Faez mengajak isterinya membuat pemeriksaan di karnival kesihatan yang diadakan di kawasan perumahan mereka. Pada mulanya, niat Faez untuk lakukan pemeriksaan kesihatan itu hanya sekadar suka-suka memandangkan pemeriksaan tersebut di lakukan secara percuma.
Tidak pernah terlintas dalam fikiran Faez untuk mempunyai tahap kolestrol yang tinggi di usia 29 tahun. Sebelum ini dia selalu beranggapan kolestrol dikaitkan dengan lemak dan berat badan yang berlebihan sedangkan dia termasuk dalam kategori seorang yang kurus.
Adakah orang kurus bebas kolestrol tinggi ?? |
Selesai pemeriksaan dilakukan, bacaan tahap kolestrol Faez mencapai 220mg/dL melebihi tahap bacaan normal iaitu 200mg/dL. Walau bagaimanapun, tahap bacaan gula Faez masih di tahap yang tidak membimbangkan.
Faez pun teringat peristiwa bulan lalu, dia pergi ke hospital kerana selsema yang agak teruk dan doktor mengesyorkan agar Faez melakukan pemeriksaan darah.
Selepas pemeriksaan itu, ternyata hasil ujian darah Faez menunjukkan Leukosite tinggi dan koletrol juga tinggi. Doktor memberikan ubat kolestrol dan ubat untuk selsema Faez. Namun, pada waktu itu Faez hanya selsema dan dia tidak ambil peduli perkaitan antara sakitnya ketika itu dengan melakukan pemeriksaan darah.
Darah diambil untuk memeriksa tahap kolestrol dalam badan |
Setelah menghabiskan ubat yang diberikan doktor, Faez tidak melakukan pemeriksaan kolestrol semula kerana menganggap semuanya telah baik kerana selsemanya juga telah sembuh. Semenjak dari peristiwa itu, Faez tidak pernah lagi membuat pemeriksaan tahap kolestrol dalam darahnya sehinggalah dia menghadiri karnival kesihatan ini.
Selesai membuat pemeriksaan tahap kolestrol, dia dan isterinya dijemput untuk menghadiri seminar mengenai cara menurunkan tahap kolestrol dalam badan. Faez kini tahu, bahawa kolestrol bukan hanya untuk mereka yang berbadan besar tetapi sebenarnya, sesiapa sahaja terdedah dengan kolestrol jika tidak menjaga gaya pemakanan dan gaya hidup mereka.
JOM SEMAK TAHAP KOLESTROL ANDA !!
Tinggi rendah paras kolesterol pada badan kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antaranya cara pemakanan, gaya hidup, merokok, minuman keras, tekanan dan penyakit hati.
Pada kebiasaanya, sebelum melakukan pemeriksaan kolestrol, kita akan diarahkan untuk berpuasa terlebih dahulu, Ia bertujuan agar tidak berlaku kesalahan pengukuran akibat pengaruh dari lemak yang baru.
Tidak semua kolestrol yang terdapat dalam tubuh adalah jahat
Kebiasaanya 3 bacaan asas akan diberikan oleh doktor iaitu bacaan paras kolesterol, bacaan ALT (liver function test) dan bacaan Triglyceride.
Profil lipoprotein ini merangkumi:
- LDL (Low-density lipoprotein cholesterol) iaitu kolesterol tidak baik
- HDL (High-density lipoprotein cholesterol,) adalah kolesterol baik
- Trigliserida (lemak yang dibawa dalam darah hasil makanan yang kita makan seperti lebihan kalori, alkohol, gula akan ditukar kepada triglesirida dan disimpan di dalam tisu lemak di dalam badan)
************
Tahap kolesterol keseluruhan
************
Jumlah kolesterol anda adalah gabungan LDL, HDL dan beberapa komponen lipid yang lain. Pakar perubatan mencadangkan paras selamat adalah di bawah 200 mg/dl.
**************
Tahap kolesterol LDL
**************
LDL boleh terkumpul disepanjang dinding arteri dan meninggikan risiko penyakit jantung. Sebab itu LDL digelar sebagai kolesterol jahat. LDL rendah bermakna risiko penyakit jantung rendah.
Menurut pandangan pakar kesihatan, paras LDL untuk pesakit jantung atau penyakit salur darah harus berusaha untuk merendahkan paras LDL di bawah 70 mg/dl.
Untuk yang mengidap kencing manis pula atau penyakit yang berisiko kepada sakit jantung adalah merendahkan paras LDL di bawah 100 mg/dl.
Keputusan Pemeriksaan Tahap Kolestrol |
***************
Tahap kolesterol HDL
***************
HDL atau Kolesterol baik , lebih tinggi bacaan HDL akan mengurangkan risiko penyakit jantung. Ini kerana HDL adalah pelindung yang bertanggungjawab mengeluarkan kolesterol jahat dalam darah dan mengelakkan HDL terkumpul di arteri.
**************
Tahap Triglycerides
**************
Trigliserida adalah bentuk kimia di mana lemak wujud di dalam makanan dan badan. Paras Trigliserida yang tinggi meninggikan risiko sakit arteri koronari .
Tanda-tanda dan Gejala kolesterol Tinggi :
Apabila kolesterol tidak dikawal, akhirnya dia akan menjadi plak di dinding arteri manusia . Jika tidak dirawat, mengancam nyawa masalah kesihatan yang boleh menjadi isu.
Berikut adakah tanda-tanda kolesterol tinggi jika tidak dirawat segera:
• Masalah Pernafasan
• Sakit dada
• Pening
• Denyutan jantung yang tidak tetap
• Loya dan muntah-muntah
• Kebimbangan melampau
• Heartburn atau ketidakhadaman yang kerap
• Berpeluh dingin
Amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat untuk bebas kolestrol tinggi |
Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini
1. Apa Salah Mencuba Daripada Menderita...
2. Herba Penawar Jantung Terbaik DiDunia
3. Apa Itu Kolesterol
No comments:
Post a Comment