Ketahui bahaya merokok setelah makan |
Bahaya 1 batang rokok selepas makan
Tahukah anda satu batang rokok yang dihisap sesudah makan, bahayanya sama dengan merokok 10 batang?. Beberapa ilmuan serta para doktor turut memperingatkan, betapa bahayanya bila Anda merokok setelah makan.
Di tempat makan seperti cafe atau warung-warung makan, kita banyak melihat mereka ini begitu asyik merokok. Alasan mereka biasanya sangatlah berkias, bila tak merokok sesudah makan, tekak rasa tidak selesa. Namun tahukan Anda, apa yang terjadi pada tubuh, saat Anda merokok sesudah makan? Ini penjelasannya.
Ini adalah kerana peredaran darah pada saluran pencernaan setelah makan meningkat mengakibatkan sejumlah besar kandungan dalam rokok yang tidak baik untuk kesihatan diserap hingga boleh merosakkan hati, otak serta pembuluh darah jantung. Sistem pencernaan turut terganggu disebabkan nikotin yang terikat dalam oksigen yang diedarkan didalam darah.
Kesan darah pada perokok
Lantaran nikotin ini lebih mudah diserap, hingga oksigen yang diperlukan oleh sistem pencernaan menyusut serta menyebabkan mempercepat penyakit yang berkaitan dengan sumbatan salur darah seperti jantung dan strok. Malahan kerosakan organ dalam tubuh akan menjadi lebih cepat serta risiko mendapat kanser usus serta kanser paru-paru juga lebih besar.
Malahan bagi wanita terutama yang hamil, merokok boleh menggugurkan kandungan serta meningkatkan serangan jantung serta kanser.
Perokok tegar hal ini seperti angin lalu
|
Meski peringatan bahaya merokok terpampang terang dikotak rokok tersebut, bahkan dengan gambar-gambar yang menyeramkan akibat merokok, tetapi untuk perokok tegar hal ini seperti angin lalu.
Bahaya merokok bukan hanya menimpa peribadi pecandu rokok, juga menimpa orang-orang di sekitarnya, teman duduknya yang ia kenal, teman duduknya yang tidak ia kenal, bahkan jika sudah berkeluarga isteri dan anaknya ikut tersiksa kerana asap rokok.
Anda mahukan? Sihat atau Sakit?
Anda mungkin meminati artikel ini
No comments:
Post a Comment