Pagi itu seperti biasa Hamzah memandu ke tempat kerja. Ketika sedang memandu, Hamzah terasa dadanya sakit seolah-olah ditusuk sesuatu. Nafas Hamzah semakin sesak dan jantungnya mula berdegup kencang..….
Jika Anda melalui situasi seperti Hamzah, lakukan perkara berikut:-
1) Bertenang & Jangan panik, bernafas seperti biasa.
2) Jika anda berada di jalan yang sesak (ramai pemandu yang lain) cara terbaik ialah dapatkan bantuan dari mereka untuk bantuan kecemasan.
3) Jika anda berseorangan iaitu di jalan yang sunyi, hubungi segera 999 dan berikan maklumat yang sepatutnya.
4) Jika ada ubat yang telah diberi oleh doktor, sila makan mengikut arahan yang telah diberikan.
5) Tunggu ketibaan pasukan penyelamat di dalam kereta.
Jangan kuncikan kenderaan anda. Namun jika ianya tidak selamat untuk melakukan secara demikian, pastikan tingkap kenderaan tidak ditutup sepenuhnya. Ini akan memudahkan anggota kecemasan untuk melakukan aktiviti menyelamat.
AMARAN!.
Jangan sesekali teruskan pemanduan kerana jika anda kena serangan jantung. Anda akan collapse pada bila2 masa dan boleh menyebabkan anda terlibat dengan kemalangan. Banyak kes yang melibatkan kemalangan maut akibat serangan jantung ketika memandu.
Lihat Video
SERANGAN JANTUNG KETIKA MEMANDU
Anda mungkin meminati:-
Herba Penawar Jantung Terbaik Dunia
Tanda2 Sakit Jantung Pada Wanita
Abah dah boleh berjalan
No comments:
Post a Comment