HTML

Thursday, March 5, 2020

Kenali Tanda - Tanda Sebelum Serangan Jantung.


Image result for serangan jantung


SERANGAN JANTUNG berlaku apabila aliran darah ke otot jantung terganggu. Penyebab utama keadaan ini adalah penyakit jantung koroner, iaitu tersumbatnya pembuluh darah yang menghalang darah ke jantung akibat timbunan kolestrol yang membentuk plak pada dinding pembuluh darah.



TANDA-TANDA SEBELUM SERANGAN JANTUNG 


1)  KELETIHAN MELAMPAU

Image result for keletihan melampau

Keletihan melampau yang dimaksudkan di sini tidak ada kena mengena dengan keletihan disebabkan aktiviti mental mahupun kerja-kerja fizikal. Biarpun hanya duduk sahaja, badan terasa letih dan itu adalah ciri-ciri keletihan yang merupakan simptom serangan jantung.


2)  DEGUPAN JANTUNG TIDAK TERATUR

Image result for degupan jantung tidak normal

Jantung umpama akan terhenti seketika atau akan akan mengalami degupan jantung kencang walaupun tidak berada dalam keadaan panik dan sebagainya. Jika gejala degupan jantung tidak teratur ini berlaku, lazimnya ia akan berterusan selama 1 hingga 2 minit lamanya. Kalau ia berterusan sekaligus membuatkan diri anda menjadi pening dan letih melampau, segera mendapatkan rawatan doktor.



3)  PELUH BERLEBIHAN

Image result for peluh berlebihan
Apabila tubuh berpeluh secara berlebihan biarpun cuaca sejuk belaka, itu mungkin petanda sakit jantung akan menyerang diri. Lazimnya ia akan berlaku terhadap kaum wanita terutamanya pada waktu malam.



4) SAKIT DADA

Image result for SAKIT DADA

Kebanyakan mangsa sakit jantung akan mengalami sakit dada dalam pelbagai bentuk dan cara termasukah rasa sakit seperti ditusuk.



5)  KESUKARAN BERNAFAS / NAFAS PENDEK


Image result for nafas pendek

Sebanyak 40% orang yang menghidap penyakit jantung akan mengalami masalah pernafasan yang pendek. Kesukaran bernafas yang berterusan selama 6 bulan berturut-turut mungkin petanda kepada serangan jantung yang bakal menyerang diri tidak lama lagi. Bukan itu sahaja, ia juga akan menyebabkan seseorang berasa pening-pening dan loya.




Berikut adalah tanda-tanda sebelum serangan jantung. Awas jangan ambil mudah ! Jom mencuba herba alternatif yang lulus kkm dan halal.






"Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat"










No comments: