HTML

Saturday, October 20, 2018

SIAPA YANG BERISIKO TERKENA BATU KARANG?

Simptom Batu karang
Sakit pinggang pada bahagian belakang. 



Seminggu yang lalu, Adan masih melalui aktiviti hariannya seperti biasa sehinggalah satu hari dia mengalami sakit di bahagian pinggang sebelah kiri. Pada mulanya, Adan menganggap hanya gastrik. Tidak lama kemudian, Adan terasa hendak kencing dan pergi ke tandas untuk menunaikan hajat. Adan hairan kerana kencing yang keluar sikit. 



Malam itu, sebelum tidur sekali lagi Adan terasa sangat sakit di bahagian pinggang kirinya. Kali ini dia tidak mampu bangun dan hanya terbaring di katil. Sekali-sekala, Adan berguling ke kiri dan kanan dan mengetap bibirnya menahan sakit yang teramat. Dia rasakan setiap posisinya tiada yang selesa. 



Akibat tak dapat tahan lagi, housemate Adan menghantar dia ke Hospital berhampiran.  Pada mulanya Adan  menyangkakan gastrik. Namun, setelah diingat semula jadual makannya teratur. Sampai di hospital, Adan menceritakan simptom yang dialaminya. 



Doktor pun cadangkan untuk buat ujian darah & x-ray. Setelah selesai kedua-dua ujian tersebut, Adan disahkan ada batu karang di buah pinggang sebelah kiri. Doktor juga terangkan bahawa batu karang di pinggang Adan telah pecah dan itulah yang membuatkan dia terasa sakit. 



Dipendekkan cerita, Adan telah lakukan pembedahan untuk keluarkan batu karang di dalam pinggangnya. Dia juga direhatkan di dalam wad selama 3 hari dan hanya dibenarkan balik ke rumah setelah dia tidak merasa sebarang sakit. 





Batu karang yang telah dikeluarkan. 


Apa itu Batu Karang? 



Batu karang adalah batu yang terbentuk di dalam saluran pembuangan air kencing,iaitu daripada buah pinggang hinggalah ke bahagian pundi kencing.

Batu karang terjadi akibat ketidaksempurnaan dalam aliran saluran kencing manusia. Oleh itu, ketidaksempurnaan ini mengakibatkan mendapan yang mengandungi bahan-bahan kapur, magnesium yang akhirnya membentuk kristal. 
Sebagai contoh, ketidaksempurnaan ini boleh berlaku kepada orang lumpuh yang tidak berupaya melakukan apa-apa gerakan atau air kencing tidak mengalir dengan baik kerana saluran kencing yang terlalu sempit.


Siapa yang berisiko terkena penyakit batu karang? 



1. Individu yang kurang bersenam
2. Seseorang yang selalu tahan kencing
3. Seseorang yang kurang minum air masak
4. Makan dan minum tak terjaga

5. Pengambilan ubat secara berlebihan

Punca batu karang 


1. Kurang minum air


Kurang minum air akan menyebabkan kurangnya penghasilan air kencing. Jadi, ia akan menyebabkan kepekatan air kencing meningkat dan penuh dengan kompaun yang boleh membentuk batu karang seperti kalsium, oxalate dan juga asid urik.


2. Garam berlebihan 


Hati-hati dengan garam anda! 

Garam sebenarnya mengandungi kandungan natrium yang tinggi dan boleh menyebabkan pembentukkan batu karang. Ini disebabkan natrium akan menyebabkan kalsium disingkirkan lebih banyak ke dalam air kencing dan memudahkan pembentukan batu karang.


3. Pengambilan vitamin C


Ramai tak yang amalkan pengambilan vitamin C ? Vitamin C sememangnya banyak manfaat. Namun, anda perlu tahu, apabila Vitamin C masuk ke dalam badan, ia juga diuraikan. 
Hasilnya, kompaun oxalate yang merupakan produk terakhir Vitamin C akan disingkirkan melalui air kencing. Kandungan oxalate yang tinggi dalam air kencing boleh menyebabkan terbentuknya batu karang.

Gejala batu karang 


1. Sakit belakang yang teruk secara tiba-tiba ( kawasan sebelah kanan atau kiri bergantung kepada lokasi batu karang tersebut).
2. Sakit tersebut juga mungkin merebak kebahagian hadapan berdekatan dengan kemaluan 
3. Ada juga yang mengatakan sakit ini lebih sakit daripada melahirkan anak (bagi kaum wanita) 


4. Air kencing berdarah

Hati-hati air kening yang keruh & busuk

5. Rasa loya/muntah



6. Air kencing keruh & busuk 



7. Selalu terasa hendak kencing 



8. Ada butiran halus dalam kencing



9. Demam dan menggigil (jika ada jangkitan)



10. Berasa sakit atau panas ketika kencing



Jenis batu karang


1. Batu Karang  Calsium Oxalate 


  • Berpunca daripada pengambilan makanan tertentu secara berlebihan, 

2. Batu Karang Asid Urik


  • Disebabkan oleh pengambilan makanan laut yang banyak

3. Batu Karang Struvite 


  • Mengandungi elemen magnesium ammonium fosfat kerana jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu.


4. Batu karang Sistin.


  • Ia terjadi dalam kalangan individu yang tubuh mereka tidak berupaya menghasilkan enzim serta cecair kimia tertentu pada kadar seimbang untuk memproses makanan. Secara ringkas ia merupakan masalah genetik.


CEGAH BATU KARANG!


1. Banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.



2. Elakkan minuman manis, kerana ia boleh menyebabkan air kencing menjadi pekat dan memudahkan lagi menghidap buah pinggang.



3. Kekurangan Vitamin B6 dan Potassium boleh menyebabkan pembentukan batu karang. 

Digalakkan untuk makan bunga kubis, pisang & kentang untuk atasi masalah ini. 


4. Kurangkan pengambilan garam & gula termasuk ikan masin & jeruk. 


5. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran & buah-buahan. 


6. Hadkan pengambilan protein haiwan terutamanya dari sumber daging merah, hati ayam, pedal & limpa. 





P/s: Amalkan gaya hidup, kerana mencegah lebih baik daripada merawat.



Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini :


1. Pemindahan Buah Pinggang Adalah Satu Solusi 


2. Adakah Anda Memerlukan Aspirin

3. Tips PALING Berguna Untuk Masalah Gout


Tuesday, October 9, 2018

TIPS PALING BERGUNA UNTUK GOUT!

Apa punca gout terjadi? 



APABILA GOUT "MENYERANG"



Pada suatu malam, selesai solat Isyak, Naim terasa sakit dibahagian sekitar ibu jari kakinya. Pada mulanya Naim hanya mengendahkan sakitnya itu kerana anggap sakit biasa. 

Pada keesokan harinya, kaki Naim membengkak, terasa panas & makin sakit. Terasa seperti kakinya dicengkam dengan kuat. Disebabkan tidak tahan lagi, Naim pun ke hospital untuk dapatkan pemeriksaan doktor.  

Setelah mendapat pemeriksaan doktor, Naim disahkan GOUT. Naim hairan kerana dia tidak mempunyai sejarah gout sebelum ini. Doktor pun menerangkan beberapa punca GOUT kepada Naim. Mendengar penjelasan doktor, Naim sedar bahawa beberapa minggu ini dia banyak memakan kerang & makanan laut.

Ini kerana, dia sibuk memenuhi kehendak beberapa orang saudara & temannya yang datang ke Sabah dan teringin untuk makan maknan laut. Naim juga sedar dia kurang minum air sejak kebelakangan ini. Setelah mendengar penjelasan doktor, Naim tidak menyangka bahawa tabiatnya itu boleh menjadi punca kepada masalah Gout. 


Apa itu Gout?


Gout sebenarnya adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan.
Penyakit gout ini sering kali dikaitkan dengan kesakitan pada bahagian sendi, samada pada sendi ibu jari, buku lali, lutut, siku, jari serta pergelangan tangan.

Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Pada kebiasaanya, badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Namun, bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang malahan akan berkumpul di dalam sendi.

Apabila ini terjadi, pesakit gout akan mengalami bengkak pada bahagian kaki, panas, dan amat sakit hingga ada sesetengahnya tidak boleh berjalan.


Tanda-tanda Gout

  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.


petanda gout
Kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.


Siapa yang berisiko terkena Gout?


Golongan lelaki sebenarnya lebih cenderung mendapat serangan gout berbanding perempuan. Perempuan biasanya kurang asid urik di dalam badan. Namun, bila seorang perempuan telah menopause, tahap asid urik adalah sama dengan lelaki. Ini menjadikan golongan wanita juga berisiko terkena gout. 


1. Gaya hidup yang tidak sihat:

Mereka yang banyak mengambil minuman keras terutamanya bir dikatakan lebih berisiko mendapat sakit gout. 

2. Obesiti / kegemukan:

Terutama bagi mereka yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.

3. Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat:

Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) boleh juga menyebabkan sakit gout.

4. Sejarah kesihatan/perubatan:

Mereka yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama  juga boleh mengalami peningkatan dalam paras asid urik dalam badan. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.

5. Genetik:


Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
Oleh itu, gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan

6. Pengambilan makanan tidak seimbang:

Sakit gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Sebaiknya amalkan gaya pemakanan yang sihat.



TIPS ELAK GOUT! 


1. Penghidap gout perlu minum air secukupnyaKekurangan air dalam badan juga boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah, sekaligus menyebabkan keadaan pesakit gout lebih buruk.


2. Untuk pengetahuan, penghidap gout perlu jauhi makanan yang mengandungi Purin
Purin ialah sejenis protein yang boleh membentuk asid urik hasil proses metabolisme dan berpotensi menyebabkan serangan gout.


7 Jenis Makanan Perlu Dielak Pesakit Gout. 

1. Kerang-kerangan
2. Daging merah
3. Alkohol
4. Ikan bilis, kembung, sardin
5. Asparagus, Bayam, Cendawan dan Bunga Kubis
6. Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
7. Minuman tinggi gula



Antara makanan yang perlu dielak jika anda mmenghidap penyakit GOUT. 
        



Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-