HTML

Saturday, March 24, 2018

5 PENGGUMPALAN DARAH YANG BAHAYA DALAM TUBUH KITA.



simptom darah beku
Hati-hati darah beku


Penggumpalan Darah di Paru-Paru

Penggumpalan darah di paru-paru biasanya bermula di pembuluh bahagian dalam pada tangan atau kaki. Gumpalan tersebut kemudian pecah dan mengalir ke paru-paru. Jika itu terjadi, anda boleh mengalami masalah yang dikenali sebagai  Embolisme Pulmonari.

Saiz gumpalan darah yang tersumbat, kebanyakkannya cukup kecil sehingga dianggap tidak dapat menyebabkan bahaya. Namun, sekecil manapun saiznya, gumpalan tersebut akan tetap dapat merosak paru-paru.



Simptom darah beku
Darah beku di paru-paru



Antara gejala untuk Embolisme Pulmonari adalah seperti berikut:
  • Sesak nafas / sukar bernafas
  • Sakit dada
  • Batuk (batuk kering/berkahak/ berdarah)
  • Berpeluh
  • Pening
  • Jantung berdegup laju
  • Hujung jari & bibir membiru


Penggumpalan Darah di Jantung

Penggumpalan darah yang terbentuk di sekitar jantung dapat menyebabkan terjadinya serangan jantung. Ini kerana, penggumpalan tersebut akan mempengaruhi pergerakan oksigen ke otot-otot jantung, sehingga mengakibatkan serangan jantung. 

Penggumpalan darah ini juga akan mengakibatkan tekanan darah rendah dan anda  akan mengalami pening atau pengsan. Jadi, anda perlu ambil tindakan segera jika mengalami gejala-gejala seperti berikut:

  • Rasa sakit di dada dan lengan
  • Berpeluh
  • Sukar bernafas


Penggumpalan Darah di Perut


Simptom darah beku
Darah beku di Perut


Gumpalan darah boleh terbentuk dalam urat yang mengalirkan darah dari usus. Gumpalan ini boleh disebabkan oleh masalah seperti diverticulitis atau penyakit hati.

Bagaimana kita boleh tahu terjadinya penggumpalan darah di perut?
Perhatikan gejala-gejala berikut dan dapatkan pemeriksaan doktor :

  • Mual atau muntah
  • Rasa sakit parah di perut setelah makan
  • Cirit-birit
  • Najis berdarah
  • Perut terasa kembung


Penggumpalan Darah di Otak
bahaya darah beku
Darah beku di Otak

Gumpulan darah di otak mungkin disebabkan oleh  lemak di dinding saluran darah yang mengalirkan darah ke otak. Atau kadang-kadang, mereka dibentuk oleh perlanggaran kepada kepala yang mencetuskan gegar otak.

Atau ada kemungkinan, penggumpalan darah terbentuk di bahagian lain badan-contohnya dada atau leher-kemudian memasuki aliran darah dan mengalir ke otak. Jika ini berlaku, ia boleh menyebabkan strok! Oleh itu, jika anda alami gejala di bawah, segera dapatkan pemeriksaan doktor.


  • Sakit kepala
  • Gangguan pada penglihatan
  • Gangguan pada kemampuan berbicara
  • Kejang pada sebelah badan
  • Tubuh terasa lemah

Penggumpalan Darah di Ginjal



Darah beku di ginjal
Darah beku di Ginjal


Penggumpalan darah  di ginjal boleh menghalang proses pembuangan limbah dari dalam tubuh. Hal ini dapat menyebabkan tekanan darah tinggi atau bahkan gagal ginjal! Oleh itu, anda perlu berhati-hati dan jika anda mengalami gejala-gejala berikut sila lakukan pemeriksaan doktor.
  • Rasa sakit di samping perut, di kaki, atau di paha
  • Ada darah di urin
  • Demam
  • Mual atau muntah
  • Tekanan darah tinggi
  • Kaki tiba-tiba bengkak parah
  • Kesukaran bernafas



Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-




Post a Comment