Proses Elektrokardiograf (ECG) |
Angiogram adalah salah satu ujian yang tepat bagi mengesan penyakit jantung koronari. Selain itu, terdapat ujian yang boleh dilakukan diperingkat awal iaitu ECG.
Elektrokardiograf dikenali secara luas dengan istilah EKG atau ECG, adalah alat ukur yang digunakan untuk mengukur keadaan jantung dengan cara memantau irama dan frekuensi jantung.
Untuk mengukur frekuensi jantung, elektrode-elektrode dari elektrokardiograf ditempatkan ke dada pesakit. Elektrod mengesan turun-naiknya arus degupan jantung dan mengirimnya ke elektrokardiograf, yang akan merakamkan perubahannya sebagai bentuk gelombang pada gulungan kertas yang bergerak.
Rakaman hasil pengukuran ini disebut elektrokardiogram. Setiap kontraksi, otot jantung menghasilkan impuls dalam bentuk gelombang sinusoidal (bentuk gelombang pada gerak harmoni) yang dihasilkan di elektrokardiograf.
Gelombang-gelombang yang terbaca pada elektrokardiograf terdiri dari gelombang P, S, R (aktiviti elektrik otot jantung yang sedang berlaku degupan) dan gelombang T (aktiviti elektrik otot jantung yang sedang relaks).
Gelombang Elektrokardiograf |
Sekian huraian tentang Pengertian Elektrokardiograf (EKG), semoga bermanfaat.
Anda mungkin meminati
No comments:
Post a Comment