HTML

Monday, November 6, 2017

Apa itu Darah Tinggi/ Hipertensi?


KENALI DARAH TINGGI


Darah tinggi bermaksud apabila bacaan tekanan darah menunjukkan bacaan sistolik 140 mm/Hg atau lebih dan atau diastolik 90 mm/Hg atau lebih dan turut dibantu dengan pengambilan ubat darah tinggi.


Masalah TEKANAN DARAH TINGGI sebenarnya berpunca daripada makanan yang telah dimakan sejak bertahun-tahun lamanya & bukan disebabkan oleh makanan yang anda makan semalam.


Tekanan darah tinggi bukanlah satu penyakit, cuma ia merupakan satu simptom atau tanda bahawa keadaan dalaman badan anda sudah semakin tercemar dengan pelbagai bahan yang terkandung dalam makanan zaman moden ini.

Disebabkan oleh pembentukan endapan lemak, kolesterol dan substansi lain dikenali sebagai plak yang mengeras di dinding arteri selama bertahun-tahun.



Faktor risiko Darah Tinggi

1. Berat badan berlebihan / Obesiti
2. umur semakin meningkat
3. Merokok
4. Tidak bersenam
5. Stress atau tekanan
6. Pengambilan garam yang berlebihan
7. Sejarah keluarga
8. Tahap kolestrol yang tinggi


Komplikasi dari Darah Tinggi


Tekanan darah yang tinggi dapat mengakibatkan bebanan kepada organ lain dan boleh menyebabkan kerosakan. Antara kesan dari tekanan darah tinggi ini adalah :-

1. Jantung 

- Penyakit jantung koronari
- Kegagalan jantung kongestif
- Hypertrophy Ventricular Left


2. Otak

- Strok/ Angin Ahmar

Kesan darah tinggi
Darah tinggi menyebabkan risiko Strok/Angin Ahmar

3. Buah Pinggang

- Kegagalan fungsi buah pinggang


4. Mata

- Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
- Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy


JENIS HYPERTENSI/ DARAH TINGGI


Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1

  • Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
  • Jalani cara hidup yang sihat
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat
  • Mengurangkan pengambilan garam
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Kurangkan stres
  • Berhenti merokok
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertension/Tekanan darah tinggi
  • Periksa semula tekanan darah anda untuk mengesahkan tiada Hypertension/Tekanan Darah Tinggi
  • Jika anda disahkan mengidap Hypertension/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

  • Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertension/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Berhenti merokok
  • Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 3
  • Rawatan dengan pengambilan ubat-ubatan atas nasihat doktor
  • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
  • Dapatkan keterangan lanjut dari doktor
  • Hypertension sistolik sahaja
  • Rawatan dengan pemberian ubatan jika BP ≥ 160/100

Cara menurunkan & mengawal darah tinggi


Kesan darah tinggi
Amalkan gaya hidup sihat untuk dapatkan tekanan darah normal


1. Amalkan cara hidup sihat dengan cara bersenam & konsisten sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
2. Amalkan pemakanan yang seimbang dengan kurangkan pengambilan gula, lemak & garam.

 3. Hipertensi perlu dikawal dengan sebaiknya kerana ia turut menyumbang ke arah diabetes.
4. Makan ubat darah tinggi mengikut nasihat doktor.
5. Dapatkan berat badan yang ideal
6. Berhenti merokok
7. Kurangkan stress



Kenapa perlu check tekanan darah? 




Pengidap Hypertension/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.

Oleh itu, penghidap hypertensi/ tekanan darah tinggi perlu mengukur tahap tekanan darah mereka secara berkala agar mereka dapat mengelak risiko untuk mendapat tekanan jantung.


Jaga kesihatan anda dan mulakan gaya hidup sihat. Ingat, mencegah adalah lebih  baik daripada merawat. 




Anda mungkin berminat dengan artikel ini:-


1APA ITU SERANGAN JANTUNG?

2. Inilah Penyebab Sakit Kepala Anda & Cara Atasinya!

3. Tekanan Darah Rendah atau Hipotensi.

No comments: