"Mizan, aku tengah tunggu bapa aku buat check-up kat dalam bilik ni."
"Bapa kamu sakit apa Zal?"
"Tak tahu lagi Zal. Cuma beberapa hari ni, bapa aku selalu sakit-sakit dada, malam pula selalu batuk"
"Oh ya ka Zal? Nasib baik juga la kau bawa bapa kau pergi buat check-up cepat"
"Tu la pasal Zan, aku harap benda yang tak baik ni dijauhkan lah. Aku risau, sebab adik aku cakap, takut tanda-tanda sakit jantung. Kau tahu je la, orang tua ni, merokok lagi."
"Takper la Zal, kita doakan yang baik-baik untuk bapa kamu. Semoga takda apa-apa yang jadi."
.
.
.
Pembedahan Jantung. |
4 AMARAN SERANGAN JANTUNG!
Penyakit jantung koronari, atau turut dikenali dengan singkatan CHD, dianggap sebagai penyebab utama berlakunya serangan jantung. Keadaan ini disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat, yang berfungsi membekalkan darah ke jantung. Saluran darah tersumbat disebabkan oleh plak.
Sebelum serangan jantung terjadi, salah satu plak akan pecah dan membentuk darah beku. Gumpalan tersebut boleh menyekat atau menghalang pembekalan darah ke jantung, yang akhirnya menyebabkan serangan jantung.
Salah satu gejala utama serangan jantung adalah kesakitan dada. Apabila dada sakit, ia sering digambarkan seolah-olah mereka dapat merasa seperti dada ditekan oleh objek yang berat. Rasa sakit ini juga boleh dirasai sepanjang dada ke rahang, leher, belakang, dan lengan . Tanda-tanda umum serangan jantung termasuk sesak nafas, ringan, mual, dan peluh sejuk.
Warna Ungu: Rasa sakit yang sering dialami sakit jantung |
Tambahan lagi, Dr Chauncey Crandall, ahli kardiologi Amerika terkemuka, telah menghabiskan masa bertahun-tahun bekerja untuk mengkaji langkah pencegahan dan pembalikan penyakit jantung. Akhirnya, beliau membuat kesimpulan bahawa jantung seseorang akan menghantar tanda-tanda amaran potensi serangan jantung sebelum serangan jantung sebenar berlaku.
4 TANDA UTAMA SERANGAN JANTUNG!
1. Anggota badan membengkak
Seringkali dikaitkan bahawa bahagian kaki yang bengkak adalah disebabkan oleh berdiri atau duduk yang terlalu lama. Namun, sebenarnya keadaan ini juga boleh berlaku sebagai petanda yang jantung kita menghadapi masalah.
Ini kerana, cecair yang terdapat pada badan, telah berkumpul di bahagian kaki dan bengkak. Akibat daripada cecair tersebut, ada sesetengah individu akan kehilangan selera makan namun, berat badan semakin bertambah.
2. Runsing/ kebimbangan
Kebanyakkan pesakit yang mendapat serangan jantung melaporkan bahawa mereka menghadapi kebimbangan atau perasaan risau yang tidak menentu sebelum serangan terjadi. Oleh itu, individu yang merasa bimbang sering berfikir bahawa mereka akan mendapat serangan jantung.
Sebenarnya tidak semua akan mendapat serangan jantung. Namun, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Sebaiknya anda mendapatkan nasihat doktor dan dapatkan pemeriksaan lanjut.
3. Sakit pada bahagian anggota badan
Sakit selalunya akan bermula pada dada dan merebak ke bahagian leher, bahu,siku, lengan dan abdomen. Rasa sakit yang dirasai pada ulu hati atau pada lengan adalah petanda umum serangan jantung.
4. Batuk
Terdapat juga individu yang mempunyai masalah sakit jantung kerap batuk dan berkahak yang bercampur dengan darah. Ini menunjukkan paru-paru telah mengalami jangkitan & menyebabkan individu semakin sukar untuk bernafas.
Nota: Jangan sesekali mengendahkan tanda-tanda ini & berharap ia akan hilang dengan sendirinya. Anda dinasihati untuk dapatkan pandangan dan nasihat daripada doktor.
Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:
1. Apa Yang Anda Tahu Tentang Tekanan Darah Tinggi?
2. BEBAS DARI DIABETES DENGAN 4 CARA INI!
3. KENAPA STRESS TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN?
2. BEBAS DARI DIABETES DENGAN 4 CARA INI!
3. KENAPA STRESS TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN?