HTML

Friday, December 29, 2017

TIPS POWERFUL UNTUK BERHENTI MEROKOK!

Tips berhenti merokok
Rokok mengandungi lebih 4 000 bahan kimia beracun

Anda dah lama merokok? Sehari habiskan 2 kotak rokok? Pernah terfikir untuk berhenti rokok sebab anda sedar tentang keburukan rokok? Anda tahu bahawa rokok mengandungi lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut.

PILIH CARA UNTUK BERHENTI MEROKOK! 

Sebelum anda mula berhenti merokok, perkara utama yang anda perlu lakukan adalah menentukan cara yang akan anda gunakan iaitu sama ada anda akan BERHENTI TERUS atau anda akan BERHENTI secara BERPERINGKAT
Berhenti merokok
Inilah masanya untuk anda berhenti merokok! 

Ini bermaksud, sekiranya anda memilih untuk berhenti terus, anda akan berhenti merokok bermula dari tarikh & masa yang anda tentukan sendiri. Namun, sekiranya anda memilih untuk berhenti secara berperingkat, ini bermakna anda akan  mengurangkan bilangan puntung rokok secara perlahan-lahan.  
Setelah memilih cara yang dirasakan sesuai dengan anda, maka bermulalah episod untuk mengamalkan beberapa TIPS berkesan untuk berhenti merokok. Anda nak tahu cara untuk berhenti merokok? Teruskan membaca! 😊


TIPS BERHENTI MEROKOK! 

1Kunjungi tempat tanpa asap rokok

Antara tips paling berguna adalah, elakkan untuk mengunjungi kawasan yang sering terdapat asap rokok. Ini kerana, sekiranya anda terhidu asap rokok, mungkin boleh menimbulkan keinginan anda untuk merokok. Jadi, anda perlu cuba untuk menghabiskan masa di kawasan tanpa asap rokok. 



Tips Berhenti merokok
KATAKAN TIDAK KEPADA ROKOK!

2. Sibukkan diri anda

Anda sangat disyorkan untuk sentiasa cuba menyibukkan diri dengan pelbagai kerja/ aktiviti yang anda suka agar keinginan untuk merokok dapat dilupakan. 

Ada beberapa kajian membuktikan bahawa melakukan aktiviti fizikal dapat mengalihkan perhatian seseorang daripada merokok. Oleh itu, anda sebaiknya lakukan aktiviti bersenam, berbasikal, hiking atau anda juga boleh melakukan kerja rumah. misalnya, menyapu, bercucuk tanam & membersihkan halaman rumah. 


3Bulatkan tekad dan katakan tidak pada rokok

Ramai yang berjanji untuk berhenti merokok, namun, ada juga yang melanggar janji mereka kerana tahap ketagihan yang tinggi terhadap rokok. Oleh itu, amat digalakkan, sekiranya anda bertekad untuk berhenti merokok, kuatkan diri untuk sentiasa disiplin diri.


4. Khidmat nasihat pegawai kesihatan. 



TIPS BERHENTI MEROKOK
INFOLINE BERHENTI MEROKOK!


Tidak hanya dapatkan sokongan & nasihat daripada  rakan dan keluarga sahaja, anda juga boleh dapatkan khidmat nasihat daripada doktor atau pakar kesihatan yang diiktiraf. 

Selain itu anda juga boleh berkunjung ke mana-mana KLINIK BERHENTI MEROKOK yang ada di seluruh negeri di Malaysia. 


tips berhenti merokok
Kunjungi KLINIK BERHENTI MEROKOK untuk dapatkan khidmat nasihat

5Elakkan minuman berkafein

Bagi anda yang bertekad untuk berhenti merokok, anda sangat digalakkan untuk hindari minuman berkafein seperti kopi & alkohol. Sebaiknya anda perbanyakkan minum minuman seperti susu, jus & air putih. Selain daripada itu, anda juga sebaiknya perbanyakkan pengambilan buah & sayur-sayuran. Pengambilan makanan & minuman seperti berikut boleh mengurangkan rasa keinginan anda untuk merokok. 



6. Persediaan Emosi

Ini tips berhenti merokok yang paling penting. 

Cuba bayangkan apabila anda berhenti merokok, berapa banyak duit yang boleh anda jimat. Secara psikologinya, sekiranya anda tidak kira dan cuba bandingkan, anda mungkin tidak mempunyai motivasi yang kuat.
Oleh itu, sekiranya Adan seorang perokok yang menghisap rokok sebanyak 10 batang rokok sehari dan harga sekotak rokok adalah RM13:
  • Bilangan rokok setahun: 10 rokok x 365 hari = 3650 rokok
  • Bilangan kotak rokok (20’s) = 3650 rokok / 20 = 183 kotak
  • Harga sekotak rokok (20’s) = RM 13.00
  • Penjimatan setahun = 183 kotak x RM 13.00 = RM 2,379.00
  • Penjimatan setiap bulan = RM 2,379 / 12 = RM 198.25


Dengan penjimatan ini, anda boleh membayar tiket untuk melancong ke dalam atau luar negara. 

7. Minum air putih dan mengunyah gula gula getah


jAUHI ROKOK
Banyakkan minum air putih

Banyakkan meminum air putih sekurang kurangnya 2 liter sehari. Setiap kali jika anda tiba-tiba mempunyai keinginan untuk merokok maka, sebaiknya anda mengunyah gula gula getah atau gula-gula yang pedas untuk mengantikan tabiat merokok. 

AKHIR PESANAN. 

Di harap serba sedikit tips ini akan membantu anda untuk berhenti merokok. Namun harus diingat, tekad & disiplin diri yang kuat amat diperlukan untuk menjayakan misi BEBAS ROKOK. Selamat mencuba & selamat berjaya!

TIPS BERHENTI MEROKOK
MULAKAN TAHUN 2018 DENGAN BERHENTI MEROKOK! 

Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini :-


1. ROKOK VS JANTUNG !!

2. BAHAYA 1 BATANG ROKOK DIHISAP SELEPAS MAKAN !

3. 12 Gejala Awal Serangan Jantung


Friday, December 15, 2017

ANDA SERING SAKIT DADA? SILA AMBIL PERHATIAN!

Punca sakit dada
Segera dapatkan bantuan sekiranya sakit dada yang melampau. 

Semalam mengadu kat mak, dada rasa sakit. Memandangkan duduk kat hostel, terpaksa la telefon mak, nak minta tolong hantar ke hospital. Sebenarnya, sakit ni dah mula terasa 2 hari yang lalu. Tapi, aku tak kisah sangat sebab masih dapat tahan lagi.

Masa solat subuh pagi tadi, rasa sakit di bahagian dada tu semakin kuat. terutamanya masa  nak sujud. Rasa nak nangis jer. Sebabkan dah tak tahan sangat, habis jer solat, call mak pepagi buta. Masa mak sampai tadi, mak cakap muka aku nampak pucat. Aku pun bagitahu kat mak, sakit dada ni dah 3 hari dah, tapi sebelum ni masih dapat tahan lagi. 

Sampai kat hospital & nombor giliran dipanggil, aku masuk bilik doktor dan ceritakan simptom yang aku alami. 

Doktor : Awak ada asma tak? 

Aku : Takder doktor. 

Doktor : Ada penyakit lain? 

Aku : Takder doktor, saya ada gastrik je la.  

Doktor : Ok, kalau macam tu, jadual pemakanan awak teratur tak? 

Aku : Beberapa hari ni, saya banyak kali ter skip makan doktor, sebab kejar due date assignment. Tapi selalu kalau gastrik sakit kat perut atau ulu hati.

Doktor : Ok takper, kalau macam tu, apa kata kita buat pemeriksaan jantung yer. 

Doktor pun jalankan pemeriksaan jantung (ECG) kat aku. Tak lama lepas tu, doktor bagitahu "Alhamdulillah, jantung awak masih sihat, takder apa-apa masalah lagi. Ni sebab asid dah banyak dalam perut, gastrik dah naik ke dada. Awak kena pastikan makan secara teratur."

Selepas tu, doktor berikan beberapa jenis ubat untuk aku habiskan. Doktor sempat nasihatkan aku untuk makan secara teratur & makan makanan berkhasiat. 


PUNCA SAKIT DADA



Punca sakit dada
Sakit dada sebelah kiri? 


Pernah tak anda rasa sakit pada bahagian dada? Terasa seperti ada tekanan yang sangat kuat menyebabkan anda tidak selesa di bahagian abdomen anda? Atau rasa seperti dicucuk-cucuk? Selalunya, bila keadaan ini terjadi ia selalu dikaitkan dengan masalah serangan jantung.

Namun, tahukah anda, sebenarnya selain daripada masalah serangan jantung, sakit dada juga dapat menunjukkan masalah lain seperti :-



1. Heartburn


punca sakit dada
Heartburn


Merupakan keadaan yang menyebabkan timbulnya rasa sakit serta rasa seperti terbakar di bahagian dada. Rasa sakit ini akan menajdi lebih teruk ketika  berbaring atau membongkok. Heartburn boleh mengganggu rutin harian seseorang, malah sesetengah kes ia dapat menjadi lebih serius & memerlukan rawatan lanjut.

Gejalanya adalah seperti:
  • Timbulnya rasa sakit seperti terbakar pada dada yang dapat terjadi setelah makan maupun pada malam hari.
  • Timbulnya rasa sakit ketika berbaring atau membongkok.

2. Masalah Hempedu atau pankreas

Hempedu atau keradangan pundi hempedu dan pankreas boleh menyebabkan sakit di bahagian perut yang kemudiannya boleh merebak ke dada.

Gejala umumnya antara lain :
  • Timbulnya rasa tidak selesa pada perut (sakit perut)
  • Mual
  • Muntah
  • Demam

3.  Costochondritis



punca sait dada
 Costochondritis


Merupakan keradangan yang menghubungkan tulang rusuk ke dada (sternum). Kesakitan yang timbul adalah serupa dengan serangan jantung atau keadaan jantung yang lain. Costochondritis kadang-kadang dikenali sebagai sakit dinding dada, sindrom costosternal atau chondrodynia costosternal.


Gejalanya antara lain:


  • Sakit dada sebelah kiri
  • Rasa sakit yang menyerang terasa sangat tajam seperti sebuah tekanan
  • Rasa sakit yang timbul dapat mempengaruhi dari satu tulang rusuk
  • Rasa sakit akan bertambah ketika bernafas atau batuk

Antara punca lain sakit dada adalah:-

  • Masalah reflux asid perut yang menyebabkan radang dan bengkak kepada esofagus serta rasa pedih hulu hati.
  • Tekanan pada saraf. Masalah ini berpunca daripada tekanan pada saraf tunjang akibat dihimpit tulang belakang ‘cervical’ yang semakin rapat. Kesakitan yang mulanya dirasakan pada leher boleh beralih ke dada dan boleh berlaku kepada golongan muda ataupun yang berusia.
     
  • Keradangan pada selaput paru-paru (pleurisi) dan radang paru-paru (pneumonia). Kedua-duanya boleh menjadi bertambah teruk ketika batuk.
     
  • Hiperventilasi atau pernafasan pada kadar yang terlalu cepat boleh menyebabkan sakit dada dan juga kebas pada anggota badan, sesak nafas dan kejang otot
  • Darah gemuruh atau serangan panik (panic attack) adalah salah satu punca sakit dada yang berlaku bersama sesak nafas, berdebar dan kebas anggota badan. 


1. Apakah gejala sakit dada yang disebabkan oleh serangan jantung (heart attack)?

Antara gejala sakit dada disebabkan oleh serangan jantung adalah:

  • Rasa sakit dada bahagian kiri atau tengah dada yang menular ke bahu, lengan kiri, leher, dagu dan belakang badan 
  • Kadangkala terasa kebas bahu, lengan kiri, leher, dagu dan belakang badan 
  • Sakit dada bermula semasa/selepas menjalankan aktiviti seperti berjalan atau naik tangga atau semasa terlalu beremosi 
  • Sesak nafas 
  • Keletihan 
  • Badan berpeluh 
  • Kadangkala terasa loya 
  • Jantung berdebar 
  • Pitam/pening




2. Betulkah tekanan (stress) boleh menjadi punca sakit dada? 

punca sakit dada
Elakkan diri daripada stress



Betul, salah satu punca sakit dada adalah tekanan yang melampau (stress). Seseorang yang mengalami stress melampau mungkin mengalami gejala-gejala berikut:

  • Sakit dada 
  • Jantung berdebar 
  • Sakit-sakit badan 
  • Sakit kepala 
  • Loya 
  • Sukar menelan (hilang selera makan)
  • Sesak nafas
Elakkan diri anda daripada terlalu stress dengan cara banyakkan rehat kerana, stress yang melampau boleh membawa kepada kemurungan (depression)

Baca jugaKENAPA STRESS TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN?


3. Selalu rasa sakit dada sebelah kiri. Puncanya?

Antara punca utama sakit dada sebelah kiri yang memang ditakuti ramai orang adalah serangan jantung.

Antara gejala sakit dada disebabkan oleh serangan sakit jantung adalah:


  • Rasa sakit dada bahagian kiri atau tengah dada yang menular ke bahu, lengan kiri, leher, dagu dan belakang badan
  • Sesak nafas
  • Keletihan
  • Badan berpeluh
  • Kadangkala terasa loya
  • Jantung berdebar
  • Pitam/pening
  • Kadangkala sakit di ulu hati sebagai gejala utama
  • Sakit dada bermula selepas menjalankan aktiviti seperti naik tangga atau emosi yang kuat 
Anda sangat digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan & nasihat doktor tentang masalah yang anda alami. Tindakan yang pantas pasti dapat membantu anda.

JIKA SESEORANG SAKIT DADA, APA YANG SAYA PERLU LAKUKAN??



sakit dada
Segera berikan bantuan kecemasan

1. Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah hubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan perkhidmatan hospital atau segera menghantar pesakit ke hospital berhampiran. Tindakan pantas anda akan menyelamatkan nyawa atau mencegah kemusnahan otot jantung pesakit.


2. Semasa menghubungi talian kecemasan, pastikan anda memberitahu lokasi anda dengan tepat.


3. Masa adalah amat penting dalam rawatan penyakit jantung koronari. Kemusnahan otot jantung makin bertambah setiap minit sehingga aliran darah koronari kembali mengalir dengan efektif.

6. Tenangkan perasaan dan dudukkan pesakit dalam posisi rehat. Ini mungkin akan mengurangkan kesakitan pesakit

7. Tunggu bersama pesakit sehingga bantuan tiba. Kemungkinan pesakit akan tidak sedarkan diri dan tidak bernafas dan anda harus melakukan CPR



Sila ambil peduli jika anda, ahli keluarga atau rakan anda mengalami sakit dada. Bertindaklah sewajarnya kerana anda mampu menyelamatkan nyawa anda sendiri dan mereka yang tersayang.




Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-

1. APA ITU SERANGAN JANTUNG?

2. Apa itu Darah Tinggi/ Hipertensi?

3. ATASI SAKIT BAHU ANDA TANPA PERLU KE HOSPITAL!

Friday, December 8, 2017

7 Tanda Kanser Paru-paru, Anda Perlu Waspada!


  • Gejala kanser paru-paru
    9 daripada 10 kanser paru-paru dikaitkan dengan tabiat merokok

    Abah telah menghidap kanser paru paru tahap 4. Ianya sudah metastasis (merebak) ke kedua-dua paru-paru. Beliau merokok sejak berumur 12 tahun, dan kini telah berumur 50 tahun. 

  • Sebelum disahkan menghidap kanser paru-paru, beliau kerap batuk. Selain itu, beliau menjadi sangat lemah, kadang-kadang sampai tak boleh bergerak. Disebabkan makin teruk, kami bawa abah pergi hospital. Setelah lakukan pemeriksaan biopsi, abah disahkan kanser paru-paru.   

  • Doktor turut bertanya pada abah, samada abah pernah mengalami batuk berdarah atau tidak. Rupa-rupanya tanpa pengetahuan kami, abah pernah batuk berkahak yang bercampur dengan darah. 

  • Namun abah hanya hiraukan. Menurut doktor lagi, simptom-simptom yang abah alami tu sebenarnya tanda-tanda kanser paru-paru. Sekiranya abah dapat segera datang ke hospital, mungkin ia masih boleh dirawat. 

KANSER PARU-PARU?? 


Kanser paru-paru merupakan salah satu penyebab utama kematian di Malaysia. Pada tahun 2007 secara keseluruhan, ia adalah kanser ketiga selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di kalangan lelaki ia menduduki tempat pertama dan adalah di tempat kelima di kalangan wanita.

1. Batuk berterusan & berpanjangan

Gejala kanser paru-paru yang paling mudah dikenali adalah melalui keadaan batuk yang berpanjangan. Lazimnya, batuk akan terdengar kering & ada kahak kental. Keadaan ini akan membuatkan seseorang sukar untuk bernafas & nafas akan terasa pendek.😟

2. Kahak Berdarah

  • petanda kanser paru-paru
    Hati-hati dengan kahak berdarah! 

  • Kahak yang keluar ketika batuk juga akan kelihatan seperti bercampur dengan darah. Ini mungkin disebabkan saluran bronkus tersumbat dengan tumor atau mukus. Maka, sebahagian darah yang terdapat pada tumor tersebut akan melekat/terkena pada kahak. 

  • 3. Sesak Nafas

  • Seterusnya, salah satu lagi tanda seseorang menghidap penyakit kanser paru-paru adalah sesak nafas.  Ini terjadi kerana terdapat lendir (kahak) yang sangat banyak pada paru-paru & kerongkong. Disebabkan keadaan ini, seseorang akan mengalami nafas yang pendek malah berkemungkinan untuk mengalami demam. 

  • 4. Sakit pada Dada

  • Kadang-kadang sakit dada ini juga disalahertikan & dianggap masuk angin. Sebenarnya, rasa sakit pada dada merupakan salah satu gejala kanser paru-paru yang sering terjadi. Rasa sakit tersebut digambarkan seolah-olah dada di tekan dan ditusuk. Rasa sakit ini juga dikatakan boleh terasa sehingga ke bahagian belakang badan. 
  • Gejala kanser paru-paru
    Sakit dada salah satu gejala kanser paru-paru

  • 5. Berat Badan Turun

  • Mereka yang berhadapan dengan kanser paru-paru juga akan berhadapan dengan masalah berat badan semakin berkurangan. Hal ini kerana, mereka akan cenderung untuk hilang selera makan, disebabkan oleh kanser paru-paru yang sudah merebak ke hati. 

  • Selain itu, buah dada lelaki juga akan membesar secara abnormal (gynecosmastia) terutamanya di kawasan bawah puting susu, bukannya di sekeliling tisu buah dada orang lelaki. Ini disebabkan oleh kanser paru-paru ini merembeskan hormon, protein & bahan lain ke dalam salur darah & menyebabkan hormon badan yang tidak stabil membawa kepada pertumbuhan buah dada lelaki. 

  • 6. Keletihan luar biasa

  • Gelaja kanser paru-paru
    Paras oksigen terganggu menyebabkan keletihan
  • Pesakit yang berhadapan dengan masalah kanser paru-paru juga kan mengalami masalah kekurangan bekalan oksigen ke otak. Badan akan kerap terasa letih kerana bahan yang dirembeskan ke dalam salur darah oleh kanser paru-paru ini mempengaruhi paras oksigen, kesihatan sel darah merah, mengganggu fungsi kalenjar adrenal dan aspek lain dalam pengeluaran tenaga. 

  • Oleh disebabkan bekalan oksigen ke otak terganggu, pesakit akan berhadapan dengan kesukaran untuk berfikir & konsentrasi. Seperti yang kita tahu, otak sangat memerlukan oksigen untuk berkerja & sekiranya badan kita kekurangan oksigen maka otak adalah organ pertama yang akan kurang berfungsi.  

  • 7. Sering Mengalami Pembengkakan

  • Tanda-tanda kanser paru-paru yang lain yang lazim muncul ditunjukkan oleh pesakit adalah bengkak pada jari-jari. Ini akibat gangguan pengaliran darah dan kurangnya bekalan oksigen menuju ke seluruh tubuh badan. Pada peringkat awal, pembengkakan akan terlihat samar, tetapi mudah dikenali dengan munculnya rasa tebal dan kebas pada permukaan ujung jari. Kadang-kadang keadaan ini di salahertikan dan dianggap sebagai  simptom salah makan (alergik). 

Penyebab Kanser Paru-Paru


Berikut pula merupakan beberapa penyebab kanser paru-paru yang anda WAJIB elak. Ramai yang tahu tapi masih tidak berubah.  Antaranya adalah:-



MEROKOK 

Penyebab kanser paru-paru
Merokok salah satu penyebab utama kanser paru-paru



  • Menghisap rokok (90%), sama ada aktif atau pasif, adalah penyebab utama kanser paru-paru . Penyelidikan sejak tahun 1950an telah menunjukkan dengan jelas kaitan rokok dan kanser paru-paru.
  • Asap rokok mengandungi lebih dari 4,000 bahan kimia, banyak daripadanya telah dikenalpasti penyebab kanser paru-paru.
  • Menghisap 20 batang rokok sehari berisiko sebanyak 20 hingga 25 kali ganda mendapat kanser paru-paru jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.
  • Apabila seseorang berhenti merokok, risiko mendapat kanser paru-paru beransur kurang. Lebih kurang setelah 15 tahun berhenti merokok, risiko mendapat kanser paru-paru berkurangan sama seperti seseorang yang tidak per nah merokok.
  • Menghisap curut serta paip juga meningkatkan risiko mengidap kanser paru-paru.

PENCEMARAN UDARA

  • Pencemaran udara dari asap kereta, asap kilang dan lain.
  • Pendedahan kepada asbestos memberi risiko mendapat kanser paru-paru sebanyak 9 kali ganda. Gabungan antara asap rokok dan asbestos meningkatkan risiko setinggi 50 kali ganda. “Mesothelioma” (kanser yang asalnya dari selaput paru-paru) adalah berkait rapat dengan pendedahan kepada asbestos.
  • Penyakit paru-paru seperti tuberkulosis dan “chronic obstructive pulmonary disease” (COPD) juga meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat kanser paru-paru.
  • Pendedahan kepada radon/radium (bahan yang terjadi daripada uranium) juga adalah risiko kanser paru-paru.
  • Pekerjaan yang terdedah kepada arsenic, kromium, nikel, hidrokarban aromatik  juga boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru.



Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-

1. 7 PETANDA ANDA MUNGKIN MENGHIDAP KENCING MANIS!


2. JANGAN PANDANG REMEH TANDA-TANDA KANSER LIMFOMA!


3. APA ITU SERANGAN JANTUNG?