HTML

Wednesday, September 19, 2018

PEMINDAHAN BUAH PINGGANG ADALAH SALAH SATU SOLUSI


Buah pinggang
Konsultasi doktor. 

"Maafkan saya puan, sebenarnya puan mengalami kerosakan buah pinggang. Sudah 95% kerosakan dan hanya 5% yang masih berfungsi". Begitulah penerangan Dr. Aisyah kepada Emy. 

Tak tahu reaksi apa yang perlu ditunjukkan Emy. Dia hanya mampu mengangguk dan bertanya pada doktor mengenai kaedah rawatan yang perlu dia lakukan untuk kembali sihat. 

Dr Aisyah tersenyum dan menerangkan kepada Emy.

"Sebenarnya, puan ada dua pilihan. Pilihan yang pertama lakukan Dialisis. Dialisis pula terbahagi kepada dua, iaitu Peritoneal dialisis yang menggunakan air dan dilakukan cuma sekali dalam seminggu tapi ia perlukan masa 3 hari 2 malam untuk sekali proses."

( Klik DI SINI untuk ketahui lebih lanjut tentang Dialisis )

"Seterusnya, Hemodialisis. Ini adalah dialisis darah yang perlu dibuat 3 kali seminggu dan ambil masa 4 jam untuk sekali proses. Dan puan perlu maklum, jika puan pilih untuk melakukan dialisis, puan perlu lakukannya seumur hidup".

"Pilihan kedua selain dialisis adalah pembedahan pemindahan buah pinggang. Jika ada penderma buah pinggang yang sesuai, puan boleh lakukan pembedahan ini dan tidak perlu jalani dialisis. Tapi, sementara menunggu penderma, puan perlu lakukan dialisis". 

Emy tekun mendengar setiap penjelasan Dr Aisyah. Setelah itu, Emy memutuskan untuk menjalankan pembedahan pemindahan buah pinggang. 


INFO TAMBAHAN: 
Tahap kreatinin NORMAL adalah di antara 64 hingga 122. 



Apa itu pemindahan BUAH PINGGANG? 



pemindahan buah pinggang
Proses pemindahan buah pinggang dilakukan. 


Pemindahan buah pinggang adalah prosedur pembedahan untuk merawat masalah buah pinggang. Proses ini akan dapat membantu menyeimbangkan cecair & elektrolit dalam badan. Sekiranya buah pinggang berhenti berfungsi, bahan-bahan pencernaan akan semakin bertambah dalam tubuh kita dan membuat kita sakit

Selain daripada pemindahan buah pinggang, selalunya seseorang yang mengalami masalah fungsi buah pinggang juga akan menjalani dialisis. Kaedah rawatan ini turut membantu menyingkirkan bahan pencernaan di dalam darah ketika buah pinggang berhenti berfungsi.

Siapa yang perlu menjalani pemindahan Buah Pinggang?


Pemindahan buah pinggang mungkin akan menjadi pilihan bagi mereka yang mengalami masalah buah pinggang yang berhenti berfungsi sepenuhnya. Keadaan ini dikenali sebagai "End-stage renal disease" (ESRD) atau "End-stage kidney disease" (ESKD)


pembedahan buah pinggang
2 kaedah merawat masalah buah pinggang rosak. 


Lazimnya, jika seseorang itu telah mencapai tahap ini, maka, doktor akan menyarankan proses dialisis. Di samping meletakkan anda dialisis, doktor anda akan memberitahu anda jika mereka fikir anda sesuai untuk jalani pemindahan buah pinggang.

Sekiranya anda mempunyai keadaan kesihatan yang serius, pemindahan buah pinggang mungkin berbahaya atau mungkin tidak berjaya. Keadaan serius ini adalah seperti:


1. Kanser / sejarah kanser.
2. Jangkitan kuman yang serius seperti tuberkulosis,hepitatis dan lain-lain.
3. Penyakit hati.


Doktor juga TIDAK akan mengesyorkan pemindahan buah pinggang JIKA anda:

1. Merokok
2. Mengambil alkohol secara berlebihan
3. Mengambil dadah


Siapa yang akan menderma buah pinggang?


1. Seseorang yang masih hidup.

- Seseorang yang telah mendaftarkan diri sebagai penderma
- Ahli keluarga


2. "Cadavar donor" @ seseorang yang telah meninggal dunia.

- Merupakan alternatif sekiranya tidak terdapat seorang penderma
- Akan dipastikan bebas daripada sebarang penyakit berbahaya.


RISIKO PEMINDAHAN BUAH PINGGANG

1. Darah beku
2. Alergik
3. Pendarahan
4. Jangkitan
5. Sumbatan/ Kebocoran pada Ureter


pemindahan buah pinggang
Jagalah kesihatan buah pinggang anda! 


NOTA: 

Bagaimana ingin memastikan buah pinggang anda sentiasa sihat?
Sangat MUDAH! Jom amalkan cara pemakanan & cara hidup yang sihat !



Anda juga mungkin berminat dengan Artikel ini:

1. Nak tahu tanda-tanda buah pinggang rosak? 

2. Tips penjagaan buah pinggang. 

3. Darah pekat? Bagaimana cara atasinya? 





No comments: