HTML

Friday, December 28, 2018

INILAH TUJUAN UJIAN STRES DIJALANKAN

Stress test
Ujian Stres dijalankan dengan pemerhatian doktor.

Sering Sakit Dada 


Semuanya bermula apabila aku sering sakit dada sebulan lalu. Apabila sakit dada, aku akan sukar bernafas. Jadi, untuk mengenalpasti punca sakit dada tu, aku pun buat temu janji dengan cardiologist. Setelah diberi penerangan & jalani beberapa pemeriksaan, aku disarankan untuk jalani ujian stres. 

Pada mulanya, aku berasa hairan, kenapa perlu lakukan ujian stres? Doktor nak mengukur tahap stres aku ker? Namun, setelah doktor memberi sedikit penerangan tentang ujian stres, barulah aku faham tujuan ujian stres dijalankan. Aku pun bersetuju & doktor menentukan tarikh untuk ujian tersebut dijalankan. 

Ujian Stres

Hari ini merupakan hari untuk aku jalani ujian stres. Aku perlu memakai kasut sukan untuk lakukan ujian stres ini. Sebab, aku difahamkan yang aku perlu berlari di atas threadmill. Sebelum perlu berlari, nurse memasangkan beberapa wayar dibadan bertujuan untuk monitor jantung aku. Syukur, sebab tak sakit pun. 

Setelah selesai ujian stres tu, doktor pun terangkan tentang keputusannya. Alhamdulillah, jantung aku tak ada apa-apa. Cuma aku kurang stamina & doktor nasihatkan aku untuk rajin bersenam supaya dapat tingkatkan stamina diri. 

Apa itu Ujian Stres? 



Ujian Stres digunakan untuk membantu doktor mengetahui sejauh mana jantung anda boleh mengendalikan  beban kerja. Ini kerana, senaman akan membuatkan jantung anda mengepam lebih keras dan lebih cepat, dan mendedahkan masalah dengan aliran darah di dalam jantung anda.

Ujian ini juga boleh menunjukkan jika ada kekurangan bekalan darah melalui arteri yang pergi ke jantung. Mengambil ujian stres juga membantu doktor anda mengetahui jenis dan tahap aktiviti fizikal yang sesuai untuk anda.

Kenapa seseorang itu memerlukan ujian Stres?


Stress test
Aktiviti jantung diperhatikan semasa ujian dijalankan


Ujian stres akan membantu doktor :

  • Mendiagnosis penyakit arteri koronari. 
Arteri koronari adalah saluran darah utama yang membekalkan jantung dengan darah, oksigen dan nutrien. Penyakit arteri koronari akan terjadi apabila arteri ini menjadi rosak. Ia biasanya disebabkan oleh penumpukan deposit yang mengandungi kolesterol dan bahan lain (plak).

  • Mengesan masalah irama jantung (aritmia). 
Aritmia jantung berlaku apabila impuls elektrik yang menyelaraskan irama jantung anda tidak berfungsi dengan baik, menyebabkan jantung anda kadang-kadang terlalu cepat memukul, terlalu perlahan atau tidak teratur.

  • Panduan rawatan gangguan jantung.
Sekiranya anda telah didiagnosis dengan masalah jantung, ujian stres ini boleh membantu doktor mengetahui bagaimana rawatan berfungsi. Ia juga boleh digunakan untuk membantu menubuhkan pelan rawatan untuk anda dengan menunjukkan berapa banyak senaman yang dapat dikendalikan oleh jantung anda.


  • Menentukan masa/jenis pembedahan.

Doktor anda boleh menggunakan ujian stres untuk membantu menentukan masa pembedahan jantung, seperti penggantian injap. Dalam sesetengah orang yang mengalami kegagalan jantung, keputusan ujian ini boleh membantu doktor menentukan sama ada anda memerlukan pemindahan jantung atau terapi lanjutan yang lain.


Apa yang berlaku semasa ujian? 


• Anda akan dipasangkan beberapa wayar untuk memantau keadaan jantung anda.

• Anda akan mula berjalan perlahan di tempat di atas threadmill.

• Kelajuan akan berubah untuk membuatkan anda berjalan lebih cepat.

• Anda mungkin diminta untuk bernafas ke dalam tiub selama beberapa minit.

• Anda juga boleh menghentikan ujian pada bila-bila masa jika perlu.

• Selepas beberapa minit, anda akan duduk atau berbaring. Seterusnya tekanan darah anda akan diperiksa.


Apa yang dipantau semasa ujian?

• Kadar denyutan jantung 

• Pernafasan

• Tekanan darah

• Elektrokardiogram (ECG atau EKG)

• Kepenatan  yang anda rasai


Persediaan Sebelum Ujian 

1. Sebaiknya jangan makan 2 jam sebelum ujian bermula

2. Anda boleh gunakan kasut sukan & pakaian sukan yang selesa/bersesuaian

3. Tidak dibenarkan mengambil sebarang kafein yang boleh tingkatkan kadar degupan jantung & tekanan darah

4. Anda juga boleh bawa persalinan.


Serangan jantung
Jagalah kesihatan jantung anda 


Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-




Wednesday, December 19, 2018

13 SIMPTOM SERANGAN JANTUNG UNTUK WANITA

Serangan jantung
Segera lakukan pemeriksaan segera & jangan bertangguh. 

Pengalaman Elamantha. 


Saya Elamantha, umur 61 dari Teluk Intan, Perak, saya mengalami masalah tekanan darah tinggi sejak 1998 lagi. Suatu hari, saya telah pergi ke rumah sakit umum Teluk Intan (GHTI) untuk rawatan dan doktor berikan saya tablet-tablet yang perlu dimakan setiap hari secara teratur.

Pada bulan Julai 2006, dada saya sakit dan saya pergi lagi ke GHTI untuk dapatkan pemeriksaan lalu saya diberi ubat bagi melegakan sakit untuk sementara. Seterusnya,  pada Disember 2006 saya mengalami serangan jantung yang sangat menyakitkan.

Ketika itu, ia bermula dengan perasan tidak sedap hati, berdebar-debar, & seterusnya rasa sakit dada yang tidak dapat digambarkan sakitnya. Saya pergi semula ke GHTI lagi dimana saya amat terkejut apabila doktor memberitahu salur darah ke jantung saya mengalami sumbatan.

Bagi meyakinkan diri, saya pergi membuat pemeriksaan selama 3 hari untuk memastikan samada jantung saya tersumbat dan ia ternyata benar. Seterusnya, pada hari ke 4 saya mula mengambil beberapa ubat yang dibekalkan kepada saya & mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang sesuai bagi penyakit saya.


KENALI SIMPTOM-SIMPTOM SAKIT JANTUNG WANITA


Tahukah anda bahawa simptom serangan jantung untuk wanita & lelaki adalah berbeza?
Oleh itu, wanita perlu menyedari penyakit itu kerana gejala-gejala penyakit jantung sukar dikesan. Gejala penyakit jantung pada wanita dan lelaki adalah berbeza kerana gejala penyakit jantung pada wanita adalah lebih kurang sama dengan penyakit lain.

Nak Tahu Lebih Lanjut? Teruskan Membaca.


1. Sakit Dada

Simptom serangan jantung
Wanita akan alami rasa sakit pada bahagian dada kanan.


Sakit dada merupakan salah satu simptom serangan jantung yang anda biasa dengar.
Biasanya, lelaki akan mengalami sakit dada dibahagian kiri. Manakala, bagi wanita pula akan merasa sakit dada di bahagian kanan. Oleh itu, wanita sering tidak menyedari bahawa ia adalah gejala serangan jantung kerana mereka berfikir bahawa mereka mengalami rasa sakit kerana keletihan semata-mata.

2. Sakit Kepala

Berdasarkan kajian di American Academy of Neurology, sakit kepala pada pesakit penyakit jantung adalah karena ada penyimpangan dalam peredaran darah.

3. Sakit di Lengan, Leher, Rahang, dan Belakang.

Gejala kesakitan yang biasa untuk penyakit jantung adalah di dada. Bagaimanapun, wanita merasakan kesakitan di kawasan yang berbeza, seperti lengan, leher, rahang, dan belakang. Lelaki tidak merasakan kesakitan di kawasan tersebut. Oleh itu, wanita tidak menyedari bahawa kesakitan di kawasan tersebut adalah gejala penyakit jantung.

4. Sakit perut 

Sebenarnya, ramai yang tidak menyedari bahawa sakit perut juga boleh menjadi satu penyebab penyakit jantung. Jadi, selalunya orang akan berfikir bahawa sakit perut adalah sakit perut & bukannya simptom sakit jantung.

5. Sukar Bernafas

Ini disebabkan oksigen tidak dapat mengalir ke paru-paru kita kerana terdapat penyumbatan pada saluran darah kita sehingga menjadikan kita sukar untuk bernafas.

6. Peluh Dingin

Peluh sejuk berbeza daripada peluh biasa yang dihasilkan selepas kita melakukan sukan. Biasanya kita akan menghasilkan peluh sejuk apabila kita mengalami tekanan atau gelisah. Oleh itu, jika tangan kita menghasilkan peluh sejuk apabila kita tidak melakukan sukan atau ketika kita berada di bawah panas, kita  harus lebih waspada tentang keadaan ini.

7. Keletihan yang melampau

Serangan Jantung bagi wanita
Merasa keletihan yang berlebihan. 


Gejala serangan jantung wanita yang paling kerap adalah keletihan yang berlebihan. Tanpa alasan tertentu, kita sering merasa keletihan yang berlebihan sehingga kita tidak dapat melakukan aktiviti ringan. Ini kebanyakannya berlaku kepada hampir 70% wanita yang menderita penyakit jantung.

8. Batuk teruk 

Salah satu gejala penyakit jantung adalah batuk kronik. Pengumpulan cecair di dalam paru-paru kita menyebabkan batuk kronik yang tidak dapat disembuhkan dengan mudah. Untuk keadaan yang lebih teruk ia akan disertai dengan kahak dan darah.

9. Degupan jantung yang tak terkawal


Pada dasarnya, jantung  kita dapat mempercepatkan denyutannya bagi mengimbangi keupayaannya untuk mengepam darah ke setiap bahagian tubuh kita. Namun, bagi mereka yang mempunyai penyakit jantung akan merasakan bahawa denyutan jantung mereka lebih pantas dan kadang-kadang tidak terkawal.


10. Hilang selera makan

Apabila jantung dan sistem pencernaan kita bekerja keras tetapi tidak menerima bekalan darah yang sihat, kita akan berasa kenyang atau mual walaupun kita tidak makan. Jika gangguan ini berterusan, ia akan menjadikan kita kehilangan berat badan.

11. Keradangan.

Keradangan di pergelangan kaki dan perut kita adalah gejala penyakit jantung. Ini adalah tanda bahawa terdapat sesuatu yang salah dengan hati atau injap jantung kita.

12. Berpeluh

Berpeluh adalah baik untuk kesihatan badan kerana ia membantu menyingkirkan toksik dalam badan. Walau bagaimanapun, apabila berpeluh tanpa melakukan sebarang aktiviti, itu adalah sesuatu yang  tidak sihat. Kita harus berjaga-jaga dengan tanda-tanda ini kerana ia merupakan cara paling mudah untuk mengetahui bahawa kita mengalami penyakit jantung.

13. Loya

Tanda-tanda serangan jantung
Hilang selera makan & seterusnya merasa loya 

Gejala awal penyakit jantung adalah mual. Ini kerana terdapat komplikasi dan keradangan dalam perut kita sehingga ia akan mengurangkan selera kita. Akibatnya, kita akan berasa mual apabila kita makan.


Serangan Jantung
Sudahkah anda amalkan gaya hidup sihat? 

Jika anda tidak pasti, segeralah ke hospital atau klinik berhampiran untuk dapatkan nasihat & pandangan doktor. Ingat, setiap masa adalah berharga dan jangan sesekali anda biarkan sahaja. 


Anda mungkin berminat dengan artikel ini: 




Friday, December 7, 2018

BAHAN KIMIA BERBAHAYA DALAM ROKOK


Anda seorang perokok tegar? 
Anda tahukah apa yang terkandung dalam sebatang rokok? 


bahaya rokok
Ammonia merupakan bahan dalam pencuci lantai

Pendedahan kepada kepekatan ammonia yang tinggi di udara menyebabkan pembakaran mata, hidung, tekak dan saluran pernafasan serta-merta dan boleh menyebabkan buta, kerosakan paru-paru atau kematian. Penyedutan kepekatan yang lebih rendah boleh menyebabkan batuk, dan kerengsaan hidung dan kerongkong.

Bahaya rokok
Arsenik : Racun Anai-anai


Pendedahan jangka panjang kepada Arsenik dalam air minuman boleh menyebabkan kanser pada kulit, paru-paru, pundi kencing dan buah pinggang. Ia juga boleh menyebabkan perubahan kulit seperti penebalan dan pigmentasi.


Bahaya rokok
Butene: Gas yang boleh membunuh


Butane adalah depresan sistem saraf pusat yang memperlahankan aktiviti otak dan menjejaskan fizikal dan tindak balas mental. Apabila Butane disedut, asap akan diserap dengan cepat melalui paru-paru & masuk ke dalam aliran darah. 


Bahan kimia ini larut dalam lemak badan dan diserap cepat ke otak dan organ, jadi mereka mengambil kesan cepat. Walaupun bertahan hanya beberapa minit, namun kesannya dapat bertahan selama 40 minit. 



Bahaya merokok
DDT: Bahan yang digunakan untuk membuat jalan raya

Pendedahan kepada dos DDT yang tinggi, boleh menyebabkan seseorang muntah, gegaran atau kegelisahan, dan kejang. Kajian makmal terhadap haiwan menunjukkan bahawa DDT boleh membawa kesan kepada hati dan sistem pembiakan dan DDT juga dianggap sebagai karsinogen (penyebab kanser)  kepada  manusia.


bahaya rokok
Formaldehyde merupakan bahan pengawet mayat

Formaldehyde adalah perengsa pernafasan yang menyebabkan sakit dada, sesak nafas, batuk, dan kerengsaan hidung dan kerongkong, menurut ATSDR. Ia juga boleh menyebabkan kanser, dan dikaitkan dengan peningkatan risiko asma dan alahan pada kanak-kanak


bahaya rokok
Hidrogen Sianida merupakan sejenis racun 

KESAN PENDEDAHAN: Gejala awal keracunan sianida termasuk keterlaluan, kegelisahan, pernafasan pesat, mual, muntah (emesis), perasaan penyempitan leher dan sesak nafas, kekeliruan, kegelisahan, dan kecemasan.


Bahaya merokok
Kadmium terdapat dalam bateri 

Kesan Pendedahan Kadmium. Kadmium tidak berguna kepada tubuh manusia dan beracun walaupun pada tahap yang rendah. Kesan negatif kadmium pada badan adalah banyak dan boleh memberi kesan kepada hampir semua sistem dalam badan, termasuk kardiovaskular, pembiakan, buah pinggang, mata, dan juga otak.

Bahaya merokok
Karbon Monoksida juga merupakan gas beracun 

CO pernafasan boleh menyebabkan sakit kepala, pening, muntah, dan loya. Sekiranya tahap CO cukup tinggi, anda mungkin tidak sedarkan diri atau mati. Pendedahan kepada tahap CO yang sederhana dan tinggi dalam tempoh masa yang lama juga dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Orang yang hidup dalam keracunan CO teruk boleh mengalami masalah kesihatan jangka panjang.

bahaya merokok
Methanol digunakan sebagai bahan bakar roket 

Methanol mempunyai kesan yang cepat dan mendalam pada tubuh. Setelah ditelan, tubuh mengubah metanol menjadi asid formaldehid dan asid. Asid bentuk mula membina dalam badan anda, dan apabila ia berlaku, ia rosak serius kepada sistem saraf pusat anda.

Bahan kimia menyekat saraf pusat, menyebabkan simptom yang mungkin termasuk rasa mengantuk, kekeliruan, kesukaran bernafas, sawan, atau koma. Mereka juga mempunyai kesan akut pada mata anda; tidak lama selepas pendedahan, anda mungkin mengalami kesukaran melihat dan keadaan mungkin kelihatan redup. Jika kes itu cukup teruk, anda mungkin akan menjadi buta sepenuhnya.


bahaya rokok
Nappthylamine merupakan ubat gegat

Naphthylamine terdapat dalam asap rokok dan disyaki menyumbang kepada perkembangan kanser pundi kencing.

Ia diaktifkan di hati tetapi cepat dinyahaktifkan oleh asid glukuronik. Dalam pundi kencing, glucuronidase mengaktifkannya semula dengan penurunan, yang membawa kepada perkembangan kanser pundi kencing.

Bahaya rokok
Nikotin merupakan penyebab utama orang ramai ketagih untuk merokok

Nikotin mampu memberikan kesan rileks dan membuat penggunanya menjadi lebih bersemangat dan bertenaga. Namun, penggunaan nikotin yang berlebihan dapat menyebabkan ketagihan. Dalam jangka masa panjang pula, nikotin dapat menyebabkan peningkatan kolesterol yang akan menyebabkan faktor risiko terjadinya sakit jantung atau strok.

Bahaya rokok
Tar merupakan bahan untuk membuat jalan raya 

Tar yang dihasilkan dari proses pembakaran adalah jauh lebih berbahaya, termasuk yang dihasilkan dari pembakaran produk tembakau. Selain menjadi penyebab penyakit kanser, penyakit jantung, & penyakit paru-paru, Tar juga mampu meningkatkan stres, membuat tubuh mudah penat, dehidrasi, serta mengganggu kesuburan.


Bahaya merokok
Toluene merupakan bahan pelarut

Toluene mempunyai sifat yang memabukkan & apabila di hirup boleh menyebabkan kerosakan terutamanya pada otak & sistem saraf. Manakala, haiwan yang terdedah kepada Toluene tahap sederhana atau tinggi juga menunjukkan kesan berbahaya pada hati, buah pinggang, dan paru-paru dan fungsi imun yang merosakkan.



Anda sudah tahu bahan-bahan terkandung dalam sebatang rokok? 

Thursday, November 29, 2018

TAK SANGKA, 4 AMARAN INI ADALAH PETANDA SERANGAN JANTUNG!

tanda-tanda sakit jantung
Dapatkan nasihat doktor sekiranya terdapat sebarang simptom sakit jantung. 


Simptom Sakit Jantung 


"Eh Rizal, buat apa kat hospital ni? "

"Mizan, aku tengah tunggu bapa aku buat check-up kat dalam bilik ni."

"Bapa kamu sakit apa Zal?"

"Tak tahu lagi Zal. Cuma beberapa hari ni, bapa aku selalu sakit-sakit dada, malam pula selalu batuk"

"Oh ya ka Zal? Nasib baik juga la kau bawa bapa kau pergi buat check-up cepat" 

"Tu la pasal Zan, aku harap benda yang tak baik ni dijauhkan lah. Aku risau, sebab adik aku cakap, takut tanda-tanda sakit jantung. Kau tahu je la, orang tua ni, merokok lagi." 

"Takper la Zal, kita doakan yang baik-baik untuk bapa kamu. Semoga takda apa-apa yang jadi." 
.
.
.

sakit jantung
Pembedahan Jantung. 


4 AMARAN SERANGAN JANTUNG! 


Penyakit jantung koronari, atau turut dikenali dengan singkatan CHD, dianggap sebagai penyebab utama berlakunya serangan jantung. Keadaan ini disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat, yang berfungsi membekalkan darah ke jantung. Saluran darah tersumbat  disebabkan oleh plak.


Sebelum serangan jantung terjadi, salah satu plak akan pecah dan  membentuk darah beku.  Gumpalan tersebut boleh menyekat atau menghalang pembekalan darah ke jantung, yang akhirnya menyebabkan serangan jantung.


Salah satu gejala utama serangan jantung adalah kesakitan dada. Apabila dada sakit, ia sering digambarkan seolah-olah mereka dapat merasa seperti dada  ditekan oleh objek yang berat. Rasa sakit ini juga boleh dirasai sepanjang dada ke rahang, leher, belakang, dan lengan . Tanda-tanda umum serangan jantung termasuk sesak nafas, ringan, mual, dan peluh sejuk.
sakit jantung
Warna Ungu: Rasa sakit yang sering dialami sakit jantung

Tambahan lagi, Dr Chauncey Crandall, ahli kardiologi Amerika terkemuka, telah menghabiskan masa bertahun-tahun bekerja untuk mengkaji langkah pencegahan dan pembalikan penyakit jantung. Akhirnya, beliau membuat kesimpulan bahawa jantung seseorang akan menghantar tanda-tanda amaran potensi serangan jantung sebelum serangan jantung sebenar berlaku.



4 TANDA UTAMA SERANGAN JANTUNG!

4 tanda ini kadang dianggap remeh namun, siapa sangka ia boleh menjadi tanda/ amaran kepada serangan jantung. 


1. Anggota badan membengkak


Seringkali dikaitkan bahawa bahagian kaki yang bengkak adalah disebabkan oleh berdiri atau duduk yang terlalu lama. Namun, sebenarnya keadaan ini juga boleh berlaku sebagai petanda yang jantung kita menghadapi masalah. 


Ini kerana, cecair yang terdapat pada badan, telah berkumpul di bahagian kaki dan bengkak. Akibat daripada cecair tersebut, ada sesetengah individu akan kehilangan selera makan namun, berat badan semakin bertambah. 



2. Runsing/ kebimbangan 


Kebanyakkan pesakit yang mendapat serangan jantung melaporkan bahawa mereka menghadapi kebimbangan atau perasaan risau yang tidak menentu sebelum serangan terjadi. Oleh itu, individu yang merasa bimbang sering berfikir bahawa mereka akan mendapat serangan jantung. 


Sebenarnya tidak semua akan mendapat serangan jantung. Namun, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Sebaiknya anda mendapatkan nasihat doktor dan dapatkan pemeriksaan lanjut. 


3. Sakit pada bahagian anggota badan


Sakit selalunya akan bermula pada dada dan merebak ke bahagian leher, bahu,siku, lengan dan abdomen. Rasa sakit yang dirasai pada ulu hati atau pada lengan adalah petanda umum serangan jantung. 


4. Batuk 


Terdapat juga individu yang mempunyai masalah sakit jantung kerap batuk dan berkahak yang bercampur dengan darah. Ini menunjukkan paru-paru telah mengalami jangkitan & menyebabkan individu semakin sukar untuk bernafas. 

 

Nota: Jangan sesekali mengendahkan tanda-tanda ini & berharap ia akan hilang dengan sendirinya. Anda dinasihati untuk dapatkan pandangan dan nasihat daripada doktor. 




Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini: 





Thursday, November 15, 2018

6 Sebab Kenapa Air Kencing Berbau Hancing.

Kencing
Air kencing berbuih & berwarna kuning terang 

Air Kencing? 


Air kencing adalah sisa-sisa cecair badan yang disingkir oleh buah pinggang melalui proses penapisan dari darah yang dikenali sebagai kencing dan dikeluarkan melalui urethra.

Perasan tak kadang kencing kita akan berbau kuat dan kadang tak?


Ini selalunya dipengaruhi dengan pemakanan & komposisi air yang anda ambil. Bila anda minum banyak air putih, kencing anda kelihatan lebih jernih & kurang berbau. Manakala, bila anda kurang minum air, kencing akan berbau & berwarna kuning pekat.

Faktor Kencing Berbau? 


Sekiranya, kencing anda berbau hancing, ada beberapa faktor penyebab yang anda perlu ambil perhatian. Antaranya:-


1. Pemakanan

Sekiranya kencing anda berbau dengan kuat, cuba ingat semula apa yang telah anda makan. Selalunya ia terjadi jika anda telah makan petai, bawang putih, jering, asparagus atau minum nescafe/ kopi.

2. Ubat-ubatan

Selain itu, sesetengah pengambilan ubat seperti antibiotik juga boleh menyebabkan kencing anda berbau.

3. Kurang Air

Kencing kelihatan pekat dan sedikit menandakan air dalam badan kurang. Kencing biasanya lebih pekat pada waktu pagi kerana tidur sepanjang malam.

3 sebab di atas mungkin tidak begitu merisaukan anda. 
Namun, 3 penyebab seterusnya kenapa kencing berbau hancing ini, anda perlu berhati-hati & berikan perhatian. 

4. Jangkitan

Masalah jangkitan kencing merupakan salah satu masalah kesihatan yang menyebabkan kencing anda berbau kuat. Biasanya, kencing akan kelihatan lebih keruh dan anda mungkin merasa sakit ketika kencing.

5. Diabetes

Pesakit kencing manis juga akan berhadapan dengan situasi kencing berbau di samping itu, mereka turut alami rasa kerap dahaga & kerap kencing.

6. Kebocoran pundi kencing

Kencing juga akan berbau hancing sekiranya terdapat  kebocoran pada pundi kencing yang mengakibatkan pundi kencing bersambung dengan usus membentuk “fistula”.


Nota : 

Sekiranya kencing anda berbau hancing & diikuti dengan beberapa simptom di bawah, sila dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. 

  • Kencing lebih kerap
  • Rasa sakit ketika kencing
  • Darah dalam kencing
  • Rasa sakit di bahagian bawah perut
  • Lesu dan kepenatan
  • Rasa keliru dan tidak keruan


Sumber dipetik daripada : Public Health Malaysia.



Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-

1. Nak tahu risiko mengandung bagi penghidap kencing manis? 

2. Siapa yang berisiko terkena batu karang? 

3. Pemindahan buah pinggang adalah satu solusi

Wednesday, November 7, 2018

Nak tahu risiko mengandung bagi penghidap kencing manis?



diabetes
Pemeriksaan kesihatan kandungan ketika mengandung 

Ini pengalaman Auni ketika mengandungkan anak kedua.
Diabetes Auni mula dikenal pasti semasa berlaku penambahan berat badan sebagai 4.2 kg dalam masa 2 minggu.

Semenjak hari itu, Auni perlu lakukan ujian  yang mana, Auni perlu berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam. Biasanya ia bermula jam 12am - 8am dan test gula yang pertama dilakukan pada jam 8 pagi.

Kemudian, Auni diberikan air glukosa (air gula) untuk diminum & dihabiskan dalam masa 15 minit. Air glukosa ini sangat pekat & manis menyebakan rasa pening, mual & tidak selesa pada tekak. Di nasihatkan agar anda tidak muntah jika tidak proses tersebut perlu diulang.

Setelah result untuk ujian air glukosa keluar, bacaan gula Auni agak tinggi iaitu 8.1 mmol/l !!

Maka, dengan itu Auni perlu berjumpa dengan doktor semula untuk mendapatkan nasihat pemakanan bagi mencegah risiko diabetes.

Selain itu, Auni juga perlu lakukan ujian Pemantauan Kawalan Glukosa Dalam Darah (BSP) setiap kali sebelum makan dan 2 jam selepas makan. Ujian ini pula, Auni perlu cucuk jarum pada hujung jari untuk dapatkan bacaan glukosa dalam darah.

Untuk ujian ini, Auni dapatkan kit untuk cek gula yang terdapat di farmasi. Jika tidak, dalam sehari tu memang Auni kena berulang alik ke klinik pada waktu pejabat untuk test gula, kemudian ke kecemasan selepas waktu bekerja sehingga waktu sebelum tidur jam 9.30pm.

Kencing Manis ketika mengandung?


Biasanya kencing manis/ Gestastional Diabetis Melitus terjadi ketika hamil. Ini kerana, hormon insulin tak dapat dikeluarkan secukupnya oleh pankreas, jadi gula dalam darah tak dapat kembali ke normal. Menurut pakar, hormon insulin biasanya dikeluarkan banyak oleh pankreas ketika trimester 1 dan juga trimester 3.

Maka, ketika inilah nafsu makan akan mendadak namun, insulin yang dikeluarkan oleh pankreas hanya sedikit ketika trimester kedua disebabkan oleh hormon hamil. Ketika trimester kedua ini jugalah ramai ibu yang akan berpotensi untuk terkena Diabetes.

Inilah risiko Kencing Manis ketika mengandung.


diabetes
Diabetes ketika hamil turut berisiko untuk bayi dalam kandungan


Risiko kepada janin


1. Peratusan untuk gugur tinggi

2. Risiko untuk kecacatan adalah 2 kali lebih tinggi ( Berkaitan dengan jantung, tulang belakang, otak janin)

3. Risiko janin meninggal dunia secara tiba-tiba adalah 4 kali ganda lebih tinggi

4. Risiko bayi lahir pramatang adalah 5 kali ganda lebih tinggi

5. Risiko bahu bayi tersangkut semasa melahirkan (shoulder dystocia) adalah 3 kali ganda lebih tinggi

6. Risiko kemasukan bayi ke unit rawatan rapi bayi selepas bersalin adalah 3 kali ganda lebih tinggi.

Risiko kepada Ibu


1. Ibu berisiko untuk mendapat penyakit jantung, penyakit buah pinggang & penyakit kerosakan mata adalah lebih tinggi.

2. Ibu turut berisiko mendapat tekanan darah tinggi semasa kehamilan & pre eclampsia adalah 4 kali lebih tinggi.

3. Risiko ibu perlu jalani ceaser adalah 2 kali ganda.

4. Risiko ibu mendapat darah beku (thrombosis) adalah tinggi.



Diabetes
Diabetes ketika hamil

Oleh itu, anda yang mempunyai masalah kencing manis adalah tidak digalakkan untuk mengandung kerana ia bukan sahaja berisiko untuk bayi malah nyawa anda sendiri.

Walau bagaimana pun , risiko ini boleh dikurangkan & dicegah dengan cara anda perlu mengawal kencing manis anda dengan optimum sebelum anda mengandung lagi.




Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-



Saturday, October 20, 2018

SIAPA YANG BERISIKO TERKENA BATU KARANG?

Simptom Batu karang
Sakit pinggang pada bahagian belakang. 



Seminggu yang lalu, Adan masih melalui aktiviti hariannya seperti biasa sehinggalah satu hari dia mengalami sakit di bahagian pinggang sebelah kiri. Pada mulanya, Adan menganggap hanya gastrik. Tidak lama kemudian, Adan terasa hendak kencing dan pergi ke tandas untuk menunaikan hajat. Adan hairan kerana kencing yang keluar sikit. 



Malam itu, sebelum tidur sekali lagi Adan terasa sangat sakit di bahagian pinggang kirinya. Kali ini dia tidak mampu bangun dan hanya terbaring di katil. Sekali-sekala, Adan berguling ke kiri dan kanan dan mengetap bibirnya menahan sakit yang teramat. Dia rasakan setiap posisinya tiada yang selesa. 



Akibat tak dapat tahan lagi, housemate Adan menghantar dia ke Hospital berhampiran.  Pada mulanya Adan  menyangkakan gastrik. Namun, setelah diingat semula jadual makannya teratur. Sampai di hospital, Adan menceritakan simptom yang dialaminya. 



Doktor pun cadangkan untuk buat ujian darah & x-ray. Setelah selesai kedua-dua ujian tersebut, Adan disahkan ada batu karang di buah pinggang sebelah kiri. Doktor juga terangkan bahawa batu karang di pinggang Adan telah pecah dan itulah yang membuatkan dia terasa sakit. 



Dipendekkan cerita, Adan telah lakukan pembedahan untuk keluarkan batu karang di dalam pinggangnya. Dia juga direhatkan di dalam wad selama 3 hari dan hanya dibenarkan balik ke rumah setelah dia tidak merasa sebarang sakit. 





Batu karang yang telah dikeluarkan. 


Apa itu Batu Karang? 



Batu karang adalah batu yang terbentuk di dalam saluran pembuangan air kencing,iaitu daripada buah pinggang hinggalah ke bahagian pundi kencing.

Batu karang terjadi akibat ketidaksempurnaan dalam aliran saluran kencing manusia. Oleh itu, ketidaksempurnaan ini mengakibatkan mendapan yang mengandungi bahan-bahan kapur, magnesium yang akhirnya membentuk kristal. 
Sebagai contoh, ketidaksempurnaan ini boleh berlaku kepada orang lumpuh yang tidak berupaya melakukan apa-apa gerakan atau air kencing tidak mengalir dengan baik kerana saluran kencing yang terlalu sempit.


Siapa yang berisiko terkena penyakit batu karang? 



1. Individu yang kurang bersenam
2. Seseorang yang selalu tahan kencing
3. Seseorang yang kurang minum air masak
4. Makan dan minum tak terjaga

5. Pengambilan ubat secara berlebihan

Punca batu karang 


1. Kurang minum air


Kurang minum air akan menyebabkan kurangnya penghasilan air kencing. Jadi, ia akan menyebabkan kepekatan air kencing meningkat dan penuh dengan kompaun yang boleh membentuk batu karang seperti kalsium, oxalate dan juga asid urik.


2. Garam berlebihan 


Hati-hati dengan garam anda! 

Garam sebenarnya mengandungi kandungan natrium yang tinggi dan boleh menyebabkan pembentukkan batu karang. Ini disebabkan natrium akan menyebabkan kalsium disingkirkan lebih banyak ke dalam air kencing dan memudahkan pembentukan batu karang.


3. Pengambilan vitamin C


Ramai tak yang amalkan pengambilan vitamin C ? Vitamin C sememangnya banyak manfaat. Namun, anda perlu tahu, apabila Vitamin C masuk ke dalam badan, ia juga diuraikan. 
Hasilnya, kompaun oxalate yang merupakan produk terakhir Vitamin C akan disingkirkan melalui air kencing. Kandungan oxalate yang tinggi dalam air kencing boleh menyebabkan terbentuknya batu karang.

Gejala batu karang 


1. Sakit belakang yang teruk secara tiba-tiba ( kawasan sebelah kanan atau kiri bergantung kepada lokasi batu karang tersebut).
2. Sakit tersebut juga mungkin merebak kebahagian hadapan berdekatan dengan kemaluan 
3. Ada juga yang mengatakan sakit ini lebih sakit daripada melahirkan anak (bagi kaum wanita) 


4. Air kencing berdarah

Hati-hati air kening yang keruh & busuk

5. Rasa loya/muntah



6. Air kencing keruh & busuk 



7. Selalu terasa hendak kencing 



8. Ada butiran halus dalam kencing



9. Demam dan menggigil (jika ada jangkitan)



10. Berasa sakit atau panas ketika kencing



Jenis batu karang


1. Batu Karang  Calsium Oxalate 


  • Berpunca daripada pengambilan makanan tertentu secara berlebihan, 

2. Batu Karang Asid Urik


  • Disebabkan oleh pengambilan makanan laut yang banyak

3. Batu Karang Struvite 


  • Mengandungi elemen magnesium ammonium fosfat kerana jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu.


4. Batu karang Sistin.


  • Ia terjadi dalam kalangan individu yang tubuh mereka tidak berupaya menghasilkan enzim serta cecair kimia tertentu pada kadar seimbang untuk memproses makanan. Secara ringkas ia merupakan masalah genetik.


CEGAH BATU KARANG!


1. Banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.



2. Elakkan minuman manis, kerana ia boleh menyebabkan air kencing menjadi pekat dan memudahkan lagi menghidap buah pinggang.



3. Kekurangan Vitamin B6 dan Potassium boleh menyebabkan pembentukan batu karang. 

Digalakkan untuk makan bunga kubis, pisang & kentang untuk atasi masalah ini. 


4. Kurangkan pengambilan garam & gula termasuk ikan masin & jeruk. 


5. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran & buah-buahan. 


6. Hadkan pengambilan protein haiwan terutamanya dari sumber daging merah, hati ayam, pedal & limpa. 





P/s: Amalkan gaya hidup, kerana mencegah lebih baik daripada merawat.



Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini :


1. Pemindahan Buah Pinggang Adalah Satu Solusi 


2. Adakah Anda Memerlukan Aspirin

3. Tips PALING Berguna Untuk Masalah Gout