HTML

Thursday, January 10, 2019

BERAPA SUDU GULA SAYA PERLUKAN DALAM SEHARI?


Bahaya diabetes
Anda suka minum teh tarik? 

Teh tarik jom?! 

"Weh Fariz, muka macam bermasalah jer pagi-pagi ni, kenapa? Tak baik tau muka masa awal pagi, nanti rezeki tak masuk" 

"Takda masalah la..aku mengantuk jer ni. Semalam berjaga tengok bola Liverpool jumpa Arsenal tu" 

"Oh ingat ada masalah. Ok Fariz, jom lepak mamak kejap..pekena teh tarik! Biar segar sikit mata tu"

"Betul juga, aku pun tak sarapan lagi ni. Ok jom!" 

........

"Dik, Teh tarik 2 ya, kaw-kaw & manis ya dik! "
.
.
.


Anda biasa tak dengan keadaan ini? Minum teh tarik memang nikmat. Namun, pernah kah anda tertanya-tanya, berapa kandungan gula dalam minuman teh tarik anda?

Selamatkah? 



Sihatkah untuk tubuh anda? 




Bahaya gula


SEBENARNYA BERAPA SUDU GULA YANG SAYA PERLUKAN DALAM SEHARI?


Untuk pengetahuan anda: 

Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, orang dewasa di Malaysia menambah 7 sudu teh sehari iaitu 4 sudu teh gula pasir dan 3 sudu teh susu pekat manis ke dalam minuman mereka.

Jumlah gula yang ditambah ke dalam minuman ini sahaja telah melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Panduan Diet Malaysia yang mencadangkan pengambilan jumlah gula sehari TIDAK MELEBIHI 50g.




Jadi, bila pesan minuman, jangan lupa buat pilihan bijak, kurangkan manis & banyakkan minum air putih yang jauh lebih baik untuk tubuh anda.




Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-

1. Nak tahu risiko mengandung bagi penghidap kencing manis? 

2. Bebas dari Diabetes dengan 4 cara ini!

3. 7 petanda anda mungkin penghidap kencing manis.

No comments: