HTML

Friday, August 11, 2017

Tekanan Darah Rendah atau Hipotensi.

Punca tekanan darah rendah
Kerap rasa pening & berpinar-pinar

Semalam selesai je Prof Ros habiskan kuliahnya, aku pun terus mengemas laptop di hadapan ku. Tak sabar rasanya nak balik hostel sebab badan rasa lemah. Kuliah yang Prof sampaikan pun sebenarnya aku tak faham sebab tak dapat fokus.

Bila aku berdiri jer, tiba-tiba badan rasa tak seimbang, berpinar-pinar, gelap dan akhirnya aku rebah. Tak ingat apa yang jadi selepas itu. Tapi, hari ni, sebaik saja aku sedar, aku nampak kawan baik aku, Lina ada duduk di kerusi tepi katil aku. 

Belum sempat aku tanya apa yang dah terjadi, Lina segera panggilkan doktor. Doktor pun datang dan check keadaan aku. Selesai semuanya, doktor bagi tahu, tekanan darah aku sangat lemah. 90/54 mmhg. Sebab tu, aku pengsan, pucat dan badan rasa tak bertenaga. Doktor arahkan aku untuk berehat dahulu sebelum balik ke hostel.  

Sebagai seorang pelajar yang tidak faham apa-apa tentang perubatan, aku pun bertanya pada doktor, kenapa aku boleh mengalami tekanan darah rendah ni. Doktor pun menjelaskan dari A hingga ke Z. 

Setelah mendengar penjelasan doktor, barulah aku faham, rupa-rupanya simptom-simptom seperti selalu rasa lemah & berpinar-pinar ketika bangun bukanlah disebabkan penat semata-mata tapi semuanya berpunca daripada tekanan darah rendah. 


Apa itu tekanan darah rendah??



Punca tekanan darah rendah
Apa itu tekanan darah rendah?

Tekanan darah bermaksud keupayaan darah menolak ke arah dinding pembuluh darah arteri ketika jantung mengepam darah. Tekanan darah diukur sebagai tekanan Sistolik (bilangan atas) dan Diastolik (bilangan bawah).

Tekanan darah sistolik adalah tekanan yang diukur semasa jantung berdenyut, ia akan menunjukkan tekanan maksimum ketika jantung berkontraksi. Manakala tekanan diastolik adalah tekanan yang diukur semasa jantung sedang rehat. Ia menunjukkan tekanan minimum jantung dalam keadaan rileks.

Untuk tekanan darah yang dikatakan sebagai tekanan darah normal adalah bila tekanan darah anda TIDAK lebih rendah dari 120/80 mmhg. Dan perlu diingat bahawa, tekanan darah seseorang tidak selalu sama dari satu waktu ke waktu lainnya. 


Agaknya Berapa Bacaan Yang Boleh dikategorikan sebagai tekanan darah rendah ?



bahaya tekanan darah rendah
Bacaan tekanan yang rendah.

Tekanan darah yang normal adalah antara 90/60 dan 140/90. Manakala, ukuran tekanan darah yang  dikategorikan sebagai RENDAH adalah di BAWAH 90/60Jika tekanan darah di atas 140/90 maka orang tersebut menderita tekanan darah tinggi atau hipertensi.

Misalnya, bila anda melakukan pemeriksaan tekanan darah pada hari ini dan tekanan darah anda adalah 120/80 mmhg manakala, keesokan harinya pula tekanan darah anda berbeza daripada hari pertama anda membuat pemeriksaan.

Antara ujian yang dilakukan oleh doktor kepada pesakit yang mengalami tekanan darah rendah ialah ujian darah untuk melihat kepada paras gula, kolesterol, hemoglobin, fungsi buah pinggang, ujian elektrokardiogram (ECG), echocardiogram iaitu ultrasound jantung, dan ujian tekanan (stress test).

3 Jenis Tekanan Darah Rendah


1. Tekanan Darah Rendah Orthostatic


Jenis tekanan darah rendah ini akan berlaku bila anda berubah posisi. Sama ada dari bangun kepada tidur atau duduk.  Penurunan tekanan darah ini akan menyebabkan anda berasa pening atau pitam. Ianya terjadi bila tubuh badan tidak dapat menyesuaikan tekanan pengaliran darah dengan cepat agar sesuai dengan kedudukan badan anda. 

Keadaaan ini biasanya akan berlaku hanya sekejap, dari beberapa saat ke beberapa minit selepas anda berdiri.


2. Tekanan Darah Rendah Neurally Mediated (NMH)

Keadaan ini berlaku apabila otak dan jantung tidak berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain. Sebagai contoh, apabila anda berdiri untuk jangka masa yang panjang, darah mulai berkumpul di kaki anda.

Hal ini akan menyebabkan tekanan darah anda menurun. Dalam NMH, badan keliru dan memberitahu otak bahawa tekanan darah tinggi. Sebagai tindakbalas, otak melambatkan kadar denyutan jantung. Hal ini membuat penurunan tekanan darah yang lebih, menyebabkan pening  kepala dan rasa hendak pitam.


3. Tekanan Darah Rendah Teruk berkaitan dengan Shock

‘Shock’ adalah suatu keadaan yang boleh mengancam nyawa di mana tekanan darah turun begitu rendah sehingga otak, buah pinggang dan organ-organ penting yang lain tidak dapat bekalan darah yang cukup.

Siapa yang berisiko untuk mendapat Tekanan Darah Rendah?

Hipotensi boleh berlaku dalam kalangan individu dari pelbagai peringkat umur. Walau bagaimanapun, ada individu dalam kumpulan usia tertentu lebih cenderung untuk mendapat tekanan darah rendah yang tertentu. Seperti:-

✔ Orang tua lebih cenderung untuk mendapat hipotensi Ortostatik selepas makan
✔ Orang-orang yang mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti ubat tekanan darah tinggi
✔ Orang-orang yang mempunyai gangguan sistem saraf pusat (seperti penyakit Parkinson)
✔ Individu yang mempunyai masalah/penyakit hati.
✔ Individu yang kurang bergerak (contohnya lumpuh) untuk tempoh masa yang lama
✔ Wanita hamil dan ia adalah perkara biasa dan akan pulih selepas bersalin
✔ Kanak-kanak dan remaja lebih cenderung memiliki tekanan darah rendah Neurally mediated   


Gejala Hipotensi

Tidak semua individu yang mengalami hipotensi akan mengalami gejala-gejala berikut. Namun jika tekanan darah cukup rendah, kemungkinan besar boleh menimbulkan gejala-gejala seperti berikut ini.

✔ Jantung berdebar kencang atau tidak teratur.
✔ Pusing.
✔ Lemas.
✔ Mual.
✔ Pengsan.
✔ Kehilangan keseimbangan atau merasa goyah.
✔ Pandangan kurang jelas.

Jika mengalami gejala hipotensi, sebaiknya anda segera duduk atau berbaring, minum air putih, dan menghentikan semua kegiatan yang sedang anda lakukan. Gejala biasanya akan segera hilang setelah beberapa saat.

Jika Anda sering mengalami gejala hipotensi seperti yang disebutkan di atas, segeralah bertemu doktor untuk membuat pemeriksaan tekanan darah anda.

Kesan tekanan darah rendah, antaranya:



Cara atasi tekanan darah rendah
Kerap pening & sakit kepala. 

✔ Pening/ Sakit Kepala
✔ Pengsan
✔ Sering rasa dahaga
✔ Sukar untuk fokus
✔ Mata berkunang – kunang
✔ Mual – mual
✔ Batuk
✔ Badan terasa dingin
✔ Kulit menjadi pucat dan lembap
✔ Pernafasan cepat dan pendek
✔ Sering merasa lelah


Bagaimana hipotensi dirawat?

Anda tidak memerlukan rawatan sekiranya anda tidak mempunyai apa-apa tanda dan gejala walaupun tekanan darah anda rendah. Sekiranya anda merasa pening atau hampir pitam, anda sepatutnya terus duduk atau baring. Letak kaki anda di paras yang sama dengan jantung anda atau duduk sambil meletak kepala di antara lutut.

Kalau masalah ini masih berkekalan, anda mesti segera berjumpa dengan doktor. 

Amalan yang disyorkan untuk mengurangkan terjadinya keadaan hipotensi:

✔ Minum banyak air sekiranya nyahhidrasi
✔ Menghadkan pengambilan alkohol
✔ Berdiri dengan perlahan
✔ Jangan silang kaki semasa duduk
✔ Elakkan berdiri terlampau lama pada satu tempat
✔ Tingkatkan pengambilan garam mengikut nasihat doktor
✔ Kurangkan pengambilan karbohidrat sekiranya anda selalu pening selepas makan


Diagnosis Tekanan Darah
Mengukur tekanan darah adalah cara yang tepat dan mudah untuk mendiagnosis hipotensi. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum mengukur tekanan darah untuk mendapatkan pengukuran tekanan darah yang betul.
  • Mengosongkan pundi kencing atau membuang air kecil.
  • Break sekurang-kurangnya 5 minit.
  • Tidak aktif dan tidak dalam bercakap.
Selain mengukur tekanan darah, terdapat beberapa cara atau ujian lain untuk mendiagnosis punca tekanan darah rendah akibat daripada keadaan tertentu atau penyakit, dan juga untuk menentukan rawatan yang sesuai, iaitu:



  • Elektrokardiogram (ECG). 
pencegahan hipotensi
Elektrokardiogram (ECG).
Ujian ini bertujuan untuk mengesan kelainan struktur jantung, masalah oksigen dan bekalan darah ke otot jantung, serta degupan jantung yang tidak teratur.

  • Echocardiogram.  
Hypotension
Echocardiogram.
Ujian ini menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej struktur jantung dan fungsinya.

  • Ujian "stress". 
rawatan tekanan darah rendah
Ujian "stress"

Ujian ini dilakukan dengan membuat kerja-kerja jantung lebih sukar untuk menjadi lebih mudah mendiagnosis tekanan darah. Boleh dilakukan dengan berjalan di atas treadmill.

  • Ujian darah. 
Tekanan darah rendah atau hipotensi
Ujian darah

Ujian darah boleh dilakukan untuk memeriksa tahap hormon, dan jika pesakit mempunyai anemia atau kencing manis.






No comments: