Serangan Jantung diceritakan Oleh Tun M Sendiri
Kisah disebalik kejadian Serangan Jantung yang diceritakan oleh mantan Perdana Menteri serta negarawan tersohor negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam buku memoir Tun M ; Doktor Umum (A Doctor In The House).
Sejak bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada 2003, saya tidak memperlahankan rentak hidup. Selain memberi ucapan dan ceramah di merata dunia serta menubuhkan pejabat di Yayasan Kepemimpinan Perdana di Putrajaya, saya juga kembali menunggang kuda. Saya melawat Argentina di Amerika Selatan setiap tahun dan menunggang kuda di Banjaran Andes, ada kalanya sampai lapan jam tanpa henti.
Bagaimanapun, menjelang akhir 2006, iaitu selepas lawatan yang memenatkan ke Arab Saudi, Jepun dan New Zealand serta menghadiri banyak acara di Kuala Lumpur, saya mengalami serangan jantung yang ringan pada petang hari rumah terbuka Aidilfitri anak-anak saya.
Mengadu sesak nafas
Saya berada di rumah pada 6 November apabila berasa sesak dada seperti yang dialami dulu. Hasmah menelefon Datuk Dr Nasir Muda, seorang ahli kardiologi yang merupakan doktor peribadi saya dan pada awal pagi itu, saya dibawa ke IJN. Doktor terus memasukkan titisan ubat ke dalam sistem darah saya. Kemudian, selepas membuat ujian ECG doktor mengesahkan saya mengalami serangan jantung yang sederhana.
Saya sembuh agak cepat dan pada hari keempat saya sudah boleh duduk di atas katil serta bersedia untuk memulakan kerja. Setiap kali saya meminta alat tulis saya, Hasmah akan menganggapnya sebagai satu petanda yang baik. Walaupun saya pulih dengan agak cepat, jelas sekali yang saya perlu menimbang kemungkinan menjalani pembedahan jantung kali kedua.
Pembedahan Ke 2
Dalam kebanyakan kes, pesakit akan kekal sihat selama 10 tahun selepas pembedahan pintasan jantung, tetapi saya telah menjalaninya 18 tahun lalu. Doktor saya memberitahu yang saya perlu memutuskan secepat mungkin sama ada mahu menjalani pembedahan kedua atau tidak sebelum keadaan menjadi lebih buruk dan berbahaya untuk membuat pembedahan.
Saya terpaksa memikirkan dengan mendalam keputusan saya berhubung hal itu memandangkan umur saya sudah pun melebihi 80 tahun. Pada usia itu, proses penyembuhan selepas pembedahan mungkin lebih sukar. Sambil menimbang keputusan sama ada mahu menjalani pembedahan atau tidak, saya mula melakukan satu siri senaman yang bertujuan untuk melancarkan pusingan darah.
Treadmill dan berkayuh basikal
Saya juga menggunakan treadmill dan berkayuh basikal, ada kalanya sampai 10km sehari. Hasmah berpendapat bahawa saya agak keterlaluan melakukannya. Bahkan, saya juga mengetahui kemudiannya yang beliau meminta pelatih kuda saya agar mengajar haiwan itu supaya tidak berlari terlalu laju.
Treadmill dan berkayuh basikal
Saya juga menggunakan treadmill dan berkayuh basikal, ada kalanya sampai 10km sehari. Hasmah berpendapat bahawa saya agak keterlaluan melakukannya. Bahkan, saya juga mengetahui kemudiannya yang beliau meminta pelatih kuda saya agar mengajar haiwan itu supaya tidak berlari terlalu laju.
Walaupun saya bersungguh-sungguh bersenam, menjelang Mei 2007 saya berasa kaki amat berat dan saya tercungap-cungap apabila menaiki tangga. Pada bulan itu juga kami menganjurkan perjumpaan penuntut kelas 1947 Kolej Perubatan di Bukit Merah, Perak. Kami menghabiskan beberapa hari bersembang sehingga lewat malam. Selesai perjumpaan itu, saya dan Hasmah terbang ke Langkawi untuk bercuti pendek.
BUKU MEMOIR TUN M |
Serangan Edema Pulmonari (Pulmonary Oedema)
Ketika di pulau itu, saya menderita serangan Edema Pulmonari (Pulmonary Oedema ) yang teruk. Serangan tersebut berpunca daripada pengumpulan cecair berlebihan di dalam paru-paru yang menyebabkan kesukaran bernafas.
Pada hari serangan tersebut, saya berasa penat dan apabila terjaga daripada tidur yang pendek, saya mengalami sesak nafas. Saya menggunakan alat penyedut udara (inhaler), tetapi tidak berkesan. Selepas itu, segala-galanya berlaku dengan pantas - paru-paru saya dipenuhi cecair dan saya amat sukar untuk bernafas.
Pada hari serangan tersebut, saya berasa penat dan apabila terjaga daripada tidur yang pendek, saya mengalami sesak nafas. Saya menggunakan alat penyedut udara (inhaler), tetapi tidak berkesan. Selepas itu, segala-galanya berlaku dengan pantas - paru-paru saya dipenuhi cecair dan saya amat sukar untuk bernafas.
Dr Nasir memanggil ambulans, tetapi kemudian membatalkannya selepas memikirkan yang ia akan mengambil masa yang lama untuk sampai. Lalu dia memimpin saya memasuki kereta dan meluru ke hospital. Saya masih ingat yang saya mendengar beliau menyuruh saya bertahan walaupun saya sendiri berasa di antara sedar dan pengsan. Kami berselisih dengan ambulans di pertengahan jalan, tetapi Dr Nasir mengarahkan pemandu kami supaya meneruskan perjalanan kerana beliau sedar yang kami sudah kesuntukan masa.
Hasmah memberitahu saya kemudian yang beliau menyangka akan kehilangan saya pada hari itu. Di dalam kereta, Hasmah duduk di depan untuk memberi ruang kepada saya dan Dr Nasir. Hasmah hanya dapat meletakkan tangannya dia atas lutut saya dalam usahanya untuk menenteramkan saya.
Di hospital, mereka memaksakan oksigen masuk ke dalam paru-paru saya dan berjaya menstabilkan keadaan saya dalam masa setengah jam. Dr Nasir kemudian menghubungi rakan-rakannya di IJN dan pakar bius, Dr Sharifah Suraya Syed Mohd Tahir terbang ke Langkawi dengan membawa semua peralatan yang tidak ada di Hospital Langkawi.
Menaiki ambulans
Menjelang waktu itu, boleh dikatakan hampir semua orang Langkawi sudah mendengar apa yang terjadi dan mereka mula berkumpul di hospital. Keesokannya, sewaktu hendak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan dalam usaha untuk melepasi orang ramai yang berada di hadapan hospital, Pengarah Hospital telah menggunakan dua buah ambulans - sebuah untuk membawa saya dan sebuah lagi sebagai 'umpan'.
Ambulans saya keluar ikut pintu belakang manakala ambulans 'umpan' keluar ikut pintu utama. Apabila saya sampai di lapangan terbang, beberapa orang anak kami tiba dengan penerbangan komersial. Mereka bagaimanapun terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur menaiki pesawat yang sama.
Saya diterbangkan ke Kuala Lumpur menaiki jet swasta. Membawa saya ke atas pesawat itu ternyata sukar kerana tangganya tidak boleh menampung tandu. Jadi saya terpaksa diusung dengan seorang mengampu kepala dan bahu saya manakala seorang lagi mengangkat kaki saya. Disebabkan tidak mahu badan saya membengkok maka pakar fisioterapi saya, Boey Ghod Chee merangkak di bawah badan saya untuk mengampunya sewaktu menaiki tangga pesawat.
Saya memerlukan oksigen tetapi berbahaya untuk terbang pada paras yang tinggi dengan tangki oksigen berada di dalam pesawat. Oleh itu, pesawat terpaksa terbang pada paras yang rendah sepanjang perjalanan.
Pembedahan pintasan jantung kali kedua
Serangan itu membuatkan saya berasa lemah dan tidak sihat. Saya mula menimbangkan secara serius mengenai nasihat doktor supaya menjalani pembedahan pintasan jantung kali kedua. Pembedahan kedua nanti sudah tentulah mempunyai risiko yang lebih tinggi kerana saya sudah pun berusia 82 tahun. Sebaliknya, kalau saya enggan menjalaninya maka kemungkinan diserang sekali lagi mustahil boleh dielakkan.
Akhirnya walaupun pembedahan pintasan koronari kali kedua tidak memberi apa-apa jaminan, saya memutuskan untuk mengambil risiko. Sekali lagi, latihan perubatan yang saya terima tidak membantu memberikan saya keyakinan kerana saya tahu kemungkinan berlaku kerumitan sewaktu pembedahan adalah besar.
Doktor memberi saya pilihan sama ada mahu menjalani pembedahan di Amerika Syarikat atau Kuala Lumpur. Tanpa ragu-ragu, saya memilih untuk menjalani pembedahan di dalam negara. Sebelum itu, semua orang kenamaan Malaysia berubat di luar negara namun saya perlu yakin terhadap doktor tempatan dan saya tahu, kalau saya sendiri tidak menunjukkan contoh maka orang lain tidak akan percaya kepada perkhidmatan perubatan. Saya bimbang tindakan itu akan menyebabkan orang ramai hilang keyakinan kepada doktor kita.
Doktor memberi saya pilihan sama ada mahu menjalani pembedahan di Amerika Syarikat atau Kuala Lumpur. Tanpa ragu-ragu, saya memilih untuk menjalani pembedahan di dalam negara. Sebelum itu, semua orang kenamaan Malaysia berubat di luar negara namun saya perlu yakin terhadap doktor tempatan dan saya tahu, kalau saya sendiri tidak menunjukkan contoh maka orang lain tidak akan percaya kepada perkhidmatan perubatan. Saya bimbang tindakan itu akan menyebabkan orang ramai hilang keyakinan kepada doktor kita.
IJN membawa masuk seorang pakar perunding dari Klinik Mayo di Amerika Syarikat, tetapi pasukan pembedahan tetap diketuai oleh Dr Yahya dan Dr Rozali sekali lagi. Saya dimasukkan semula ke IJN pada 2 September 2007 dan menjalani pembedahan pintasan kedua pada dua hari kemudian. Bukan Dr Yahya dan Dr Rozali sahaja ahli pasukan pembedahan tahun 1988 yang terbabit dalam pembedahan kedua, malah boleh dikatakan semua anggota pasukan bekenaan, termasuk jururawat dewan bedah juga turut serta. Ada antara mereka telah meninggalkan IJN untuk membuka klinik sendiri, tetapi mereka semuanya kembali membantu.
No comments:
Post a Comment