HTML

Wednesday, December 14, 2016

Bekerja keras, Jangan Sampai Kesihatan Terabai.


Punca kolestrol tinggi
Waktu kerja yang tidak menentu, menyebabkan rutin harian Haikal juga tidak menentu. 



Rutin Harian Tidak Menentu


Rutin sebagai seorang pemandu lori, waktu kerja yang tidak menentu kekadang memandu dari pagi hingga ke malam, kekadang pula dari malam hingga ke pagi. Begitulah rutin Haikal sebagai seorang pemandu lori sejak 8 tahun yang lalu. 

Ekoran daripada waktu kerja yang tidak menentu, waktu makan Haikal juga jadi tidak menentu kadang-kadang bila perlu berjalan jauh, dia hanya akan makan sekali sehari. Selalunya, Haikal jarang makan dirumah dan akan makan di restoran bersama kawan sekerjanya. Selain itu, dia juga mempunyai tabiat merokok yang teruk. 


Aduh..kaki Abang kraamm!!


Hampir setiap hari, bila balik ke rumah, Haikal akan mengadu merasa penat dan sengal-sengal terutamanya pada bahagian kaki. Kadang-kadang dia akan meminta isteri atau anaknya untuk mengurut kakinya yang terasa sengal. 

Pada pendapat Haikal, ia mungkin disebabkan penat bekerja dan memandu berjam-jam lamanya. Pada suatu malam, ketika tidur Haikal mengejutkan isterinya kerana terasa jemari kakinya kram dan sakit. Selepas beberapa minit, barulah Haikal berasa lega dan sakitnya berkurangan.





Gejala Kolestrol tinggi
Kaki kram ketika tidur adalah salah satu gejala kolestrol tinggi



Isteri Haikal sering menasihati suaminya agar berhenti merokok dan kurangkan makan di restoran kerana khuatir pemakanan suaminya. Namun, Haikal sering mengendahkan nasihat isterinya.

Sehinggalah pada satu hari, Haikal terpaksa mengambil cuti kerana badannya terasa berat dan diikuti dengan rasa sakit kepala. Risau dengan keadaan Haikal, isterinya menghantar dia ke klinik berhampiran.Setibanya di klinik, Haikal menceritakan kepada doktor tentang sakit yang dialaminya. 

Setelah itu, doktor menjalankan ujian untuk mengesan tahap kolestrol Haikal. Setelah ujian dijalankan, bacaan kolestrol Haikal adalah 216 mg/dL,  yang mana doktor katakan bacaan itu berada di tahap sederhana tinggi dan berisiko untuk mendapat serangan jantung dan strok jika tidak dirawat dan dicegah dengan cepat. 

Doktor menasihati agar Haikal, lebih menjaga kesihatan dirinya dengan cara elakkan pengambilan makanan yang berminyak dan berlemak, sebaik-baiknya lakukan senaman berhenti merokok, dan lebihkan pengambilan sayur-sayuran dalam diet seharian. Melalui cara ini, risiko untuk mendapat serangan jantung dan strok dapat dicegah. 



KOLESTROL TINGGI


Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan melalui plasma darah. Di samping itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan.

Kebanyakan makanan yang mengandungi lemak haiwan juga mengandungi kolesterol. Selain itu, punca kolesterol adalah dari makanan seperti keju, kuning telur, daging, ayam, dan udang. Kandungan kolesterol di dalam makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah lebih rendah berbanding makanan yang berasaskan haiwan. 

Pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumlah kolesterol di dalam badan berbanding pengambilan makanan sumber kolesterol ini.

Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. 

Ia dibawa oleh sejenis pembawa yang dikenali sebagai Lipoprotein. Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.



TANDA-TANDA KOLESTROL TINGGI


1. Sakit pada kaki

Gejala umum dari kolesterol sakit pada bahagian kaki atau timbul rasa tidak selesa di bahagian kaki. Hal ini disebabkan oleh tersumbatnya arteri sehingga aliran darah yang sepatutnya masuk ke kaki menjadi terbantut. Rasa sakit boleh merebak di seluruh kaki, seperti betis, paha, bahkan hingga ke punggung.



tanda kolestrol tinggi
Rasa sengal & kram pada bahagian kaki antara tanda yang sering di alami seseorang ketika kolestrol tinggi



2. Kram di malam hari

Menurut Dr. Darren Schneider, ketika tidur, orang-orang dengan kolesterol tinggi mungkin merasakan kram di bahagian tumit, jemari kaki, atau kaki bahagian bawah. Rasa sakit akan hilang jika kedudukan kaki digantung atau berada lebih tinggi dari kedudukan badan. 


3. Perubahan  pada kuku

Kerana kuku tidak mendapat bekalan darah yang cukup akibat peredaran darah terganggu, akan berlaku perubahan seperti kuku menebal dan tumbuh lebih lambat ketika anda potong.

4. Perubahan pada kulit

Doktor sering melakukan pemeriksaan kolesterol pada seseorang yang telah mengeluh merasakan beberapa gejala kolesterol tinggi lain untuk memastikan dengan cara mengangkat atau meletakkan kaki di atas meja / bangku.

Pada awalnya, kaki akan berwarna putih kerana aliran darah terganggu. Tetapi, lama kelamaan terjadi perubahan warna menjadi kemerahan atau keunguan sebab pembuluh darah mengalami pelebaran dan darah mula teralir ke kaki. Dr. Schneider juga mengatakan bahawa pesakit kolesterol akan melihat jari-jari kaki menjadi pucat ketika duduk kerana kurangnya peredaran.

5. Kaki menjadi sejuk

Penunjuk yang satu ini tidak boleh menentukan secara pasti, kerana pada beberapa orang juga sering merasakan kedua kakinya sejuk apabila disentuh, meski tidak sedang sakit (mungkin faktor cuaca di kawasan tempat tinggal). Tetapi, Dr. Schneider menyeru semua orang untuk lebih berhati-hati apabila rasa dingin hanya terdapat pada satu kaki saja. 

Hal ini berkemungkinan besar itu tanda-tanda jumlah lipid dalam darah berlebihan. Jika anda mengalami gejala yang satu ini, langsung rujuk pada doktor untuk mendapat maklumat dan kepastian lebih lanjut.


6. Proses pemulihan luka yang lambat

Gejala kolesterol yang satu ini berkaitan dengan ciri-ciri pesakit diabetes, luka (terutama di bahagian kaki) akan lama sembuhnya. Penurunan edaran menjadi penyebab luka lambat pulih, atau meski cepat tapi tidak langsung sembuh total.

7. Mati rasa

Seorang wanita pernah mengeluh bahawa beberapa jari tangannya mengalami mati rasa, dan dirinya menganggap hal tersebut adalah tanda tingginya zat purin penyebab asam urat. Tetapi, setelah berkunjung ke doktor, ternyata mati rasa tersebut adalah kesan sekaligus gejala kolesterol tinggi.

8. Diarrhea


gejala kolestrol tinggi
Diarrhea merupakan salah satu gejala kolestrol tinggi




Dalam memetabolismekan lemak, tubuh mempunyai keupayaan menyerap pertiga keperluan kolesterol daripada makanan yang dimakan. Secara semula jadi, hati dapat menghasilkan kolesterol sesuai dengan keperluan tubuh, tetapi pada keadaan tertentu hati tidak mampu mengenali keperluan tersebut sehingga mengalami masalah dalam memetabolismekan lemak.

Pada keadaan atau keadaan di mana tubuh tidak mampu memetabolismekan lemak secara sempurna, akan berpotensi menimbulkan masalah dalam sistem pencernaan dan penyerapan, sehingga gejala cirit-birit yang berlebihan merupakan salah satu kesannya.

9. Lesu disertai migrain

Meski bukan gejala yang pasti berlaku, tetapi jika dilihat dari pemicunya iaitu terganggunnya proses metabolisme lemak tentu juga memberi kesan pada sistem pencernaan. Makanan yang dimakan tidak berjaya dicerna dengan baik sehingga terkumpul pada saluran pencernaan. 

Rasa kenyang yang timbul akan menghantar isyarat pada otak untuk tidak menambah pengambilan dari luar, sehingga muncul lesu dan bahkan disertai migrain kerana sebetulnya tubuh dalam keadaan kekurangan tenaga.


10. Mengganggu otak, mengundang emosi, dan penurunan kemampuan memori

Otak adalah bahagian tubuh yang menjadi tempat simpanan kolesterol paling banyak, kira-kira 25%. Apabila kadar kolesterol LDL lebih tinggi daripada kolesterol HDL, otak akan menerima kesan seperti berkurangnya daya ingat, mudah emosi, dan mencetuskan penyakit Alzeimer beserta penyakit neurologi lain.

11. Perut kembung

Kerana berlaku masalah ketika mencerna makanan dan memetabolisme lemak, saluran pencernaan akan menyimpan kelebihan gas yang terbantut pada saluran usus yang mengarah ke kawasan perut. Dari situlah awal mula timbul masalah seperti perut atau dada kembung.



Tanda-tanda kolestrol tinggi
Pertambahan berat badan merupakan salah satu tanda kolestrol tinggi

12. Berat badan bertambah

Selain gas, tentu lemak juga ikut terkumpul di kawasan perut sebagai kesan sampingan dari gangguan metabolisme lemak. Dengan begitu, berat badan akan meningkat dan mengakibatkan kegemukan kerana sel-sel lemak semakin banyak, bahkan berpotensi terhadap obesiti.


13. Jantung terasa sakit atau mengalami palpitasi (berdebar-debar)

Kolesterol yang berlebihan akan menghambat peredaran darah kerana terjadi penyempitan pembuluh darah pada bahagian badan yang mempunyai kolesterol tinggi. Kerana aktiviti tersebut akan memberikan isyarat ke jantung untuk bekerja mengepam darah lebih keras agar mengalir secara normal. 

Kesan sampingan yang dirasakan oleh pesakit adalah rasa sakit di jantung dan terkadang merasa berdebar-debar seperti orang panik.

14. Muncul lebam pada beberapa bahagian badan

Keadaan ini terjadi kerana berlaku penumpukan lemak yang mengakibatkan terbentuknya ketulan yang terletak di antara otot dan kulit yang disebut lipoma. Ketulan ini biasanya muncul di daerah leher, tangan, perut, dan kaki dengan bentuk kecil dan lembut, berdiameter kira-kira satu inci, dan pusat tumor di bawah kulit.






p/s : Sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut, dinasihati untuk segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat.



#Mencegah lebih baik dari merawat.




Anda mungkin berminat dengan artikel ini :

1. WANITA!!!!!!....AWAS!!!...Serangan Jantung!!!

2. HERBA PENAWAR JANTUNG

3. Saluran Jantung Saya Tersumbat

No comments: