HTML

Thursday, September 24, 2020

Penjagaan Kolesterol Adalah Penting !

 


KOLESTEROL ialah bahan semula jadi yang dihasilkan oleh tubuh yang mempunyai pelbagai 'tugas' seperti penghasilan hormon, fungsi otak, saraf, penghasilan vitamin D, keanjalan kulit dan fungsi-fungsi sel yang lain.


DUA JENIS UTAMA KOLESTROL :-



i)     high-density lipoprotiens (HDL) dikenali sebagai Kolestrol Baik.

ii)    low-density lipoprotiens (LDL) dikenali sebagai Kolestrol Jahat.



BENARKAH MAKANAN BERMINYAK / BERLEMAK PUNCA KOLESTROL TINGGI ?

  • Makanan berminyak dan berlemak bukan punca kepada kolesterol tinggi dan risiko penyakit kardiovaskular.
  • Makanan yang menyebabkan risiko penyakit kardiovaskular adalah disebabkan peningkatan keradangan dalam tubuh seperti lemak trans, gula pasir dan karbohidrat proses.
  • Pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun, minyak kelapa, minyak ikan, minyak habbatus sauda, avocado, minyak kelapa sawit meningkatkan paras HDL (kolesterol baik) dan menurunkan paras LDL (kolesterol tidak baik) dan mengurangkan radang dalam tubuh.



TANDA / GEJALA KOLESTROL TINGGI
  • Sakit dada dan ketidakselesaan pada betis apabila banyak berjalan.
  • Strok atau mini strok.
  • Ketulan kuning pada kulit terutamanya sekitar mata (Xhantoma).


Tinggi kolestrol juga bermaksud tinggi risiko serangan jantung, strok, diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti dan lain-lain.
















Wednesday, July 15, 2020

Kenali Tanda - Tanda Salur Darah Tidak Lancar !



Ianya di mana-mana sahaja!! | ERT Training | Fire Fighting ...

Tahukah anda bahawa tubuh badan ada lebih 60ribu kilometer saluran darah yang berfungsi untuk membawa darah beroksigen ke seluruh tubuh. Jangan ambil mudah, salur darah yang bermasalah boleh menyebabkan penyakit yang berbahaya.


* Antara punca - punca yang menyebabkan salur darah tidak lancar ialah :-
  • Merokok
  • Minum Minuman Yang Beralkohol
  • Tidak Mengawal Emosi
  • Pemakanan Yang Tidak Seimbang
  • Tidak Melakukan Senaman 

Gaya hidup yang tidak sihat seperti diatas, mengakibatkan dinding saluran darah menjadi keras dan darah menjadi pekat. Selain itu enapan kolesterol akan menyempitkan saluran darah.




TANDA-TANDA SALUR DARAH TIDAK LANCAR




Jika anda sudah mengalami gejala perdedaran darah yang tidak lancar, dapatkan pemeriksaan doktor dan sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat atau mencuba herba alternatif yang lulus KKM dan halal.






Baca Artikel di bawah untuk dapatkan info :-





Friday, June 5, 2020

Kerap rasa kebas pada anggota badan, apakah penyebabnya ???



Usah biar rasa kebas berlarutan | Harian Metro


Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat. Namun, kebiasaannya rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.




PUNCA RASA KEBAS BERLAKU :-


1)  MASALAH URAT SARAF

  • Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.
  • Saraf perifer tertekan disebabkan oleh Herniated Disc atau oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif.
  • Jangkitan pada saraf perifer seperti kayap.
  • Carpel Tunnel Syndrome ( Saraf median tertekan di kawasan pergelangan tangan )
  • Kerosakan saraf oleh bahan toksik seperti rokok dan pengambilan alkohol.

   

2)  GANGGUAN PADA SALURAN DARAH

  • Pemakanan tidak sihat, kurang bersenam serta amalan tidak sihat seperti merokok dan pengambilan alkohol adalah punca penyempitan salur darah.
  • Apabila salur darah sempit, ia akan menyukarkan aliran darah ke seluruh tubuh badan.
  • Salur darah yang menyempitkan akan membuatkan seseorang akan berasa kebas, sejuk atau sakit pada bahagian hujung tangan atau kaki.
  • Keadaan ini sering terjadi kepada pesakit diabetes, tekakan darah tinggi, kolestrol tinggi dan strok.


3) LAIN - LAIN

  • Kesan sampingan daripada ubat.
  • Kekurangan vitamin seperti vitamin B12.
  • Rasa kebas juga berlaku jika seseorang kekurang darah, terlalu gemuk,  wanita mengalami putus haid serta orang yang kekurangan kalsium.




Apa yang perlu dilakukan jika rasa kebas berlaku ?



Dalam sesetengah keadaan, rasa kebas adalah tidak perlu dihiraukan. Contohnya, apabila tertindih lengan sewaktu tidur kerana urat saraf hanya terganggu sehingga menyebabkan aliran darah sempit.

Contoh lain apabila kita duduk bersila terlalu lama, kita akan merasa kebas. Keadaan ini biasanya akan hilang apabila kita bangun dan bergerak.

Kebas seperti dua contoh diatas adalah normal. Sekiranya ia berlaku anda hanya perlu menggerkkan anggot badan dan membuat regangan untuk melegakan rasa kebas yang dialami.


Senaman atau renggangan tangan






***tetapi anda digalakkan untuk berjumpa doktor sekiranya :-


  1)  Rasa kebas kerap berlaku dan berulang-ulang.
  2)  Keadaan kebas yang dialami bertambah teruk.
  3)  Kebas melibatkan kedua-dua bahagian badan.
  4)  Kebas terjadi apabila anda melakukan aktiviti tertentu.
  5)  Rasa kebas hanya pada hujung jari kaki dan tangan.

















Thursday, March 5, 2020

Tanda - Tanda Badan Bertoksin dan Cara Singkirkannya.



Image result for toksin


TOKSIN ialah bahan beracun atau racun berbahaya yang datang dari perlbagai sumber seperti makanan, ubat-ubatan, tabiat merokok dan pencemaran. Toksin boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan.

Toksin dikeluarkan dari tubuh badan melalui proses perkumuhan dan proses perpeluhan. Toksin yang tidak dikeluarkan secara semula jadi akan diserap semula oleh badan sehingga boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap kesihatan





TANDA - TANDA BADAN BERTOKSIN



Image result for kulit kering

MENGALAMI MASALAH KULIT




Image result for masalah penghadaman

MASALAH PENGHADAMAN



Image result for berat badan berlebihan

BERAT BADAN BERLEBIHAN



Image result for LENGUH LEHER BAHU

SELALU SAKIT DAN LENGUH PADA LEHER, BAHU, OTOT & SENDI




Image result for peningkatan tekanan darah

PENINGKATAN TEKANAN DARAH




Image result for LIDAH BEWARNA KUNING/PUTIH

LIDAH BEWARNA KUNING/PUTIH


CARA - CARA MENYAHTOKSIN DALAM BADAN


1)  Hentikan Tabiat Merokok

2)  Kurangkan Pengambilan makanan berproses

3)  Elakkan Terdedah dengan Pencemaran

4)  Pengambilan Makanan Lebih Serat dan Produk Tenusu

5)  Pengambilan Detox / Ubatan Herba










Kenali Tanda - Tanda Sebelum Serangan Jantung.


Image result for serangan jantung


SERANGAN JANTUNG berlaku apabila aliran darah ke otot jantung terganggu. Penyebab utama keadaan ini adalah penyakit jantung koroner, iaitu tersumbatnya pembuluh darah yang menghalang darah ke jantung akibat timbunan kolestrol yang membentuk plak pada dinding pembuluh darah.



TANDA-TANDA SEBELUM SERANGAN JANTUNG 


1)  KELETIHAN MELAMPAU

Image result for keletihan melampau

Keletihan melampau yang dimaksudkan di sini tidak ada kena mengena dengan keletihan disebabkan aktiviti mental mahupun kerja-kerja fizikal. Biarpun hanya duduk sahaja, badan terasa letih dan itu adalah ciri-ciri keletihan yang merupakan simptom serangan jantung.


2)  DEGUPAN JANTUNG TIDAK TERATUR

Image result for degupan jantung tidak normal

Jantung umpama akan terhenti seketika atau akan akan mengalami degupan jantung kencang walaupun tidak berada dalam keadaan panik dan sebagainya. Jika gejala degupan jantung tidak teratur ini berlaku, lazimnya ia akan berterusan selama 1 hingga 2 minit lamanya. Kalau ia berterusan sekaligus membuatkan diri anda menjadi pening dan letih melampau, segera mendapatkan rawatan doktor.



3)  PELUH BERLEBIHAN

Image result for peluh berlebihan
Apabila tubuh berpeluh secara berlebihan biarpun cuaca sejuk belaka, itu mungkin petanda sakit jantung akan menyerang diri. Lazimnya ia akan berlaku terhadap kaum wanita terutamanya pada waktu malam.



4) SAKIT DADA

Image result for SAKIT DADA

Kebanyakan mangsa sakit jantung akan mengalami sakit dada dalam pelbagai bentuk dan cara termasukah rasa sakit seperti ditusuk.



5)  KESUKARAN BERNAFAS / NAFAS PENDEK


Image result for nafas pendek

Sebanyak 40% orang yang menghidap penyakit jantung akan mengalami masalah pernafasan yang pendek. Kesukaran bernafas yang berterusan selama 6 bulan berturut-turut mungkin petanda kepada serangan jantung yang bakal menyerang diri tidak lama lagi. Bukan itu sahaja, ia juga akan menyebabkan seseorang berasa pening-pening dan loya.




Berikut adalah tanda-tanda sebelum serangan jantung. Awas jangan ambil mudah ! Jom mencuba herba alternatif yang lulus kkm dan halal.






"Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat"