Semasa mandi jangan basahkan kepala dulu! |
Malam tu aku habis kerja lewat, sampai jer rumah telefon ku berbunyi. Panggilan dari kak long, isteri abang ku seperti cemas...
"Rina, kak long kat hospital, abang long koma...dia jatuh kat bilik mandi...doktor kata mgkn strok" kedengaran esak tangis kak long yang memilukan....
Terkedu aku mendengar.....
JATUH DI BILIK MANDI & KENA STROK?
Kisah diatas selalu kita dengar "Jatuh dibilik mandi dan kena Strok". Namun amat jarang pula kita dengar mereka jatuh di tempat lain. APA PUNCANYA?.
INILAH PUNCANYA!
Angin panas yang sepatutnya keluar akan terperangkap lantas boleh membawa maut kerana pecahnya Pembuluh Darah. Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala, logik 'Warm Blooded Human' dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah.
Ini yang kerapkali berlaku di bilik mandi menyebabkan mereka jatuh dibilik mandi dan diserang STROK!
Cara Mandi Yang Salah Punca Penyakit...
Cara mandi yang salah juga akan menyebabkan badan masuk angin dan menjadi punca sakit kepala, sakit urat dan migrain. Maka itu disarankan bila sedang kepanasan atau kedinginan, sebaiknya hindari dari terus menyiram air pada kepala. Pada orang-orang tertentu, siraman air terus ke kepala dengan suhu yang berlawanan boleh menyebabkan strok.
VIDEO : Kenali 3 Jenis Punca STROK
"Jika seseorang yang tubuhnya sedang kepanasan lalu disiram air di kepalanya dengan air dingin, boleh menyebabkan saraf terkejut atau bahkan strok bila terjadi pada orang yang tidak sihat," menurut DoktOr spesialis saraf Departmen Neurologi FKUI - RSCM Prof dr Teguh Ranakusuma, SpS (K)
Perubahan suhu mendadak boleh menyebabkan strok |
Prof Teguh menyebutkan, perubahan suhu yang tiba-tiba boleh menyebabkan strok terutama bila terjadi pada individu dengan penyakit tertentu seperti:-
[✔] Penyakit Jantung
[✔] Tekanan Darah Tinggi
[✔] Gangguan Pembuluh Darah (Kardiovaskular)
[✔] Salur Darah Tersumbat
Awas perubahan suhu terutama individu dengan Penyakit Jantung |
Bagaimana cara menghindari ?
Semasa mandi jangan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan. terutama untuk mereka yang mengidap penyakit diabetes, darah tinggi, kolestrol, migrain dan sakit kepala sebelah.
Ikuti contoh Rasulullah s.a.w.. Ketika mandi baginda menyiram segayung air disetiap bahagian bermula ditelapak kaki, betis, paha, perut, bahu sebelah kanan melanjutkan ke badan, pelan - pelan ke leher, lalu ke bahagian tubuh yang belum basah dan kemudian diikuti sebelah kiri bermula ditelapak kaki kiri dan secara turutan dan seterusnya. Cara begini kita dapat merasakan seperti wap/angin yang keluar dari ubun-ubun bahkan merasa tenang, setelah itu mandi seperti biasa keseluruh badan.
Sila sebarkan agar lebih ramai sedar dan mungkin dapat membantu mengelakkan kejadian ini.
Anda mungkin meminati artikel ini:-
➤ Herba Rawat Strok
➤ Punca Sakit Jantung
➤Tanda2 Sakit Jantung Wanita Wajib Tahu
➤Kisah Benar! Doktor Rawat Strok
No comments:
Post a Comment