KOLESTROL
Kolestrol adalah sejenis lemak yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan anda boleh menghasilkan kolestrol dan juga mendapatkannya dari sumber makanan seperti daging, produk tenusu dan telur.
Tahukah anda kolestrol terbahagi kepada dua iaitu :-
i) High Density Lipoprotein (HDL) ==> Kolestrol Baik
ii) Low Density Lipoprotein (LDL) ==> Kolestrol Buruk
Kadar Kolestrol
Kadar kolestrol boleh berubah-ubah mengikut gaya hidup dan pemakanan. Bagi memastikan kadar kolestrol berada di tahap normal lakukan pemeriksaan secara rutin.
CARA-CARA MENURUNKAN TAHAP KOLESTROL :-
1. Perbanyakkan Makan Sayur dan Buah
Kandungan serat dalam sayur dan buah mampu membantu menurunkan kadar "kolestrol jahat (LowDensityLipoprotien/LDL). Anda disarankan mengambil 500gram buah dan sayur setiap hari.
2. Pilih Makanan Rendah Lemak
Pilihlah makanan dengan kadar lemak yang rendah seperti ikan, ayam, daging, susu rendah lemak, putih telur, kekacang dan tauhu. Hindari mengambil makanan berlemak, seperti goreng-gorengan (berminyak).
3. Mengawal Berat Badan
Berat badan berlebih (obesiti) akan meningkatkan kadar kolesterol dalam tubuh. Oleh itu, anda disarankan menjalani diet sihat untuk menurunkan berat badan, demi menurunkan kolestrol.
4. Bersenam/Bersukan Secara Teratur
Selain menjaga pola makan, Anda juga disarankan untuk bersukan/bersenam. Tidak hanya membuat tubuh menjadi cergas, ia juga dapat menurunkan kadar kolesterol jahat dan meningkatkan kadar kolesterol baik.
5. Berhenti Merokok
Rokok juga dapat mengganggu keseimbangan kadar kolesterol dalam tubuh, maka dari itu, berhentilah merokok. Merokok dapat menurunkan kadar kolesterol baik (high density lipoprotein/HDL) dalam tubuh, selain itu, pembuluh darah juga menjadi lebih kaku. Jika ini terjadi, risiko untuk terkena penyakit jantung dan stroke akan meningkat.
6. Mengurangkan Pengambilan Lemak Tepu
7. Meningkatkan Pengambilan Makanan yang Mengandungi Serat Larut
Gambar di atas adalah contoh makanan serat larut. Akan lebih baik lagi jika makanan mengandungi vitamin B1 dan B2, yang membantu pembakaran kolesterol dalam tubuh untuk menjadi tenaga.
Berikut ialah cara-cara untuk menurunkan kadar kolestrol dengan selamat. Selain menjaga rutin harian dan pola makan, anda ingin mencuba herba alternatif yang lulus KKM dan Halal.
1. Cara membezakan Sakit Kepala Biasa dan Migrain
2. Apa itu Serangan Jantung ?
Berikut ialah cara-cara untuk menurunkan kadar kolestrol dengan selamat. Selain menjaga rutin harian dan pola makan, anda ingin mencuba herba alternatif yang lulus KKM dan Halal.
Anda mungkin berminat dengan artikel dibawah, baca untuk dapatkan info :
1. Cara membezakan Sakit Kepala Biasa dan Migrain
2. Apa itu Serangan Jantung ?
No comments:
Post a Comment