Kerap kebas tangan sehingga mengganggu kerja harian |
Dibedah kerana selalu rasa kebas...
Watie baru sahaja balik dari melawat anak buahnya Jiah yang baru membuat operation pada bahagian tangan. Apa yang terjadi?? Semuanya disebabkan oleh tangan Jiah yang sering rasa kebas terutama waktu malam dan bila cuaca sejuk. Kata Jiah keadaan itu memang mengganggu kehidupan sehariannya.
Pernah sekali, ketika Jiah sedang memasak, tiba-tiba tangannya terasa kebas dan pinggan terjatuh ke lantai. Jiah menceritakan situasi tersebut kepada suaminya dan, suaminya menyarankan agar Jiah bertemu doktor bagi mendapatkan rawatan. Selepas beberapa kali berjumpa doktor, akhirnya Jiah menjalani pembedahan saraf tangan atas nasihat doktor pakar.
Saraf yang bergumpal dileraikan |
Menurut Jiah, pembedahan tersebut cuma ambil masa sekejap sahaja, katanya doktor akan melihat saraf-saraf yang ada dalam tangan, jika ada saraf-saraf yang bergumpal dan berkumpul sesama sendiri, maka doktor akan leraikan saraf-saraf tersebut.
Rasa Kebas Pada Hujung Jari, Tangan dan Kaki ??
Rasa kebas tangan mengganggu kehidupan seharian |
Jika ada saraf-saraf yang bergumpal dan berkumpul sesama sendiri, maka doktor akan leraikan saraf-saraf tersebut.. Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh iritasi saraf atau saraf perifer terhimpit.
Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat. Namun, kebiasaanya rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.
Bagaimana rasa kebas berlaku?
1. Masalah urat saraf
- Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.
- Saraf perifer tertekan disebabkan oleh ‘Herniated Disc‘ atau oleh Osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif.
- Jangkitan pada saraf perifer seperti kayap.
- Carpel Tunnel Syndrome (saraf median tertekan di kawasan pergelangan tangan).
- Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok.
2. Gangguan pada saluran darah
- Pemakanan tidak sihat, kurang bersenam, serta amalan tidak sihat seperti merokok dan pengambilan alkohol adalah antara punca penyempitan saluran darah
- Keadaan ini menyukarkan proses aliran darah keseluruh tubuh
- Salur darah di hujung kaki yang menyempit akan membuatkan seseorang itu akan berasa kebas, sejuk atau sakit di hujung kaki.
- Keadaan ini sering terjadi kepada pesakit diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan strok.
3. Lain-lain
- Kesan samping ubat, contohnya ubat penyakit Tuberculosis seperti Isoniazide.
- Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.
- Keadaan kebas juga boleh berlaku jika seseorang kekurangan darah, terlalu gemuk, wanita mengalami putus haid dan kadang-kadang orang yang kekurangan kalsium.
Apa yang perlu dilakukan jika terasa kebas ??
Dalam sesetengah situasi, rasa kebas adalah sesuatu yang tidak perlu dirisaukan. Contoh bila tertindih lengan semasa tidur. Keadaan itu menyebabkan kita merasa kebas disebabkan ketika lengan kita tertindih, urat saraf terganggu sehingga membuatkan aliran darah menjadi sempit.
Contoh lain apabila, kita duduk atau bersila terlalu lama, kita akan merasa kebas. Keadaan ini biasanya akan hilang apabila kita bangun dan bergerak. Kebas seperti dalam dua kes ini adalah normal.
Sekiranya ia berlaku, anda cuma perlu gerakkan anggota badan yang terasa kebas secara perlahan-lahan dan buat aktiviti regangan untuk melegakan rasa kebas yang dialami.
Renggangan tangan boleh dilakukan untuk meredakan rasa kebas |
Tetapi, anda digalakkan untuk berjumpa doktor sekiranya :-
- Rasa kebas kerap berlaku dan berulang-ulang
- Keadaan kebas yang dialami bertambah teruk
- Kebas melibatkan kedua-dua bahagian badan
- Kebas terjadi apabila anda melakukan aktiviti tertentu
- Rasa kebas hanya pada hujung jari kaki dan tangan
Paling penting, sila berjumpa doktor dengan serta-merta, sekiranya anda berasa kebas dalam keadaan berikut:
- Anda baru mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian kepala.
- Anda juga mengalami gejala seperti lemah anggota , susah bertutur, pening dan sakit kepala yang datang secara tiba-tiba dengan teruknya
Anda juga berminat dengan artikel ini :-
1. Apa Salah Mencuba Daripada Menderita
No comments:
Post a Comment