|
Anda ingin menderma darah? |
Anda nak derma darah??
Kelayakan seseorang untuk menderma darah akan ditentukan oleh Pegawai Perubatan atau Jururawat yang bertugas. Sebelum menderma darah, anda perlu memastikan bahawa anda sememangnya dalam keadaan yang sihat.
Kenapa perlu lakukan sedemikian?
Seseorang bakal penderma hendaklah berada pada tahap kesihatan yang baik bagi memastikan proses pendermaan darah tidak akan memudaratkan penderma dan darah yang didermakan juga tidak akan memudaratkan pesakit yang bakal menerima darah tersebut.
Oleh itu, berikut merupakan 12 kategori individu yang tidak boleh menderma darah buat sementara waktu. JOM baca satu persatu!
Jangan Derma Darah Jika Anda...?
|
Demam & mengambil antibiotik, paracetamol/ panadol |
|
Pernah melakukan pembedahan dalam masa 6 bulan sebelum menderma darah |
|
Anda masih dalam proses menyusukan bayi anda (breastfeeding) |
|
Anda telah menindik telinga & bertatu dalam masa 6 bulan sebelum menderma darah |
|
Anda telah membuat rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma darah |
|
Berat badan anda kurang dari 45 kg! |
|
Anda kurang rehat & tidur |
|
Anda tidak boleh menderma darah ketika anda sedang mengandung |
|
Seorang warganegara asing yang menetap kurang setahun di Malaysia tidak boleh menderma darah |
|
Anda telah meminum minuman beralkohol |
|
Anda masih dalam tempoh haid |
|
Anda telah melakukan Akupuntur |
Sekiranya anda termasuk dalam 12 kategori di atas, anda sebaiknya tidak menderma darah. Hal ini bagi menjamin keselamatan anda dan penerima darah.
Proses Pendermaan Darah
- Semua penderma perlu mengisi borang/kad pendaftaran pendermaan darah.
- Para penderma perlu menimbang berat badan
- Menjalani ujian darah bagi mengenalpasti kumpulan darah dan kandungan hemoglobin darah.
- Menjalani sesi kaunseling dengan Pegawai Perubatan / Jururawat.
- Pendaftaran dan penderma diberikan buku penderma darah.
- Seterusnya, proses menderma darah yang mengambil masa di antara 7 – 15 minit.
- Selepas selesai pendermaan, penderma perlu berehat sekurang-kurangnya 10 minit sebelum bangun.
- Penderma boleh makan/minum hidangan yang disediakan.
Anda mungkin berminat dengan artikel ini:-
No comments:
Post a Comment