Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu |
Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu bagi rakyat Malaysia. Risiko serangan jantung boleh dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti tidak merokok, bersenam dan mengamalkan cara pemakanan yang sihat.
Ikuti pengalaman seorang doktor yang telah melalui sendiri prosedur Angiogram iaitu prosedur bagi melihat sama ada salur darah koronari kita tersumbat atau tidak.
SERANGAN JANTUNG: SNIPER DALAM DADA SENDIRI, MEMBUNUH TANPA DISEDARI
"How are you Doctor?" Dato' Dr Balachandran bertanya kepadaku sambil tersenyum. Tutur kata beliau begitu lembut dan menenangkan. Beliau adalah Pakar Perunding Kardiologi yang merawatku di IJN tempoh hari.
"I'm anxious Dato'" aku berterus terang. Aku terbaring di atas meja pembedahan yang sejuk berpakaian gown berwarna kuning cair. Tangan kananku telah diikat ke armboard dengan tape coklat
"Yes I know. Usually you're the one who put people on the operating table kan? And now I put you on the table.." katanya mengusik.
"Don't worry, you'll be just fine" katanya lagi sambil memeriksa nadi di tangan kananku, melakukan Allen Test bagi melihat dominan Arterial supply.
Saya telah melalui Prosedur Angiogram pada hari Khamis yang lalu. Ia adalah pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Saya nak share pengalaman tersebut agar ia memberi manfaat buat pembaca semua.
Angiogram ialah satu prosedur bagi melihat sama ada salur darah koronari kita tersumbat atau tidak. Salur darah koronari ialah salur darah yang membekalkan oksigen kepada otot jantung kita.
Jika ia tersumbat, bekalan darah (oksigen) ke otot jantung akan kurang/ terhenti (ishaemia) dan otot jantung kita akan mati. Maka, kita akan mendapat serangan jantung (Myocardial Infraction)
Mula-mula bius setempat akan diberi di tempat salur tiub halus (angiocath) akan dimasukkan. Ini yang paling sakit sebenarnya. Sampai keras kejung kaki saya menahan sakit. Lepas tu dah tak rasa apa-apa dah.
Angiocath ini akan dimasukkan sama ada dari tebukan salur darah Radial artery di pergelangan tangan atau Femoral artery di kelangkang (dalam kes saya melalui Radial artery). Angiocath ini kemudiannya akan ditolak perlahan-lahan hingga sampai ke salur darah koronari.
Dye (contrast) kemudiannya akan dimasukkan bagi melihat samada salur darah koronari ini tersumbat atau tidak.
Dye (contrast) kemudiannya akan dimasukkan bagi melihat samada salur darah koronari ini tersumbat atau tidak.
Jika ada salur darah yang tersumbat, Pakar Kardiologi mempunyai pilihan samada untuk merawat dengan ubat-ubatan atau memasukkan balloon dan/atau stent bergantung kepada tahap salur darah tersumbat (Pilihan ini biasanya akan dibuat setelah berbincang dengan pesakit).
Harus diingat, setiap prosedur atau pembedahan pasti ada risikonya. Pelbagai perkara boleh berlaku ketika angiogram dilakukan.
*
*
*
*
*
*
Cuba anda pandang wajah isteri anda
Anda renung wajah setiap anak anda.
Dengar suara manja & rengekan mereka.
Sayangi diri anda.
Fikirkan isteri dan anak-anak anda.
Berhentilah merokok.
Jaga pemakanan dan bersenamlah secara berkala.
No comments:
Post a Comment