Rokok mengandungi lebih 4 000 bahan kimia beracun |
Anda dah lama merokok? Sehari habiskan 2 kotak rokok? Pernah terfikir untuk berhenti rokok sebab anda sedar tentang keburukan rokok? Anda tahu bahawa rokok mengandungi lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut.
PILIH CARA UNTUK BERHENTI MEROKOK!
Sebelum anda mula berhenti merokok, perkara utama yang anda perlu lakukan adalah menentukan cara yang akan anda gunakan iaitu sama ada anda akan BERHENTI TERUS atau anda akan BERHENTI secara BERPERINGKAT.
Inilah masanya untuk anda berhenti merokok! |
Ini bermaksud, sekiranya anda memilih untuk berhenti terus, anda akan berhenti merokok bermula dari tarikh & masa yang anda tentukan sendiri. Namun, sekiranya anda memilih untuk berhenti secara berperingkat, ini bermakna anda akan mengurangkan bilangan puntung rokok secara perlahan-lahan.
Setelah memilih cara yang dirasakan sesuai dengan anda, maka bermulalah episod untuk mengamalkan beberapa TIPS berkesan untuk berhenti merokok. Anda nak tahu cara untuk berhenti merokok? Teruskan membaca! 😊
1. Kunjungi tempat tanpa asap rokokTIPS BERHENTI MEROKOK!
Antara tips paling berguna adalah, elakkan untuk mengunjungi kawasan yang sering terdapat asap rokok. Ini kerana, sekiranya anda terhidu asap rokok, mungkin boleh menimbulkan keinginan anda untuk merokok. Jadi, anda perlu cuba untuk menghabiskan masa di kawasan tanpa asap rokok.
KATAKAN TIDAK KEPADA ROKOK! |
2. Sibukkan diri anda
Ada beberapa kajian membuktikan bahawa melakukan aktiviti fizikal dapat mengalihkan perhatian seseorang daripada merokok. Oleh itu, anda sebaiknya lakukan aktiviti bersenam, berbasikal, hiking atau anda juga boleh melakukan kerja rumah. misalnya, menyapu, bercucuk tanam & membersihkan halaman rumah.
3. Bulatkan tekad dan katakan tidak pada rokok
Ramai yang berjanji untuk berhenti merokok, namun, ada juga yang melanggar janji mereka kerana tahap ketagihan yang tinggi terhadap rokok. Oleh itu, amat digalakkan, sekiranya anda bertekad untuk berhenti merokok, kuatkan diri untuk sentiasa disiplin diri.
Tidak hanya dapatkan sokongan & nasihat daripada rakan dan keluarga sahaja, anda juga boleh dapatkan khidmat nasihat daripada doktor atau pakar kesihatan yang diiktiraf.
Selain itu anda juga boleh berkunjung ke mana-mana KLINIK BERHENTI MEROKOK yang ada di seluruh negeri di Malaysia.
5. Elakkan minuman berkafein
Bagi anda yang bertekad untuk berhenti merokok, anda sangat digalakkan untuk hindari minuman berkafein seperti kopi & alkohol. Sebaiknya anda perbanyakkan minum minuman seperti susu, jus & air putih. Selain daripada itu, anda juga sebaiknya perbanyakkan pengambilan buah & sayur-sayuran. Pengambilan makanan & minuman seperti berikut boleh mengurangkan rasa keinginan anda untuk merokok.
6. Persediaan Emosi
Ini tips berhenti merokok yang paling penting.
Cuba bayangkan apabila anda berhenti merokok, berapa banyak duit yang boleh anda jimat. Secara psikologinya, sekiranya anda tidak kira dan cuba bandingkan, anda mungkin tidak mempunyai motivasi yang kuat.
Oleh itu, sekiranya Adan seorang perokok yang menghisap rokok sebanyak 10 batang rokok sehari dan harga sekotak rokok adalah RM13:
- Bilangan rokok setahun: 10 rokok x 365 hari = 3650 rokok
- Bilangan kotak rokok (20’s) = 3650 rokok / 20 = 183 kotak
- Harga sekotak rokok (20’s) = RM 13.00
- Penjimatan setahun = 183 kotak x RM 13.00 = RM 2,379.00
- Penjimatan setiap bulan = RM 2,379 / 12 = RM 198.25
Dengan penjimatan ini, anda boleh membayar tiket untuk melancong ke dalam atau luar negara.
Banyakkan meminum air putih sekurang kurangnya 2 liter sehari. Setiap kali jika anda tiba-tiba mempunyai keinginan untuk merokok maka, sebaiknya anda mengunyah gula gula getah atau gula-gula yang pedas untuk mengantikan tabiat merokok.
AKHIR PESANAN.
Di harap serba sedikit tips ini akan membantu anda untuk berhenti merokok. Namun harus diingat, tekad & disiplin diri yang kuat amat diperlukan untuk menjayakan misi BEBAS ROKOK. Selamat mencuba & selamat berjaya!
Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini :-
1. ROKOK VS JANTUNG !!
2. BAHAYA 1 BATANG ROKOK DIHISAP SELEPAS MAKAN !
3. 12 Gejala Awal Serangan Jantung
No comments:
Post a Comment