9 daripada 10 kanser paru-paru dikaitkan dengan tabiat merokok
Abah telah menghidap kanser paru paru tahap 4. Ianya sudah metastasis (merebak) ke kedua-dua paru-paru. Beliau merokok sejak berumur 12 tahun, dan kini telah berumur 50 tahun.
- Sebelum disahkan menghidap kanser paru-paru, beliau kerap batuk. Selain itu, beliau menjadi sangat lemah, kadang-kadang sampai tak boleh bergerak. Disebabkan makin teruk, kami bawa abah pergi hospital. Setelah lakukan pemeriksaan biopsi, abah disahkan kanser paru-paru.
- Doktor turut bertanya pada abah, samada abah pernah mengalami batuk berdarah atau tidak. Rupa-rupanya tanpa pengetahuan kami, abah pernah batuk berkahak yang bercampur dengan darah.
- Namun abah hanya hiraukan. Menurut doktor lagi, simptom-simptom yang abah alami tu sebenarnya tanda-tanda kanser paru-paru. Sekiranya abah dapat segera datang ke hospital, mungkin ia masih boleh dirawat.
KANSER PARU-PARU??
Kanser paru-paru merupakan salah satu penyebab utama kematian di Malaysia. Pada tahun 2007 secara keseluruhan, ia adalah kanser ketiga selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di kalangan lelaki ia menduduki tempat pertama dan adalah di tempat kelima di kalangan wanita.
1. Batuk berterusan & berpanjangan
Gejala kanser paru-paru yang paling mudah dikenali adalah melalui keadaan batuk yang berpanjangan. Lazimnya, batuk akan terdengar kering & ada kahak kental. Keadaan ini akan membuatkan seseorang sukar untuk bernafas & nafas akan terasa pendek.😟
2. Kahak Berdarah
Hati-hati dengan kahak berdarah! - Kahak yang keluar ketika batuk juga akan kelihatan seperti bercampur dengan darah. Ini mungkin disebabkan saluran bronkus tersumbat dengan tumor atau mukus. Maka, sebahagian darah yang terdapat pada tumor tersebut akan melekat/terkena pada kahak.
- 3. Sesak Nafas
- Seterusnya, salah satu lagi tanda seseorang menghidap penyakit kanser paru-paru adalah sesak nafas. Ini terjadi kerana terdapat lendir (kahak) yang sangat banyak pada paru-paru & kerongkong. Disebabkan keadaan ini, seseorang akan mengalami nafas yang pendek malah berkemungkinan untuk mengalami demam.
- 4. Sakit pada Dada
- Kadang-kadang sakit dada ini juga disalahertikan & dianggap masuk angin. Sebenarnya, rasa sakit pada dada merupakan salah satu gejala kanser paru-paru yang sering terjadi. Rasa sakit tersebut digambarkan seolah-olah dada di tekan dan ditusuk. Rasa sakit ini juga dikatakan boleh terasa sehingga ke bahagian belakang badan.
Sakit dada salah satu gejala kanser paru-paru
- 5. Berat Badan Turun
- Mereka yang berhadapan dengan kanser paru-paru juga akan berhadapan dengan masalah berat badan semakin berkurangan. Hal ini kerana, mereka akan cenderung untuk hilang selera makan, disebabkan oleh kanser paru-paru yang sudah merebak ke hati.
- Selain itu, buah dada lelaki juga akan membesar secara abnormal (gynecosmastia) terutamanya di kawasan bawah puting susu, bukannya di sekeliling tisu buah dada orang lelaki. Ini disebabkan oleh kanser paru-paru ini merembeskan hormon, protein & bahan lain ke dalam salur darah & menyebabkan hormon badan yang tidak stabil membawa kepada pertumbuhan buah dada lelaki.
- 6. Keletihan luar biasa
- Pesakit yang berhadapan dengan masalah kanser paru-paru juga kan mengalami masalah kekurangan bekalan oksigen ke otak. Badan akan kerap terasa letih kerana bahan yang dirembeskan ke dalam salur darah oleh kanser paru-paru ini mempengaruhi paras oksigen, kesihatan sel darah merah, mengganggu fungsi kalenjar adrenal dan aspek lain dalam pengeluaran tenaga.
- Oleh disebabkan bekalan oksigen ke otak terganggu, pesakit akan berhadapan dengan kesukaran untuk berfikir & konsentrasi. Seperti yang kita tahu, otak sangat memerlukan oksigen untuk berkerja & sekiranya badan kita kekurangan oksigen maka otak adalah organ pertama yang akan kurang berfungsi.
- 7. Sering Mengalami Pembengkakan
- Tanda-tanda kanser paru-paru yang lain yang lazim muncul ditunjukkan oleh pesakit adalah bengkak pada jari-jari. Ini akibat gangguan pengaliran darah dan kurangnya bekalan oksigen menuju ke seluruh tubuh badan. Pada peringkat awal, pembengkakan akan terlihat samar, tetapi mudah dikenali dengan munculnya rasa tebal dan kebas pada permukaan ujung jari. Kadang-kadang keadaan ini di salahertikan dan dianggap sebagai simptom salah makan (alergik).
Penyebab Kanser Paru-Paru
MEROKOK
Merokok salah satu penyebab utama kanser paru-paru |
- Menghisap rokok (90%), sama ada aktif atau pasif, adalah penyebab utama kanser paru-paru . Penyelidikan sejak tahun 1950an telah menunjukkan dengan jelas kaitan rokok dan kanser paru-paru.
- Asap rokok mengandungi lebih dari 4,000 bahan kimia, banyak daripadanya telah dikenalpasti penyebab kanser paru-paru.
- Menghisap 20 batang rokok sehari berisiko sebanyak 20 hingga 25 kali ganda mendapat kanser paru-paru jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.
- Apabila seseorang berhenti merokok, risiko mendapat kanser paru-paru beransur kurang. Lebih kurang setelah 15 tahun berhenti merokok, risiko mendapat kanser paru-paru berkurangan sama seperti seseorang yang tidak per nah merokok.
- Menghisap curut serta paip juga meningkatkan risiko mengidap kanser paru-paru.
PENCEMARAN UDARA
- Pencemaran udara dari asap kereta, asap kilang dan lain.
- Pendedahan kepada asbestos memberi risiko mendapat kanser paru-paru sebanyak 9 kali ganda. Gabungan antara asap rokok dan asbestos meningkatkan risiko setinggi 50 kali ganda. “Mesothelioma” (kanser yang asalnya dari selaput paru-paru) adalah berkait rapat dengan pendedahan kepada asbestos.
- Penyakit paru-paru seperti tuberkulosis dan “chronic obstructive pulmonary disease” (COPD) juga meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat kanser paru-paru.
- Pendedahan kepada radon/radium (bahan yang terjadi daripada uranium) juga adalah risiko kanser paru-paru.
- Pekerjaan yang terdedah kepada arsenic, kromium, nikel, hidrokarban aromatik juga boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru.
2. JANGAN PANDANG REMEH TANDA-TANDA KANSER LIMFOMA!
3. APA ITU SERANGAN JANTUNG?
No comments:
Post a Comment