Suhu sekeliling yang mencecah 40 darjah celcius boleh menyebabkan strok haba. |
Apa itu STROK HABA?
Strok haba atau heat stroke adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan haba. Ia adalah kategori yang paling serius. Penyakit ini dianggap satu kecemasan kerana boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation).
Tanda-tanda Strok Haba
- Kerap sakit kepala
- Mudah hilang fokus
- Lidah menjadi bengkak
- Suhu badan melebihi 39 darjah celcius
- Kulit kering & kemerah-merahan
- Badan lesu & kerap pengsan
- Tekanan darah rendah
- Nadi berdenyut laju
- Badan tidak berpeluh
Cara rawat mangsa strok haba
- Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba.
- Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa.
- Bawa mangsa ke tempat teduh, atau.
- Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
- Mangsa ditempatkan di bawah kipas.
- Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
- Rendam mangsa di dalam kolam air.
- Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
- Bawa ke klinik atau hospital berdekatan.
Cara pencegahan strok haba.
- Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas.
- Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari.
- Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum.
- Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala.
- Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen.
Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-
No comments:
Post a Comment