HTML

Tuesday, March 28, 2017

Tak Tahan Sakit Gigi? Cara Ini Bantu Melegakan Anda!!

Tips hilangkan sakit gigi
Takut dengan jarum!

Sakit gigi Tapi Takut Nak ke Doktor!



"Aarrgghh..Mia aku tak tahan laa, gigi aku ni sakit sangat!!"

"Laa, patut la semalam aku tengok kau pusing sana, pusing sini kat katil kau tu"


"Semalaman aku tak tidur sebab sakit gigi ni tauu. Rasa nak nangis"


" Dah berapa hari da sakit tu Teha?"


"Dari semalam lagi. Pagi tu, tak sakit sangat, malam tu yang aku tak tahan sangat, berdenyut-denyut"


" Bahagian mana yang sakit? Kau tak nak pergi jumpa doktor ka? Aku boleh tolong hantar."


"Gigi gerham aku yang sakit. Ish, tak nak aku jumpa doktor. Takut kena jarum"


" Kalau dah takut, habis tu nak buat macam mana?"


"Kau tak da ke petua-petua yang boleh legakan sakit gigi aku ni?"


"Kalau dulu, arwah nenek aku suruh kumur-kumur air garam. Jap aku buatkan air garam untuk kau." 




******************************************



LEGAKAN SAKIT GIGI TANPA BERJUMPA DOKTOR!!




Sakit gigi memang sakit yang tidak tertanggung oleh sesiapa pun sama ada kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Sakit gigi boleh disebabkan oleh beberapa punca sepeti gigi berlubang, jangkitan bakteria yang menyebabkan keradangan, gigi retak, susut gusi, tampalan gigi rosak, serta gigi yang perlu dicabut. 


Cara paling mudah untuk menyelesaikan sakit gigi adalah berjumpa dengan doktor. Namun, bagi mereka yang takut berjumpa doktor kerana risau akan jarum, mereka memilih untuk mencari petua-petua atau tips yang boleh hilangkan sakit gigi tanpa menggunakan jarum. Antara cara untuk melegakan sakit gigit yang boleh diamalkan adalah:


1. Berkumur dengan Air Garam


Tips hilangkan sakit gigi
 Berkumur dengan air garam


Kebanyakkan orang telah tahu tips ini iaitu berkumur dengan air garam dan ia dapat menyembuhkan sakit gigi. Tapi ada juga yang mengeluh kerana dengan melakukan cara ini, gigi terasa lebih sakit, Ada yang katakan ia memang begitu. Tapi kebanyakkan orang juga katakan bahawa cara ini adalah petua hilangkan sakit gigi yang paling mudah. 

Tips ini boleh dilakukan dengan menambahkan beberapa sudu makan ke dalam satu gelas air suam. Kacau air tersebut sehingga garam larut dan gunakan untuk berkumur. Ingat!! jangan ditelan. Pastikan bahagian gigi yang sakit itu terkena. Lakukan secara berulang dan rasakan kesannya.


2. Minyak Gamat


Caranya sangat SENANG! Ambil minyak gamat, titikkan pada putik kapas. Selepas tu, sapukan pada bahagian yang sakit. 

3. Bunga Cengkih 


Tips hilangkan sakit gigi
Bunga cengkih boleh melegakan sakit gigi

Bukan setakat digunakan untuk memasak, bunga cengkih juga boleh digunakan untuk melegakan sakit gigi. Caranya, ambil 3 kuntum bunga cengkih dan gigit. Kalau gigi berlubang pula, sebaiknya bunga cengkih tersebut ditumbuk halus dan diletakkan pada gigi yang berlubang.

4. Kapur Sirih


Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit. Ia juga boleh dilakukan dengan cara kunyah sedikit sirih yang dicampur sedikit kapur. In shaa Allah sakit gigi akan hilang sedikit demi sedikit. 

5. Habbatus sauda 

Tips hilangkan sakit gigi

Habbatus sauda atau Jintan hitam


Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habbatus sauda) letakkan di dalam gigi yang berlubang. 

6. Daun Sirih


Ambil beberapa helai daun sirih. Rebus daun-daun sirih tersebut dan tambahkan sedikit garam. Seterusnya, air ini bolehlah digunakan untuk berkumur. 

7. Bawang putih


Ambil seulas bawang putih, hiris bawang putih tersebut dan tampalkan pada gigi yang sakit. Seterusnya, biarkan selama sejam dan akan terasa perubahannya. 

8. Hilangkan plak


Berkumur menggunakan bahan kumur seperti Listerine boleh membantu menghilangkan plak pada gigi. 

9. Berus gigi


tips hilangkan sakit gigi
Berus gigi dan berkumur-kumur untuk bersihkan mulut


Kadang-kadang gigi sakit disebabkan kehadiran bakteria di dalam gigi. Oleh itu, sebaiknya, anda memberus gigi dan berkumur-kumur untuk membersihkan mulut. 

10. Gambir


Gambir biasanya popular dengan produk kesihatan tenaga batin, tetapi gambir juga sebenarnya selalu digunakan dalam petua untuk melegakan sakit gigi. Caranya ialah tumbuk gambir hingga hancur dan gambir dalam air panas/suam. letakan pada bahagian gigi yang sakit dan anda akan mulai rasa sakit gigi anda menghilang. Namun, jangan digunakan terlalu banyak kerana ia boleh mengebaskan mulut anda. 

11. Tomato 


Ambil sebiji tomato muda dan potong nipis-nipis. Masukkan tomato tadi ke kawasan yang sakit (gigi berlubang). Jika gigi  sememangnya ada ulat, ulat akan keluar ke arah tomato tadi (jangan gerun pula ya).


12. Daun jambu batu


Daun jambu batu yang segar juga boleh membantu mengurangkan rasa sakit gigi. Caranya ambil daun jambu batu dan kunyah sehingga terkena pada bahagian yang sakit. Selain itu, ia boleh juga di rebus dan air rebusannya digunakan untuk berkumur-kumur dan cuci mulut. 

Daun jambu batu dikatakan bagus kerana ia mengandungi anti-radang, analgesik dan antimikrob. 

13. Kiub ais


Balut 1 kiub ais yang menggunakan kain nipis, Kemudian, gosok-gosok ais tersebut di bahagian pipi berdekatan dengan gigi yang sakit selama beberapa minit untuk melegakan rasa sakit. 


Tips hilangkan sakit gigi
Gosok-gosok ais tersebut di bahagian pipi

Sakit gigi memang menyakitkan sampaikan nak buat kerja pun susah dan takda mood. Jadi, diharapkan post ini dapat membantu untuk menyembuhkan sakit gigi anda.






Anda mungkin berminat dengan artikel ini:-

No comments: