HTML

Saturday, January 13, 2018

KANSER SERVIKS - APA YANG WANITA WAJIB TAHU?

Tanda-tanda kanser serviks
Kanser Serviks

Umi : Assalamualaikum, Nadia kan?

Nadia : Waalaikummussalam, ya. Eh, Umi kan? Lamanya kita dah tak jumpa!

Umi : A'ah, rasanya lepas habis study dulu terus kita tak pernah jumpa dah. Nadia buat apa kat hospital ni? Apasal muka nampak pucat jer?

Nadia : Hmm, ni tengah tunggu result ujian Pap-smear. Ni yang tengah risau ni.

Umi : Oh ya ke? Harap-harap semuanya ok & takda apa-apa.

Nadia : Harap-harap macam tu la Umi.


INFO : 

Hanya 24% wanita yang dikesan berada pada kanser tahap 1, selebihnya ditahap 2,3 dan 4.
Lebih malang lagi, tidak ramai yang menyedari bahawa kanser serviks boleh dikesan dengan ujian pap smear di klinik kesihatan / fasiliti kesihatan.

APA ITU SERVIKS??


Serviks merupakan otot yang menghubungkan rahim dan farajnya dan terletak di bawah rahim. Ia membentuk pembukaan yang membolehkan darah keluar semasa haid dan bayi keluar.


APA ITU KANSER SERVIKS? 

Kanser serviks lazimnya bermula dengan sel-sel pada permukaan serviks. 
Ia akan berlaku apabila sel-sel mula membesar dan membiak dengan tidak terkawal. Sel-sel ini kemudiannya akan merebak ke tisu serviks. Dari serviks ia kemudian akan merebak ke bahagian-bahagian tubuh lain seperti faraj atau rahim. 

Kanser serviks lazimnya mengambil masa 10 tahun untuk membentuk dengan perubahan awal dapat dilihat pada permukaan serviks. Pada peringkat ini, sel-sel yang abnormal dapat dilihat ketika melakukan ujian Pap-smear.


Terdapat dua jenis utama Kanser Serviks iaitu

1. Squamous cell carcinoma


Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.

2. Adenocarcinoma.

Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.


TANDA-TANDA KANSER SERVIKS?


Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala pada peringkat awal barah pangkal rahim. Gejala barah selalunya tidak dirasai oleh pesakit sehinggalah barah telah merebak ke tisu dan organ lain.

1. Merasa Sakit Ketika Membuang Air Kecil

Apabila anda merasakan rasa pedih, sensasi ketat atau seperti terbakar semasa membuang air kecil anda harus berwaspada kerana boleh menjadi tanda kanser rahim. gejala ini berlaku kerana kanser telah merebak ke tisu yang berdekatan. tetapi tanda ini boleh terjadi kerana penyakit lain seperti penyakit kelamin, masalah pundi kencing, dan jangkitan yis.

2. Pendarahan selepas putus haid


Kanser serviks
Pendarahan selepas putus haid adalah salah satu tanda kanser serviks


Pendarahan selepas menopaus pasti harus diperiksa oleh doktor khusus wanita mengandung untuk mengetahui punca secara pasti. apabila anda tidak melakukan pemeriksaan di khuatirkan boleh menjadi serius di masa hadapan. kerana pendarahan selepas menopuase adalah salah satu antara tanda kanser yang kerap di didapati.

3. Faraj mengeluarkan cecair yang luar biasa.

Cecair keputihan dan berbau adalah sesuatu yang biasa dialami oleh wanita. 
Namun, jika lelehan cecair bertambah banyak, bau busuk & cecair yang keluar tidak tetap, ia boleh menjadi tanda awal jangkitan faraj. 

Oleh itu, sekiranya anda mengalami cecair keputihan yang keluar pucat, berair, mungkin berwarna coklat atau bercampur dengan darah, anda sebaiknya di nasihati untuk bertemu dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. 

4. Sakit semasa melakukan hubungan intim

Merasa sakit ketika melakukan hubungan intim juga merupakan salah satu tanda berlakunya kanser serviks. Kemungkinan kanser ini telah merebak ke seluruh tisu-tisu dan organ pembiakan. Dapatkan rawatan dengan doktor secepat mungkin.

5. Turun berat badan secara tiba-tiba


kanser serviks
Berat badan turun secara mendadak & tiba-tiba


Apabila kanser mula menyerang badan kita, sistem imun dalam badan akan berkerja kuat untuk melawannya. Ketika ini badan akan menghasilkan protein kecil yang dikenali sebagai cytokines yang berkerja untuk memecahkan lemak dalam badan kita pada kadar yang tinggi dari biasa.

Bila lemak dipecahkan, berat badan akan menurun dengan mendadak walaupun kita tidak berdiet ataupun bersenam.

6. Selalu keletihan

Walaupun telah berehat pada kadar masa yang lama, pesakit kanser serviks tetap merasa keletihan kerana pada waktu ini sel darah merah akan digantikan dengan sel darah putih untuk melawan sel-sel kanser. Kekurangan sel darah merah boleh menyebabkan anemia yang membawa kepada keletihan dan tidak bertenaga sehinggalah menyebabkan kurang selera makan. Seterusnya menyebakan masalah kekurangan oksigen.

7. Bengkak dan sakit pada kaki

Apabila kanser mula merebak, ia akan menghalang aliran darah dan menyebabkan pembengkakkan pada kaki. Akan tetapi bukan bermaksud apabila anda mengalami sakit kaki, anda terus dikaitkan dengan masalah kanser serviks, tetapi harus disertakan tanda-tanda awal yang lain seperti diatas.


Vaksin HPV
Dapatkan Vaksin HPV anda! 


Jika anda mengalami beberapa tanda di atas, anda dinasihati untuk melakukan pemeriksaan & dapatkan nasihat doktor dengan segera agar penyakit tersebut dapat dikawal dari awal. Akhir sekali, golongan wanita sangat disarankan untuk mendapatkan suntikan HPV untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit ini.







No comments: