HTML

Thursday, April 12, 2018

Anda Nak Tahu Gejala & Pencegahan TIBI?


Pemeriksaan x ray
Pemeriksaan X-ray untuk melihat keadaan paru-paru pesakit

Beberapa hari ini Afira alami demam teruk, dan pagi ini dia pergi hospital untuk membuat pemeriksaan doktor. Suhu badan Afira diambil dan menunjukkan mencecah 39.7 celcius. Setelah menceritakan beberapa simptom yang dialaminya,  seperti demam & batuk, doktor mencadangkan Afira membuat ujian saringan kerana disuspek TIBI.

Perkara pertama sekali yang perlu dilakukan adalah lakukan ujian darah. Afira pun pergi ke makmal untuk lakukan ujian darah. Seperti biasa, untuk mendapatkan darah, Nurse terpaksa suntik jarum ke lengan untuk mengambil darah. Takda lah sakit sangat pun. 

Selesai ambil ujian darah, satu lagi pemeriksaan yang perlu dilakukan, iaitu pemeriksaan kahak. Nurse pun berikan sebiji bekas yang kecil, untuk tujuan letakkan kahak di dalamnya. Afira mengambil masa yang agak lama untuk mengeluarkan kahak. Setelah selesai, Nurse berikan 2 lagi bekas kecil untuk di bawa balik. Rupanya, Afira perlu menghantar 2 lagi sampel kahak keesokan harinya. 

Selesai bab kahak, Afira perlu lakukan ujian x-ray pada bahagian dada pula. Ini bertujuan untuk check keadaan paru-paru. Setelah selesai semua ujian, barulah doktor benarkan untuk balik dan datang semula keesokan harinya untuk menghantar sampel kahak & mengambil keputusan ujian TIBI. 


*********



bakteria mycobacterium Tuberculosis
Bakteria Mycobacterium Tuberculosis yang berwarna merah & hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop

Apa itu TIBI? 


Tibi atau TB merupakan singkatan kepada Tuberculosis merupakan penyakit berjangkit tertua di dunia yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium Tuberculosis. Ramai yang menggelar tibi sebagai penyakit batuk kering.

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat dan telah diternui oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882 di Jerman, berwama merah, halus dan hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop.

Dianggarkan 90 peratus daripada kuman tibi biasanya menyerang paru-paru atau dikenali sebagai tibi pulmonari. Walau bagaimanapun, melalui peredaran darah, iajuga boleh merosakkan bahagian lain tubuh badan manusia seperti buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang,otak dan lain-lain.

Gejala TIBI


Mengalami batuk yang berkahak

Batuk berpanjangan melebihi 2 minggu

Kerap demam & berpeluh pada sebelah petang &  malam

Selera makan semakin berkurang

Mudah letih

Susut berat badan kerana kerap hilang selera makan


Golongan Yang Berisiko Tinggi Dijangkiti Tibi:


  • Bayi, kanak-kanak, dan golongan tua;
  • Pesakit yang menghidap penyakit yang boleh mengurangkan daya ketahanan badan seperti penghidap penyakit HIV, pesakit kencing manis, pesakit buah pinggang tahap akhir (end stage renal failure) atau pesakit penyakit kanser;
  • Pesakit yang mengambil rawatan steroid atau rawatan yang menrendahkan tahap daya ketahan badan seperti pesakit yang telah menjalankan pemindahan organ, pesakit Systematic Lupus Erythemotosus SLE/rheumatoid, Crohn’s, Ulcerative Colitis, psoriasis dan sebagainya;
  • Pesakit yang sedang mengambil rawatan kemoterapi.


Langkah-Langkah Kawalan Dan Pencegahan:

  • Bayi yang baru lahir perlu mendapatkan pelalian BCG untuk mencegah daripada jangkitan TB. Suntikan imunisasi BCG diberikan di kemudahan kesihatan kerajaan dan swasta. Dan untuk pengetahuan, Suntikan BCG yang diberikan adalah percuma di kesihatan klinik dan hospital kerajaan di Malaysia untuk semua bayi yang baru lahir.
  • Sesiapa yang batuk selama dua minggu atau lebih, perlu SEGERA berjumpa doktor untuk pemeriksaan sapuan kahak untuk mengesan jangkitan kuman TB.
  • Jika disahkan sebagai pesakit TB, dapatkan RAWATAN dengan segera untuk mengubati penyakit TB dan mencegah penyakit TB daripada menjangkiti ahli keluarga atau mereka yang rapat dengan pesakit.
  • Ahli-ahli keluarga atau mereka yang rapat, atau tinggal serumah dengan pesakit TB juga perlu menjalani pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan atau hospital berdekatan.

Rawatan TIBI
Hentikan TB


ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN ARTIKEL INI:-





No comments: