HTML

Friday, August 26, 2016

Bagaimana punca Sakit Kepala Munirah berjaya dikesan melalui CT SCan!!!


Petang itu Munirah sibuk menyiapkan assignmet yang diberikan oleh pensyarahnya, tiba-tiba rasa sakit kepalanya datang menyerang lagi. Entah kenapa, sejak beberapa bulan yang lalu, Munirah sering mengalami sakit kepala dan kekadang ia disertai dengan perasaan loya dan terasa hendak muntah.


Punca sakit kepala
Mengesan Sindrom Sakit Kepala


Sebelum ini, dia fikir sakit kepalanya disebabkan kurang tidur namun, apabila semakin teruk, Munirah membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor di Pusat Kesihatan yang disediakan oleh pihak Universiti. 

Ketika berjumpa doktor, Munirah menceritakan semua simptom-simptom yang dihadapinya sejak beberapa bulan lalu kepada doktor wanita dihadapannya itu. Doktor yang mendengar penjelasan Munirah menyarankan agar Munirah menjalankan ujian CT Scan bagi mengetahui punca sebenar sakit kepala yang dialaminya.


Apa itu CT Scan?

Munirah disarankan menjalani ujian CT SCan  (gambar hiasan)



CT Scanner
CT SCANNER




Mendengar saranan doktor, perasaan takut dan cuak mula menjalar kerana memikirkan kemungkinan. Memahami kerisauan Munirah, doktor memberi penerangan mengenai ujian CT Scan tersebut. Setelah berpuas hati dengan penjelasan  doktor, Munirah bersetuju menjalankan ujian CT Scan tersebut kerana dia mahu mengetahui punca sebenar sakit kepala yang dia alaminya serta mencari ubat supaya cepat sembuh. 


Apa Itu CT Scan?





Computed Tomography atau singkatannya "CT Scan" adalah sebuah mesin berbentuk lingkaran yang besar dan cukup untuk memuatkan orang dewasa dengan posisi berbaring.

CT Scan digunakan untuk mendiagnosis keadaan pesakit dengan menggunakan sinar X dan komputer untuk membantu doktor mendapatkan gambaran dari berbagai sudut kecil dari tulang, tengkorak dan otak. Ini dapat membantu mengesan punca sakit kepala yang Munirah alami. 

Prosedur kerja dari CT Scan sama seperti kaedah radioterapisinar-X iaitu satu bentuk radiasi seperti cahaya atau gelombang radio diarahkan pada tubuh.  CT imaging yang dihasilkan pada CT Scanner berupa gambar pembuluh darah dan saraf-saraf yang ada di kepala, tubuh dalam multidimensional yang sangat jelas. Ini lah kelebihan utama CT Scan jika dibandingkan dengan sinar-x biasa, iaitu kemampuannya untuk memberi gambar pembuluh darah dan saraf-saraf yang terdapat pada kepala dengan lebih jelas. 



Fungsi CT Scan?


CT scan dapat mengesan punca sakit kepala
Melalui CT Scan penyebab sakit kepala Munirah dapat dikesan


  • Melakukan diagnosis kelainan otot dan tulang, seperti tumor atau retak pada tulang.
  • Menentukan lokasi tumor, infeksi, atau bekuan darah.
  • Menjadi pandu arah prosedur medik ketika melakukan operasi, biopsi, atau terapi radiasi.
  • Mengesan dan memonitor keadaan dan penyakit tertentu, seperti kanser, sakit jantung, nodul pada paru-paru, dan massa pada hati.
  • Mengesan kecederaan atau pendarahan internal.

Melalui CT Scan beberapa penyebab sakit kepala lain yang dapat dikesan seperti:-

  •  Kanser otak  (Infeksi otak) 
  •  Hidrosefalus (pembentukan abnormal cecair cerebrospinal di otak)
  •  Sinus tersumbat (Sinusitis)
  •  Kecederaan pada bahagian kepala 
  •  Aneurisma atau pendarahan di bahagian otak


Keadaan didalam bilik CT SCan
Keadaan di dalam bilik CT Scan

Siapa yang memerlukan ujian CT Scan?


CT Scan mungkin diperlukan jika pesakit memiliki hasil pemeriksaan neurologis yang abnormal atau apabila doktor tidak dapat mendiagnosis sakit kepala berdasarkan gejala dan pemeriksaan biasa. CT Scan turut disarankan kepada individu yang mengalami salah satu daripada gejala berikut :-


  • Sakit kepala yang teruk (pening dan migrain) 
  • Masalah penglihatan
  • Vertigo
  • Individu yang mengalami stroke atau lumpuh

Maka segeralah hubungi doktor apabila :-


  • Sakit kepala terjadi tiba-tiba dan berat
  • Sakit kepala yang lebih parah berbanding sebelum-sebelumnya, terutamanya yang berusia 50 tahun atau lebih. 
  • Sakit kepala yang disebabkan aktiviti yang berat
  • Sakit kepala yang disertai kejang, demam, muntah dan hilang pertimbangan
  • Perubahan dalam penglihatan dan ucapan.



Anda mungkin meminati :-











No comments: