"Seha!! jom temankan aku pergi makan!
"Aik, kau biar betul Lia? bukan ke baru je kau makan nasi tadi?"
"Alaa..aku nak release tension ni, makan jer la cara aku untuk release tension! Jom laa, aku nak makan coklat & aiskrim je pun"
"Apa kata kau pakai kasut sukan, kita pergi joging kat taman. Konfirm kau akan rasa lagi tenang"
"Hissh, tak boleh Seha, aku memang nak kena makan gak kalau aku stres. Meh laa temankan aku.."
"Ok la..ok laa, tapi lepas ni kau jangan nak merungut pula, berat badan naik la, pipi temban laa"
"Takpa itu lain cerita, yang penting sekarang aku nak lepas stres dengan assignment yang berlambak ni! stres aku!"
*******************************************
Zaman Mudah Stress??
Sejak dua menjak ni, emosi kita sering dipancing dengan keadaan ekonomi yang tak stabilkan? bila emosi tak stabil, kita pun senang rasa stres. Bila sebut tentang stres, setiap orang akan ada cara tersendiri untuk release tension.
Ada yang akan keluar shopping, ada yang pergi hirup udara segar, ada yang menangis dan tak kurang juga ada yang akan makan dan makan. Hah! ramai tak yang akan lepaskan stress dengan penuhi kehendak perut untuk makan?
Makan untuk hilangkan stres bagus, tapi ada juga yang makan bila stres dan akan menjadi stres selepas makan. Sebab apa? sebab berat badan pula bertambah. Bunyi lucu kan? tapi jangan fikir ianya cuma bergurau.
Bila Stres Makan. Bila Makan Stres! |
Oleh itu, di sini ada beberapa jenis makanan yang sesuai untuk mengurangkan stress anda! Jom teruskan pembacaan!
**************************************
Makanan yang Membantu Mengurangkan Stres:
Sumber Kekacang:
- Seperti badam, pistachio dan kacang walnut yang mana ianya kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, magnesium dan zink.
- Vitamin B2 membantu dalam sekresi serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa kegembiraan.
- Zink adalah antara komponen yang diperlukan dalam melawan stres
- Manakala Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres seperti penyakit jantung.
- Terutama ikan dari laut dalam seperti ikan salmon, mackerel dan sardin, dan ikan air tawar seperti ikan patin dan haruan, adalah antara sumber makanan yang tinggi dengan Omega 3
- Sumber ikan ini dapat membantu menstabilkan stres (hormon kortisol).
- Kaya dengan antioksidan dan mengandungi kalsium yang tinggi untuk membantu menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan dengan stres.
- Ini merupakan makanan yang kaya dengan vitamin C
- Keadaan stres yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan penyimpanan vitamin C yang boleh menyebabkan gusi berdarah
- Bijirin seperti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang dan oat mengandungi karbohidrat kompleks yang bertindak untuk merangsang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira di dalam otak)
- Bijirin penuh yang kaya dengan vitamin B dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan
Sayur-sayuran membantu mengurangkan kesan radikal bebas |
- Buah-buahan & sayur-sayuran yang tinggi antioksidan seperti vitamin C, Vitamin E dan beta karotena membantu dalam mengurangkan kesan radikal bebas
- Sumber Vitamin C yang baik adalah jambu batu, brokoli dan oren
- Sumber Vitamin E yang baik adalah betik, bayam dan zaitun manakala makanan yang tinggi dengan beta karotena termasuk keledek, lobak merah dan labu
- Aprikot kaya dengan magnesium dan berkhasiat untuk membantu menenangkan otot dari dalam.
- Magnesium juga berfungsi membantu mengawal atur hormon stres.
Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-
No comments:
Post a Comment