SISTEM PEREDARAN DARAH
Sistem Peredaran Darah dalam tubuh diatur oleh sebuah sistem iaitu "kardiovaskular"
Komponen Utama dalam Sistem Peredaran Darah
Sistem peredaran darah memiliki 3 komponen penting yang masing-masing saling berkaitan. 3 Komponen tersebut berfungsi mengatur pengangkutan dan penerimaan kembali darah ke seluruh tubuh badan.
Tiga Komponen tersebut ialah :-
1) Jantung
2) Pembuluh Darah
Terdapat tiga pembuluh darah utama dijantung iaitu :-
i. Arteri - membawa darah yang kaya oksigen dari jantung ke bahagian tubuh lain.
ii. Vena - membawa darah yang kurang oksigen dari seluruh untuk tubuh kembali ke jantung.
iii. Kapiler - menghubungkan arteri terkecil dengan vena terkecil
3) Darah
Kesan Gangguan Pada Sistem Peredaran Darah :-
1) Hipertensi
Hipertensi atau dikenali sebagai darah tinggi menyebabkan jantug bekerja lebih keras untuk memompa darah. Jika dibiarkan tanpa rawatan, hipertensi dapat menyebabkan komplikasi seperti serangan jantung, stroke bahkan kegagalan fungsi buah pinggang.
2) Serangan Jantung
Serangan jantung boleh terjadi ketika aliran darah terhenti atau terputus dari jantung, biasanya ini disebabkan oleh gumpalan yang mengganggu aliran darah.
3) Stroke
Stroke adalah gangguan fungsi sistem saraf yang terjadi mendadak dan disebabkan oleh gangguan peredaran darah otak iaitu tersumbatnya pembuluh darah atau pecahnya pembuluh darah. Hal ini menyebabkan kekurangan oksigen ke otak.
4) Varises
Varises ialah pembuluh darah vena yang membengkak dan tampak menonjol di permukaan kulit. Keadaan ini disebabkan oleh darah yang seharusnya dialirkan ke jantung tetapi kembali ke kaki. Hal ini kerana katup vena yang berfungsi memgangkut darah ke jantung tidak menutup dengan benar akibatnya tekanan tinggi menjadikan pembuluh darah vena membesar.
5) Aterosklerosis
Aterosklerosis ialah penyempitan atau pengerasan pembuluh darah kerana terdapat penumpukan lemak, kolestrol dan zat sisa lain di dinding pembuluh darah arteri. Jika keadaan ini dibiarkan dalam tempoh masa yang panjang, ia akan meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.
Berikut ialah kesan-kesan yang berisiko tinggi untuk dihadapi sekiranya mengalami gangguan sistem peredaran darah. Jom mencuba herba alternatif yang lulus KKM dan Halal.
"Merawat Lebih Baik Daripada Menderita"
Anda mungkin berminat dengan artikel dibawah, baca untuk dapatkan info :
Berikut ialah kesan-kesan yang berisiko tinggi untuk dihadapi sekiranya mengalami gangguan sistem peredaran darah. Jom mencuba herba alternatif yang lulus KKM dan Halal.
No comments:
Post a Comment