HTML

Monday, November 11, 2019

Ketahui Kesan Gangguan Dalam Sistem Peredaran Darah.

SISTEM PEREDARAN DARAH


Sistem Peredaran Darah dalam tubuh diatur oleh sebuah sistem iaitu "kardiovaskular"


Komponen Utama dalam Sistem Peredaran Darah

Sistem peredaran darah memiliki 3 komponen penting yang masing-masing saling berkaitan. 3 Komponen tersebut berfungsi mengatur pengangkutan dan penerimaan kembali darah ke seluruh tubuh badan.



Tiga Komponen tersebut ialah :-

1) Jantung


2) Pembuluh Darah


Terdapat tiga pembuluh darah utama dijantung iaitu :-


i.   Arteri      - membawa darah yang kaya oksigen dari jantung ke bahagian tubuh lain.
ii.  Vena       - membawa darah yang kurang oksigen dari seluruh untuk tubuh kembali ke jantung.
iii. Kapiler   - menghubungkan arteri terkecil dengan vena terkecil


3) Darah




Kesan Gangguan Pada Sistem Peredaran Darah :-


1) Hipertensi


Hipertensi atau dikenali sebagai darah tinggi menyebabkan jantug bekerja lebih keras untuk memompa darah. Jika dibiarkan tanpa rawatan, hipertensi dapat menyebabkan komplikasi seperti serangan jantung, stroke bahkan kegagalan fungsi buah pinggang.


2) Serangan Jantung


Serangan jantung boleh terjadi ketika aliran darah terhenti atau terputus dari jantung, biasanya ini disebabkan oleh gumpalan yang mengganggu aliran darah. 


3) Stroke

Stroke adalah gangguan fungsi sistem saraf yang terjadi mendadak dan disebabkan oleh gangguan peredaran darah otak iaitu tersumbatnya pembuluh darah atau pecahnya pembuluh darah. Hal ini menyebabkan kekurangan oksigen ke otak.


4) Varises


Varises ialah pembuluh darah vena yang membengkak dan tampak menonjol di permukaan kulit. Keadaan ini disebabkan oleh darah yang seharusnya dialirkan ke jantung tetapi kembali ke kaki. Hal ini kerana katup vena yang berfungsi memgangkut darah ke jantung tidak menutup dengan benar akibatnya tekanan tinggi menjadikan pembuluh darah vena membesar.


5) Aterosklerosis

Aterosklerosis ialah penyempitan atau pengerasan pembuluh darah kerana terdapat penumpukan lemak, kolestrol dan zat sisa lain di dinding pembuluh darah arteri. Jika keadaan ini dibiarkan dalam tempoh masa yang panjang, ia akan meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.




Berikut ialah kesan-kesan yang berisiko tinggi untuk dihadapi sekiranya mengalami gangguan sistem peredaran darah. Jom mencuba herba alternatif yang lulus KKM dan Halal.


"Merawat Lebih Baik Daripada Menderita"




Anda mungkin berminat dengan artikel dibawah, baca untuk dapatkan info :













Monday, November 4, 2019

Kenali Diabetes dan Tanda-Tandanya !

DIABETES


Diabetes atau dikenali sebagai penyakit kencing manis adalah satu keadaan dimana tahap gula dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar (strok).

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makana yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam salur darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.

Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.


Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai :-



Diabetes jenis pertama (I) 

Dikenali sebagai diabetis bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetis awal remaja. Diabetis jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetis jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Diabetes jenis kedua (II)

Disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetis jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).


Diabetes Gestasi 

Dialami oleh wanita ketika kehamilan. Diabetes gestasi adalah mirip diabetes jenis kedua disebabkan ketika kehamilan, insulin yang diperlukan oleh wanita hamil adalah lebih untuk keperluan bayinya. Jika badan tidak mampu untuk menghasilkan insulin tambahan untuk keperluan anak dalam kandungan maka ibu akan mengalami paras gula dalam darah yang tinggi.



Faktor-Faktor Risiko Kencing Manis atau Diabetes :-


1) Berlebihan berat badan atau kegemukan.
2) Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.
3) Pemakanan - pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.
4) Keturunan - diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.


Tanda-Tanda Kencing Manis :-


1) Kerap dahaga dan buang air kecil pada waktu malam.


2) Berat badan menyusut dengan drastik.


3) Jarak penglihatan menurun


4) Sering kebas pada tangan dan kaki



5) Luka yang lambat sembuh.






Bagaimana cara untuk merawat diabetes dengan selamat?. Antaranya adalah dengan mengawal pengambilan gula dalam makanan dan minuman atau mencuba herba alternatif yang lulus KKM dan Halal.






Sebarang pertanyaan  ::