HTML

Friday, January 25, 2019

Demam Denggi bukan demam biasa-biasa!

Bahaya nyamuk aedes
Nyamuk Aedes 

Mula rasa tak sedap badan! 


Ni pengalaman Sarah yang pernah terkena demam Denggi. Selepas pengalaman demam denggi inilah, baru Sarah tau kenapa demam Denggi ni tidak sama macam demam biasa.

Pada mulanya, balik dari kerja Sarah dah rasa badan seram sejuk & sakit-sakit sendi. Namun, Sarah cuma fikir disebabkan penat. Selepas rehat sebentar dan mandi, Sarah pun terus tidur tanpa mengambil sebarang ubat. Sebelum tertidur, sempat terdetik di hati Sarah, dia berasa hairan, kerana selalunya sebelum demam, dia akan mengalami beberapa simptom seperti hidung berair atau tekak gatal, namun kali ini tidak.


Cuma demam biasa..

Keesokannya, Sarah tetap pergi kerja. Namun, tepat jam 10 pagi dia minta MC dan pergi ke klinik berhampiran. Setibanya di klinik, doktor bertanya tentang beberapa simptom kepada Sarah antaranya, bintik-bintik merah di badan, cirit-birit & muntah. Semua simptom yang disebut Sarah takda alami. Syukur, alhamdulillah. Jadi, doktor cuma anggap Sarah demam biasa & diberikan ubat demam & antibiotik.

Setibanya di rumah, badan Sarah berasa amat lemah & nak muntah. Namun, dia cuba untuk kuatkan diri dan makan sekeping roti bagi alas perut. Selesai habiskannya, dia   terus ambil ubat yang diberikan doktor, dan seterusnya tidur.

Demam Denggi
Panas badan boleh mencapai suhu 40 – 41°C


Simptom-simptom demam denggi dah keluar..

Selepas beberapa jam tidur, Sarah bangun dan terasa demamnya berkurang namun, sakit-sakit sendinya masih terasa. Sarah cuba makan lagi bagi mengisi perut dan memberinya tenaga. Tapi, tidak lama selepas itu, dia muntah lagi.

Sakit di setiap sendinya semakin terasa. Badan pula dah mula sejuk panas. Lagi teruk sebab, selepas muntah, Sarah terasa badannya semakin lemah & tekaknya juga terasa perit. Semua yang dia makan dah dimuntahkan. Sekarang dia dah mula muntah lendir sahaja. Pengalaman muntah yang dia sendiri tidak dapat gambarkan kesengsaraannya. Terasa azab sangat.

Kali ini selepas muntah, Sarah mula terasa sakit perut. Cirit birit mula menyerang. Tak tunggu lama, Sarah pun minta bantuan kakaknya untuk ke hospital. Setibanya di hospital, Sarah perlu menunggu giliran kerana terlalu ramai orang ketika itu. Sepanjang menunggu giliran, Sarah hanya bersabar dan menahan segala kesakitan yang dirasai.

SAH, Demam Denggi! 

Tiba giliran Sarah masuk ke bilik doktor. Doktor menyarankan Sarah untuk lakukan test demam denggi. Disebabkan masa itu Sarah lemah & pitam, doktor pun tempatkan Sarah di wad kecemasan sementara menunggu keputusan darahnya keluar.

Setelah tunggu hampir 2 jam, akhirnya keputusan test demam denggi pun keluar dah memang SAH Sarah dijangkiti DEMAM DENGGI! 


Demam Denggi
Water drip dimasukkan 


Sarah pun ditempatkan di dalam wad & semasa duduk di dalam wad, water drip dipasangkan. Ini sajalah yang boleh buatkan Sarah rasa sedikit sihat. Dalam sehari, 6 water drip yang dipasangkan untuk Sarah. Untuk pengetahuan semua, demam denggi memang takda ubatnya dan ia mengancam darah kita. Hari pertama di wad, platelet darah semakin jatuh dan Sarah difahamkan, sekiranya platelet darah di bawah 100, ia dianggap bahaya.

Platelet Darah semakin jatuh...

Pada mulanya, platelet darah Sarah 220 dan terus jatuh menjadi, 200..180..165 & paling rendah 85. Ketika, platelet darah jatuh inilah bintik-bintik merah pada badan Sarah  mula muncul.

Tapi alhamdulillah, hasil bantuan & pemerhatian doktor & nurse, dan berbekalkan antibodi yang kuat pada hari ketiga di hospital, bacaan platelet darah semakin meningkat daripada 85 kepada 90..120..& 138. Ketika itu barulah, Sarah dibenarkan untuk discharge. Walaupun dah discharge, demam masih terasa tapi dah kurang. Dan selera makan pun dah datang semula. Alhamdulillah.


Demam Denggi bukan demam biasa-biasa!



Ramai yang mengabaikan simptom denggi dan menganggapnya sebagai demam biasa. Hakikatnya denggi bukanlah demam biasa. Demam ini jika dibiar boleh membawa maut. Demam Denggi disebabkan jangkitan virus yang tersebar melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti dan Aedes Albopictus yang telah dijangkiti.


Jadi, mohon agar anda JANGAN ABAIKAN tanda-tanda ini kerana anda mungkin terkena demam denggi berdarah yang boleh membawa maut. Demam Denggi berdarah inilah yang meragut nyawa pelawak tempatan Din Beramboi pada April 2010 yang lalu. 


Adakah anda mengalami tanda-tanda ini? 



1. Demam berpanjangan yang mencapai suhu 40 – 41°C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun mungkin akan mengalami sawan

Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.

2. Selalunya, demam ini bermula dengan demam kuat yang mengejut dan sakit kepala, sakit pada bahagian mata serta otot dan sendi.

3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai “breakbone fever”.

4. Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.

5. Muntah dan kurang selera makan.


 Sekiranya dijangkiti demam denggi, apa yang perlu anda lakukan? 

1. Segera berjumpa dengan doktor.

2. Anda perlu banyakkan berehat & minum banyak air. 

3. Anda juga boleh mengambil paracetamol untuk membantu menurunkan demam dan mengurangkan rasa sakit.

4. Antibiotik tidak diperlukan.

5. Elakkan pengambilan aspirin bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun.


Langkah Pencegahan 

1. Pakai seluar panjang dan baju berlengan panjang yang berwarna cerah

2. Gunakan repelen

3. Gunakan semburan aerosol

4. Pasang jejaring penghalang serangga (nyamuk) di tingkap dan pintu kediaman.

5. Elakkan berada di luar kediaman pada waktu puncak nyamuk aedes menggigit, iaitu pada awal pagi dan lewat senja.

No comments: