Nadia dapat rasakan jantungnya berdegup sangat laju. |
Kejadian ini berlaku kira-kira 2 bulan yang lalu. Masa itu, Nadia tidur dan terbangun sekitar jam 3 pagi. Ketika hendak duduk dia dapat rasakan jantungnya berdegup sangat laju. Nadia pun panik. Beberapa saat selepas itu, dia mula merasa agak sukar bernafas.
Nadia semakin panik namun tetap berusaha untuk mengatur nafasnya sambil melangkah ke bilik kakaknya untuk dapatkan bantuan. Setelah beberapa kali mengetuk pintu, Sofia pun membuka pintu dan terkejut melihat Nadia terduduk lemah di hadapan pintu biliknya.
Nadia kelihatan pucat dan termengah-mengah kerana cuba untuk mengatur nafasnya. Nadia menjelaskan keadaan yang dialaminya kepada Sofia. Sofia cuba memastikan sama ada Nadia merasa sakit pada bahagian dada atau jantungnya atau tidak. Nadia hanya mampu menggeleng kepala menandakan tidak. Sofia berasa sedikit lega.
Sofia menelefon sahabatnya yang merupakan seorang doktor untuk dapatkan bantuan. Tidak lama kemudian, doktor tiba di rumah mereka dan memeriksa tekanan darah Nadia. Doktor tersebut mengatakan tekanan darah Nadia tidak normal dan memberikan ubat penenang kepada Nadia. Doktor juga menyarankan agar Nadia ke hospital untuk dapatkan pemeriksaan lebih lanjut.
Keesokannya, Sofia & Nadia ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Doktor melakukan pemeriksaan ECG pada Nadia, namun, hasil pemeriksaan mendapati degupan jantung Nadia adalah normal.
Selang dua minggu selepas itu, ketika Nadia sedang duduk membaca buku, jantungnya berdebar-debar dengan kencang seperti sebelumnya. Namun, kali ini ia terasa lebih dahsyat dari sebelumnya. Ini kerana, Nadia tidak mampu berjalan dan hanya mampu bersandar di kerusi sambil berusaha untuk mengatur pernafasannya. Kakinya juga terasa sejuk.
Nadia bernasib baik sebab Sofia kebetulan hendak ke dapur dan terlihat keadaanya yang kelihatan tidak bermaya bersandar di sofa. Tanpa berlengah, Sofia segera membawa Nadia ke hospital berhampiran. Tiba di hospital, Nadia sekali lagi menjalani pemeriksaan ECG untuk melihat degupan jantung Nadia.
Lakukan pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti punca rasa berdebar. |
Setelah selesai pemeriksaan ECG tersebut, doktor menyarankan agar Nadia melakukan check-up secara menyeluruh. Setelah selesai pemeriksaan tersebut, doktor melakukan perbandingan hasil pemeriksaan pada jantung Nadia. Seterusnya, doktor dapat membuat keputusan bahawa Nadia sebenarnya mengalami Aritmia Jantung.
Doktor, sempat menasihati Nadia supaya sentiasa amalkan gaya hidup yang sihat, kurangkan stres dan kawal cara pemakanan. Hal ini kerana, jantung Nadia masih dalam keadaan baik dan kadar kolestrol jahat dalam badan Nadia juga di tahap yang rendah.
Apa sebenarnya Aritmia Jantung?
Pernah tak anda rasa degupan jantung anda tidak teratur? terlalu laju atau terlalu perlahan? Jika PERNAH, jangan lupa segera dapatkan nasihat doktor kerana anda mungkin mengalami ARITMIA JANTUNG.
Aritmia jantung adalah keadaan degupan jantung anda menjadi tidak teratur. Sebenarnya, jantung normal akan berdegup mengikut ritma yang teratur, iaitu, berdegup perlahan ketika berehat manakala berdegup kencang ketika teruja dan ketakutan.
Di samping itu, Aritmia jantung yang paling kerap terjadi dikenali sebagai Fibrilasi Atrium (AF). Keadaan ini akan menyebabkan jantung anda berdegup secara tidak efektif. Hal ini terjadi kerana, terdapat darah bergumpal di dalam jantung.
Gumpalan darah ini boleh naik ke bahagian otak dan boleh menyebabkan angin ahmar atau strok. Oleh itu, sekiranya perkara sedemikian terjadi, anda dinasihati untuk mengambil ubat pencair darah. Ubat ini bertujuan untuk mencairkan darah agar ia tidak bergumpal.
Perbandingan degupan jantung normal dan degupan jantung Aritmia |
Jenis Aritmia?
- Atrial Fibrillation = Menyebabkan timbulnya sejumlah bekuan darah kecil pada serambi jantung
- Conduction Disorders = Jantung tidak berdegup dengan normal
- Tachycardia = Jantung berdegup terlalu pantas
- Bradycardia = Jantung berdegup dengan perlahan
Gejala Utama AF
Perubahan rentak jantung normal dapat menyebabkan seseorang menjadi risau dan lemas. Seseorang juga berkemungkinan akan pengsan, sukar bernafas, berpeluh dengan banyak dan terasa sakit pada dada. Walau bagaimanapun, tidak semua tanda-tanda ini perlu dirisaukan.
Namun, sekiranya ia terjadi pada seseorang yang memang mempunyai masalah jantung, anda dinasihati untuk segera berjumpa dengan doktor.
Namun, sekiranya ia terjadi pada seseorang yang memang mempunyai masalah jantung, anda dinasihati untuk segera berjumpa dengan doktor.
- Mudah letih
- Denyutan jantung yang cepat dan tidak teratur
- Berdebar di dada
- Pening
- Sesak nafas dan cemas
- Lemah
- Dalam keadaan keliru
- Keletihan semasa bersenam
- Sakit atau tekanan dada (Dinasihati untuk berjumpa doktor kerana risiko serangan jantung)
Pencegahan Aritmia
Aritmia dapat dicegah melalui langkah-langkah berikut ini:
- Menghindari diri daripada stres.
- Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
- Menjaga berat badan ideal.
- Mengurangkan pengambilan minuman keras dan berkafein.
- Tidak merokok
- Bersenam secara teratur
- Sentiasa mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil supplemen/ubat terutama ubat batuk yang mengandung zat stimuli yang menyebabkan jantung berdegup dengan cepat.
Anda mungkin dengan artikel ini :-
1. Tekanan Darah Rendah atau Hipotensi.
2. Berminat Untuk Mulakan Bisnes Dengan Tasly ?
3. Inilah Cara Legakan Sakit Belakang Anda!
No comments:
Post a Comment