HTML

Thursday, November 26, 2015

"Kewangan" punca WANITA Sakit Jantung !




tasly danshen plus herba jantung
FAKTOR KEWANGAN ANTARA PUNCA SAKIT JANTUNG

Faktor kewangan punca wanita mengalami SAKIT JANTUNG

Meskipun lebih ramai mengalami sakit jantung adalah lelaki, namun jumlah yang meninggal dunia akibat penyakit pembunuh nombor 1 di dunia ini lebih ramai wanita!. Demikian juga dengan proses rawatan di hospital adalah lebih lama bagi wanita. 


Penyebabnya?


Wanita sukar untuk melupakan masalah atau stress yang dialami, menyebabkan mereka cenderung mendapat penyakit jantung. Namun penyebab yang paling utama adalah faktor kewangan!.

Hasil kajian yang di buat oleh Women’s Health Study menunjukkan bahawa wanita yang berpendapatan rendah adalah lebih berisiko menderita penyakit jantung. 

Bahkan, masalah kewangan lebih kuat pengaruhnya terhadap penyakit jantung dibandingkan dengan masalah lain seperti pasangan yang curang ataupun mendapat kecederaan.


Sakit Jantung Pada Wanita

Selain masalah kewangan, melalui penelitian yang sama hasil kajian menemukan bahawa antara penyebab penyakit jantung pada wanita adalah :-
  • Kematian pasangan atau anak
  • Ahli keluarga mendapat sakit kronik yang parah
Kedua-dua faktor ini menyebabkan ramai wanita mengalami tekanan (stress) sehingga berisiko mengalami penyakit jantung. Peningkatan sehingga 65% kepada wanita mengalami sakit jantung.




Gejala Awal

Umum mengetahui, gejala penyakit jantung kerap tidak spesifik kepada wanita, sehingga mereka tidak sedar akan gejala awal penyakit ini. 

Gejalanya sering disamakan dengan masalah kesihatan lainnya seperti :-


  • Sakit kepala
  • Rasa mual atau ingin muntah
  • Ngilu di dada kiri (jika ditekan) 
  • Tidak selesa hingga ke leher atau punggung

Oleh sebab itu, jika anda merasakan gejala seperti gastrik dan tidak reda setelah mengambil ubat selama 2 hari, ada baiknya anda mengandaikan kemungkinan lain. 

Cara paling tepat untuk mengesan penyakit jantung di tahap awal adalah melalui pemeriksaan enzim jantung atau elektrokardiograf (EKG), terutama jika gejala yang anda alami disertai peluh dingin atau rasa sakit yang semakin hebat dan sesak nafas.






Meskipun demikian, kaum wanita juga harus waspada terhadap penyebab penyakit jantung lainnya seperti obesiti, hipertensi, kolesterol tinggi, kebiasaan merokok dan diabetes.

Sila kongsikan semoga bermanfaat.




Anda mungkin berminat dengan artikel ini:-


No comments: