Air kencing berbuih & berwarna kuning terang |
Air Kencing?
Air kencing adalah sisa-sisa cecair badan yang disingkir oleh buah pinggang melalui proses penapisan dari darah yang dikenali sebagai kencing dan dikeluarkan melalui urethra.
Perasan tak kadang kencing kita akan berbau kuat dan kadang tak?
Faktor Kencing Berbau?
Sekiranya, kencing anda berbau hancing, ada beberapa faktor penyebab yang anda perlu ambil perhatian. Antaranya:-
1. Pemakanan
Sekiranya kencing anda berbau dengan kuat, cuba ingat semula apa yang telah anda makan. Selalunya ia terjadi jika anda telah makan petai, bawang putih, jering, asparagus atau minum nescafe/ kopi.
2. Ubat-ubatan
Selain itu, sesetengah pengambilan ubat seperti antibiotik juga boleh menyebabkan kencing anda berbau.
3. Kurang Air
Kencing kelihatan pekat dan sedikit menandakan air dalam badan kurang. Kencing biasanya lebih pekat pada waktu pagi kerana tidur sepanjang malam.
3 sebab di atas mungkin tidak begitu merisaukan anda.
Namun, 3 penyebab seterusnya kenapa kencing berbau hancing ini, anda perlu berhati-hati & berikan perhatian.
4. Jangkitan
Masalah jangkitan kencing merupakan salah satu masalah kesihatan yang menyebabkan kencing anda berbau kuat. Biasanya, kencing akan kelihatan lebih keruh dan anda mungkin merasa sakit ketika kencing.
5. Diabetes
Pesakit kencing manis juga akan berhadapan dengan situasi kencing berbau di samping itu, mereka turut alami rasa kerap dahaga & kerap kencing.
Kencing juga akan berbau hancing sekiranya terdapat kebocoran pada pundi kencing yang mengakibatkan pundi kencing bersambung dengan usus membentuk “fistula”.
Nota :
Sekiranya kencing anda berbau hancing & diikuti dengan beberapa simptom di bawah, sila dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
- Kencing lebih kerap
- Rasa sakit ketika kencing
- Darah dalam kencing
- Rasa sakit di bahagian bawah perut
- Lesu dan kepenatan
- Rasa keliru dan tidak keruan
Sumber dipetik daripada : Public Health Malaysia.
Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-
1. Nak tahu risiko mengandung bagi penghidap kencing manis?
2. Siapa yang berisiko terkena batu karang?
3. Pemindahan buah pinggang adalah satu solusi
Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-
1. Nak tahu risiko mengandung bagi penghidap kencing manis?
2. Siapa yang berisiko terkena batu karang?
3. Pemindahan buah pinggang adalah satu solusi
No comments:
Post a Comment