HTML

Tuesday, March 28, 2017

Tak Tahan Sakit Gigi? Cara Ini Bantu Melegakan Anda!!

Tips hilangkan sakit gigi
Takut dengan jarum!

Sakit gigi Tapi Takut Nak ke Doktor!



"Aarrgghh..Mia aku tak tahan laa, gigi aku ni sakit sangat!!"

"Laa, patut la semalam aku tengok kau pusing sana, pusing sini kat katil kau tu"


"Semalaman aku tak tidur sebab sakit gigi ni tauu. Rasa nak nangis"


" Dah berapa hari da sakit tu Teha?"


"Dari semalam lagi. Pagi tu, tak sakit sangat, malam tu yang aku tak tahan sangat, berdenyut-denyut"


" Bahagian mana yang sakit? Kau tak nak pergi jumpa doktor ka? Aku boleh tolong hantar."


"Gigi gerham aku yang sakit. Ish, tak nak aku jumpa doktor. Takut kena jarum"


" Kalau dah takut, habis tu nak buat macam mana?"


"Kau tak da ke petua-petua yang boleh legakan sakit gigi aku ni?"


"Kalau dulu, arwah nenek aku suruh kumur-kumur air garam. Jap aku buatkan air garam untuk kau." 




******************************************



LEGAKAN SAKIT GIGI TANPA BERJUMPA DOKTOR!!




Sakit gigi memang sakit yang tidak tertanggung oleh sesiapa pun sama ada kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Sakit gigi boleh disebabkan oleh beberapa punca sepeti gigi berlubang, jangkitan bakteria yang menyebabkan keradangan, gigi retak, susut gusi, tampalan gigi rosak, serta gigi yang perlu dicabut. 


Cara paling mudah untuk menyelesaikan sakit gigi adalah berjumpa dengan doktor. Namun, bagi mereka yang takut berjumpa doktor kerana risau akan jarum, mereka memilih untuk mencari petua-petua atau tips yang boleh hilangkan sakit gigi tanpa menggunakan jarum. Antara cara untuk melegakan sakit gigit yang boleh diamalkan adalah:


1. Berkumur dengan Air Garam


Tips hilangkan sakit gigi
 Berkumur dengan air garam


Kebanyakkan orang telah tahu tips ini iaitu berkumur dengan air garam dan ia dapat menyembuhkan sakit gigi. Tapi ada juga yang mengeluh kerana dengan melakukan cara ini, gigi terasa lebih sakit, Ada yang katakan ia memang begitu. Tapi kebanyakkan orang juga katakan bahawa cara ini adalah petua hilangkan sakit gigi yang paling mudah. 

Tips ini boleh dilakukan dengan menambahkan beberapa sudu makan ke dalam satu gelas air suam. Kacau air tersebut sehingga garam larut dan gunakan untuk berkumur. Ingat!! jangan ditelan. Pastikan bahagian gigi yang sakit itu terkena. Lakukan secara berulang dan rasakan kesannya.


2. Minyak Gamat


Caranya sangat SENANG! Ambil minyak gamat, titikkan pada putik kapas. Selepas tu, sapukan pada bahagian yang sakit. 

3. Bunga Cengkih 


Tips hilangkan sakit gigi
Bunga cengkih boleh melegakan sakit gigi

Bukan setakat digunakan untuk memasak, bunga cengkih juga boleh digunakan untuk melegakan sakit gigi. Caranya, ambil 3 kuntum bunga cengkih dan gigit. Kalau gigi berlubang pula, sebaiknya bunga cengkih tersebut ditumbuk halus dan diletakkan pada gigi yang berlubang.

4. Kapur Sirih


Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit. Ia juga boleh dilakukan dengan cara kunyah sedikit sirih yang dicampur sedikit kapur. In shaa Allah sakit gigi akan hilang sedikit demi sedikit. 

5. Habbatus sauda 

Tips hilangkan sakit gigi

Habbatus sauda atau Jintan hitam


Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habbatus sauda) letakkan di dalam gigi yang berlubang. 

6. Daun Sirih


Ambil beberapa helai daun sirih. Rebus daun-daun sirih tersebut dan tambahkan sedikit garam. Seterusnya, air ini bolehlah digunakan untuk berkumur. 

7. Bawang putih


Ambil seulas bawang putih, hiris bawang putih tersebut dan tampalkan pada gigi yang sakit. Seterusnya, biarkan selama sejam dan akan terasa perubahannya. 

8. Hilangkan plak


Berkumur menggunakan bahan kumur seperti Listerine boleh membantu menghilangkan plak pada gigi. 

9. Berus gigi


tips hilangkan sakit gigi
Berus gigi dan berkumur-kumur untuk bersihkan mulut


Kadang-kadang gigi sakit disebabkan kehadiran bakteria di dalam gigi. Oleh itu, sebaiknya, anda memberus gigi dan berkumur-kumur untuk membersihkan mulut. 

10. Gambir


Gambir biasanya popular dengan produk kesihatan tenaga batin, tetapi gambir juga sebenarnya selalu digunakan dalam petua untuk melegakan sakit gigi. Caranya ialah tumbuk gambir hingga hancur dan gambir dalam air panas/suam. letakan pada bahagian gigi yang sakit dan anda akan mulai rasa sakit gigi anda menghilang. Namun, jangan digunakan terlalu banyak kerana ia boleh mengebaskan mulut anda. 

11. Tomato 


Ambil sebiji tomato muda dan potong nipis-nipis. Masukkan tomato tadi ke kawasan yang sakit (gigi berlubang). Jika gigi  sememangnya ada ulat, ulat akan keluar ke arah tomato tadi (jangan gerun pula ya).


12. Daun jambu batu


Daun jambu batu yang segar juga boleh membantu mengurangkan rasa sakit gigi. Caranya ambil daun jambu batu dan kunyah sehingga terkena pada bahagian yang sakit. Selain itu, ia boleh juga di rebus dan air rebusannya digunakan untuk berkumur-kumur dan cuci mulut. 

Daun jambu batu dikatakan bagus kerana ia mengandungi anti-radang, analgesik dan antimikrob. 

13. Kiub ais


Balut 1 kiub ais yang menggunakan kain nipis, Kemudian, gosok-gosok ais tersebut di bahagian pipi berdekatan dengan gigi yang sakit selama beberapa minit untuk melegakan rasa sakit. 


Tips hilangkan sakit gigi
Gosok-gosok ais tersebut di bahagian pipi

Sakit gigi memang menyakitkan sampaikan nak buat kerja pun susah dan takda mood. Jadi, diharapkan post ini dapat membantu untuk menyembuhkan sakit gigi anda.






Anda mungkin berminat dengan artikel ini:-

Tuesday, March 14, 2017

Bagaimana Makanan Boleh Bantu Hilangkan Stres Anda?

Elak Stres
Stressed adalah "Desserts" jika dieja dari belakang? 

Bila Stres jer Makan. Bila Makan jerr Stres!


"Seha!! jom temankan aku pergi makan!
"Aik, kau biar betul Lia? bukan ke baru je  kau makan nasi tadi?"
"Alaa..aku nak release tension ni, makan jer la cara aku untuk release tension! Jom laa, aku nak makan coklat & aiskrim je pun"
"Apa kata kau pakai kasut sukan, kita pergi joging kat taman. Konfirm kau akan rasa lagi tenang"
"Hissh,  tak boleh Seha, aku memang nak kena makan gak kalau aku stres. Meh laa temankan aku.."
"Ok la..ok laa, tapi lepas ni kau jangan nak merungut pula, berat badan naik la, pipi temban laa"
"Takpa itu lain cerita, yang penting sekarang aku nak lepas stres dengan assignment yang berlambak ni! stres aku!"


       

                                                  *******************************************




Zaman Mudah Stress??


Sejak dua menjak ni, emosi kita sering dipancing dengan keadaan ekonomi yang tak stabilkan? bila emosi tak stabil, kita pun senang rasa stres. Bila sebut tentang stres, setiap orang akan ada cara tersendiri untuk release tension. 
Ada yang akan keluar shopping, ada yang pergi hirup udara segar, ada yang menangis dan tak kurang juga ada yang akan makan dan makan. Hah! ramai tak yang akan lepaskan stress dengan penuhi kehendak perut untuk makan? 
Makan untuk hilangkan stres bagus, tapi ada juga yang makan bila stres dan akan menjadi stres selepas makan. Sebab apa? sebab berat badan pula bertambah. Bunyi lucu kan? tapi jangan fikir ianya cuma bergurau.


Elak stres
Bila Stres Makan. Bila Makan Stres!

Oleh itu, di sini ada beberapa jenis makanan yang sesuai untuk mengurangkan stress anda! Jom teruskan pembacaan!





                                                            **************************************





Makanan yang Membantu Mengurangkan Stres:


Sumber Kekacang: 

  • Seperti badam, pistachio dan kacang walnut yang mana ianya kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, magnesium dan zink. 
  • Vitamin B2 membantu dalam sekresi serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa kegembiraan. 
  • Zink adalah antara komponen yang diperlukan dalam melawan stres 
  • Manakala Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres seperti penyakit jantung.



Sumber Ikan:



Membantu kurangkan stres
Ikan Salmon makanan tinggi dengan Omega 3




  • Terutama ikan dari laut dalam seperti ikan salmon, mackerel dan sardin, dan ikan air tawar seperti ikan patin dan haruan, adalah antara sumber makanan yang tinggi dengan Omega 3 
  • Sumber ikan ini dapat membantu menstabilkan stres (hormon kortisol).


Susu 


  • Kaya dengan antioksidan dan mengandungi kalsium yang tinggi untuk membantu menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan dengan stres.


Labu merah dan jambu batu 


  • Ini merupakan makanan yang kaya dengan vitamin C
  • Keadaan stres yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan penyimpanan vitamin C yang boleh menyebabkan gusi berdarah


Bijirin penuh 
  • Bijirin seperti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang dan oat mengandungi karbohidrat kompleks yang bertindak untuk merangsang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira di dalam otak)
  • Bijirin penuh yang kaya dengan vitamin B dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan



Buah-buahan dan sayur-sayuran 


Sayur-sayuran mengurangkan stres
Sayur-sayuran membantu mengurangkan kesan radikal bebas

  • Buah-buahan & sayur-sayuran yang tinggi antioksidan seperti vitamin C, Vitamin E dan beta karotena membantu dalam mengurangkan kesan radikal bebas
  • Sumber Vitamin C yang baik adalah jambu batu, brokoli dan oren
  • Sumber Vitamin E yang baik adalah betik, bayam dan zaitun manakala makanan yang tinggi dengan beta karotena termasuk keledek, lobak merah dan labu



Aprikot kering 

  • Aprikot kaya dengan magnesium dan berkhasiat untuk membantu menenangkan otot dari dalam. 
  • Magnesium juga berfungsi membantu mengawal atur hormon stres.








Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini:-



Monday, March 6, 2017

Terima Kasih Tasly!

Saya bersyukur dapat berjumpa dengan Herba Tasly Danshen Plus, sebab dengan herba ini, saya dapat lihat bapa saya lebih sihat dan cergas. Siapa yang tidak gembira bila dapat lihat ibu bapa mereka dalam keadaan sihat sejahtera walaupun umur telah meningkat kan?

Sebelum mencuba herba Danshen ni, selalunya bila balik dari kerja, bapa akan mengadu sakit belakang dan lenguh-lenguh pada bahagian kaki. Dan tiap malam tu jugalah, mama akan mengurut kaki bapa untuk kurangkan rasa lenguh pada kaki. Tahap kesihatan bapa pula, memang agak kurang baik, sebab tahap kolestrol dan gula bapa agak tinggi. 

Rutin harian bapa juga agak kurang sihat, sebab bapa bekerja sebagai seorang pemandu bas, waktu makannya memang tidak teratur, sebab selalu terperangkap di dalam jammed yang tidak menentu dan bapa juga tidak mempunyai waktu untuk bersenam.




Testimoni Herba Tasly Danshen Plus
Testimoni Herba Tasly Danshen Plus




Tahun lalu, bacaan tahap kolestrol bapa sangat tinggi. Di tambah lagi dengan faktor umur yang semakin meningkat, maka badan bapa selalu rasa lenguh dan sakit kepala. Hati saya tergerak untuk cuba dapatkan herba Danshen Plus ini, memandangkan ia sesuai untuk individu yang mempunyai masalah kolestrol. 


Selain itu, saya juga tertarik dengan herba ini kerana, testimoni-testimoni yang saya lihat sendiri telah membantu ramai orang. 

Pada mulanya, saya hanya membeli sebotol dengan harga RM 175.00. Setelah 4 hari, bapa makan secara konsisten, bapa mengadu kepada saya. Bapa cakap, semenjak makan herba itu, dia selalu merasa haus.


Tapi, walaupun kerap rasa haus, bapa juga dapat rasa badannya terasa ringan tidak berat & penat seperti selalu. Alhamdulillah, bapa cakap, rasa lenguh pada bahagian kaki juga telah berkurangan. Kata mama, dia juga perasan, sejak beberapa malam ini bapa tidak mengeluh dan mengadu sakit kaki. 

Saya bersyukur sebab bapa tak perlu lagi merasa lenguh-lenguh dan sakit badan. Dan sekarang saya masih dapatkan herba ini untuk bapa amalkan, supaya kesihatannya terjaga. Terima Kasih Tasly!!
.
.
.
.

.

Anda pun berminat nak dapatkan Herba Tasly Danshen Plus untuk insan tersayang?? Jangan berlengah, Jom dapatkan segera!





Herba Tasly Danshen Plus
Jangan berlengah, Jom dapatkan segera!






Anda mungkin berminat dengan artikel ini:-