Sakit pinggang pada bahagian belakang. |
Seminggu yang lalu, Adan masih melalui aktiviti hariannya seperti biasa sehinggalah satu hari dia mengalami sakit di bahagian pinggang sebelah kiri. Pada mulanya, Adan menganggap hanya gastrik. Tidak lama kemudian, Adan terasa hendak kencing dan pergi ke tandas untuk menunaikan hajat. Adan hairan kerana kencing yang keluar sikit.
Malam itu, sebelum tidur sekali lagi Adan terasa sangat sakit di bahagian pinggang kirinya. Kali ini dia tidak mampu bangun dan hanya terbaring di katil. Sekali-sekala, Adan berguling ke kiri dan kanan dan mengetap bibirnya menahan sakit yang teramat. Dia rasakan setiap posisinya tiada yang selesa.
Akibat tak dapat tahan lagi, housemate Adan menghantar dia ke Hospital berhampiran. Pada mulanya Adan menyangkakan gastrik. Namun, setelah diingat semula jadual makannya teratur. Sampai di hospital, Adan menceritakan simptom yang dialaminya.
Doktor pun cadangkan untuk buat ujian darah & x-ray. Setelah selesai kedua-dua ujian tersebut, Adan disahkan ada batu karang di buah pinggang sebelah kiri. Doktor juga terangkan bahawa batu karang di pinggang Adan telah pecah dan itulah yang membuatkan dia terasa sakit.
Dipendekkan cerita, Adan telah lakukan pembedahan untuk keluarkan batu karang di dalam pinggangnya. Dia juga direhatkan di dalam wad selama 3 hari dan hanya dibenarkan balik ke rumah setelah dia tidak merasa sebarang sakit.
Batu karang yang telah dikeluarkan. |
Apa itu Batu Karang?
Batu karang adalah batu yang terbentuk di dalam saluran pembuangan air kencing,iaitu daripada buah pinggang hinggalah ke bahagian pundi kencing.
Batu karang terjadi akibat ketidaksempurnaan dalam aliran saluran kencing manusia. Oleh itu, ketidaksempurnaan ini mengakibatkan mendapan yang mengandungi bahan-bahan kapur, magnesium yang akhirnya membentuk kristal.
Sebagai contoh, ketidaksempurnaan ini boleh berlaku kepada orang lumpuh yang tidak berupaya melakukan apa-apa gerakan atau air kencing tidak mengalir dengan baik kerana saluran kencing yang terlalu sempit.
Siapa yang berisiko terkena penyakit batu karang?
1. Individu yang kurang bersenam
2. Seseorang yang selalu tahan kencing
3. Seseorang yang kurang minum air masak
4. Makan dan minum tak terjaga
5. Pengambilan ubat secara berlebihan
Punca batu karang
1. Kurang minum air
Kurang minum air akan menyebabkan kurangnya penghasilan air kencing. Jadi, ia akan menyebabkan kepekatan air kencing meningkat dan penuh dengan kompaun yang boleh membentuk batu karang seperti kalsium, oxalate dan juga asid urik.
2. Garam berlebihan
Hati-hati dengan garam anda!
Garam sebenarnya mengandungi kandungan natrium yang tinggi dan boleh menyebabkan pembentukkan batu karang. Ini disebabkan natrium akan menyebabkan kalsium disingkirkan lebih banyak ke dalam air kencing dan memudahkan pembentukan batu karang.
Ramai tak yang amalkan pengambilan vitamin C ? Vitamin C sememangnya banyak manfaat. Namun, anda perlu tahu, apabila Vitamin C masuk ke dalam badan, ia juga diuraikan.
Hasilnya, kompaun oxalate yang merupakan produk terakhir Vitamin C akan disingkirkan melalui air kencing. Kandungan oxalate yang tinggi dalam air kencing boleh menyebabkan terbentuknya batu karang.
Gejala batu karang
1. Sakit belakang yang teruk secara tiba-tiba ( kawasan sebelah kanan atau kiri bergantung kepada lokasi batu karang tersebut).
2. Sakit tersebut juga mungkin merebak kebahagian hadapan berdekatan dengan kemaluan
3. Ada juga yang mengatakan sakit ini lebih sakit daripada melahirkan anak (bagi kaum wanita)
4. Air kencing berdarah
Hati-hati air kening yang keruh & busuk |
5. Rasa loya/muntah
6. Air kencing keruh & busuk
7. Selalu terasa hendak kencing
8. Ada butiran halus dalam kencing
9. Demam dan menggigil (jika ada jangkitan)
10. Berasa sakit atau panas ketika kencing
Jenis batu karang
1. Batu Karang Calsium Oxalate
- Berpunca daripada pengambilan makanan tertentu secara berlebihan,
2. Batu Karang Asid Urik
- Disebabkan oleh pengambilan makanan laut yang banyak
3. Batu Karang Struvite
- Mengandungi elemen magnesium ammonium fosfat kerana jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu.
4. Batu karang Sistin.
- Ia terjadi dalam kalangan individu yang tubuh mereka tidak berupaya menghasilkan enzim serta cecair kimia tertentu pada kadar seimbang untuk memproses makanan. Secara ringkas ia merupakan masalah genetik.
CEGAH BATU KARANG!
1. Banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
2. Elakkan minuman manis, kerana ia boleh menyebabkan air kencing menjadi pekat dan memudahkan lagi menghidap buah pinggang.
3. Kekurangan Vitamin B6 dan Potassium boleh menyebabkan pembentukan batu karang.
Digalakkan untuk makan bunga kubis, pisang & kentang untuk atasi masalah ini.
4. Kurangkan pengambilan garam & gula termasuk ikan masin & jeruk.
5. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran & buah-buahan.
6. Hadkan pengambilan protein haiwan terutamanya dari sumber daging merah, hati ayam, pedal & limpa.
P/s: Amalkan gaya hidup, kerana mencegah lebih baik daripada merawat.
Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini :
1. Pemindahan Buah Pinggang Adalah Satu Solusi
2. Adakah Anda Memerlukan Aspirin
3. Tips PALING Berguna Untuk Masalah Gout
No comments:
Post a Comment