNG” penyakit yang telah meragut nyawa Hamdan dan berjuta-juta penduduk di seluruh dunia setiap hari. Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 40,000 kes baru di catat setiap tahun di negara kita dan dianggarkan pada 2030, seramai 23 juta penduduk mati akibat penyakit ini. Ia adalah penyakit “TERSEMBUNYI” yang telah meragut banyak nyawa dan menyebabkan kematian!. 

Kenali Simptom Awal !


Bengkak kaki sering berlaku kepada pesakit yang mengalami kegagalan jantung berfungsi.

Mengenal pasti simptom-simptom tanda serangan yang sering terjadi mampu menyelamatkan nyawa kita dan orang yang kita sayang. Antara tanda2 awal adalah :- 

* Sakit dada
* Sesak nafas
* Pening kepala
* Jantung berdebar, 

Waktu-waktu krisis (golden time) kala serangan itu datang, orang masih belum memahami bahwa itu adalah serangan jantung ringan. Lazimnya ramai yang berfikir itu adalah masuk angin.

Faktor lain yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakit jantung koronari adalah :-

[] Keturunan menghidap penyakit jantung
[] Berusia 35 tahun ke atas dan berat badan berlebihan
[] Merokok
[] Gagal kawal tekanan darah
[] Hidap penyakit kencing manis
[] Tekanan
[] Kurang bersenam

Dapatkan pencegahan dan rawatan awal!. Pengambilan herba TASLY DANSHEN PLUS sebagai alternatif pencegahan dan rawatan jantung. Terdapat banyak kajian dan testimoni yang telah membuktikan herba ini amat berkesan bagi merawat jantung.


Tasly Danshen Plus herba jantung


DIGUNAKAN SECARA MELUAS SELURUH DUNIA







Anda mungkin meminati artikel ini:-









No comments: